Sunday, May 10, 2009

~::*SeLAMaT HaRi IbU*::~



Terima kasih ibu untuk segalanya..

Terima kasih kerana bersabar mengandungku selama 9 bulan..

Terima kasih kerana sanggup bersabung nyawa melahirkanku..

Terima kasih kerana membesarkanku dengan penuh kasih sayang..

Terima kasih kerana memberikanku didikan agama..

Terima kasih kerana membenarkanku,

menginfakkan diri untuk jalanNya ..

Terima kasih kerana menyokongku untuk terus berada di jalan ini..

Walaupun ada juga terkadang,

ibu cuba membataskan gerak kerjaku ,

aku tahu,

ibu begitu, kerana risau anakmu keletihan ,

Namun ketahuilah ibu, anakmu juga sepertimu,

Walaupun letih, tapi inilah jalan yang wajib kita lalui, demiNya..

Semangat ini tidak akan luntur jika bersamanya keyakinan dan matlamat yang jelas..

Terima kasih ibu..

Aku selalu berharap dan berdoa kita akan bersama-sama di pengistirehatan yang kekal nanti..

Aku selalu berharap, ibu dan aku,

menjadi hamba yang redha kepada Allah dan Allah juga redha pada kita..

0 comments:

Post a Comment