Saturday, May 16, 2009

~::*SeLaMaT HaRi GuRu*::~




Terima kasih guru kerana mendidikku..

i could not spell success without "u"

Untuk semua guru di dunia, ketahuilah,

sesungguhnya tugas muliamu pasti mendapat perhatianNya..

Moga bahagialah dirimu dalam kasih sayangNya..



Thursday, May 14, 2009

~::*ALkisah AyaM*::~



TOK Ketua berdiri gagah di atas punggur. Dada berbunga-bunga. Senyuman manis-megah tak lekang-lekang. Di depannya berhimpun ribuan pengikut yang setia. Berbondong-bondong mereka memenuhi dataran hijau itu. Mereka bongkar dari segala ceruk isi tanah. Ada yang datang dari banat tebal. Ada yang curi-curi keluar dari reban. Ada yang berkonvoi beramai-ramai dari bandar. Tidak kurang juga yang sekadar singgah justeru menetap di kampung sebelah. Segala macam rupa, besar, gemuk, kurus, comel, tua, muda, berbulu lebat, berbulu awan melarik, berbulu comot, hitam berkilat, yang togel, yang sedang-sedang saja, yang sasa, yang dara, berstatus janda, masih anak-anak mungis, yang warak, yang munafik berkumpul bersama-sama, bersesak-sesak. Perhimpunan itu perhimpunan istimewa.

Ayam jantan penganjur majlis tiba-tiba berkokok. Terdiam sekalian yang hadir. Tok Ketua berdehem. Ternyata dia akan menyampaikan ucapan penggulungan. Dia dengan begitu bergaya mengibaskan kepak keperakannya tiga kali. Para penonton bersorak. Gemuruh. Dialah pemimpin unggul yang tiada tolok banding.

“Wahai sekalian rakyat, teruskanlah sokongan kalian terhadap saya. Hanya saya dan parti ini sahaja yang mampu memakmurkan kehidupan dan memberikan perlindungan berkekalan agar survival bangsa kita lestari di bumi ini. Bersyukurlah terhadap apa yang telah kita peroleh selama ini. Ternyata ini berkat usaha berterusan saya dan parti. Oleh itu, janganlah berpaling tadah menyokong pihak lawan yang bukan tahu apa-apa pun tentang pentadbiran negeri. Mereka itu cuma tahu makan jagung dan kuis tanah pagi petang siang malam cari cacing sahaja. Itu pun nasib baik kalau terjumpa barang seekor.”

Gamat sorakan yang hadir. Seronok gamaknya mendengar Tok Ketua menempelak pihak lawannya.

“Ingatlah rakyat semua akan bahaya daripada musuh kita, si musang berbulu merah yang senantiasa mencari peluang untuk memusnahkan kita. Mereka itu pengganas yang nyata. Mereka sedaya upaya cuba menjajah negeri kita melalui pelbagai cara. Jika bukan melalui bala tentera atau serang hendap atau pakatan rahsia dengan helang durjana, musang-musang itu kini menyelinapi minda anak-anak muda kita dengan menanam kepercayaan dan doktrin kononnya penjajahan dan pengkhianatan mereka itu digerakkan atas nama perjuangan jihad suci. Tolonglah jangan percaya. Itu bukan jihad. Itu pelan jahat, wahai rakyatku. Mereka itu mesti diperangi atau kalian rela terkorban di bumi sendiri. Lantaran itu, teruskan sokongan kepada saya. Teruslah membayar cukai gandum, cukai reban, cukai tanah dan segala cukai yang ditetapkan kerajaan. Janganlah melawan undang-undang negara atau kalian bisa ditahan tanpa sebarang bicara di bawah Akta ASI. Ini bukan kekerasan, inilah demokrasi yang tidak ada di mana-mana lagi!”

Tok Ketua kemudian disambut meriah selaku negarawan agung. Selepas menikamati jamuan ringan dan berborak seketika dengan wakil tertinggi parti, dia pun berangkat pulang.

Sesampai di kediaman rasminya, dia disambut isteri yang tersenyum berseri-seri. Isterinya segera mendapatkan suami tercinta lalu dipandu ke bilik.

“Hati-hati buka zip kostum abang ni. Jangan sampai tercarik bulu macam yang lepas-lepas. Mahal ni abang tempah khas.”

Si isteri penuh teliti menanggalkan kostum ayam itu, lalu disangkutnya di dalam almari sulit di belakang rak buku sementara Tok Ketua susah payah cuba membuang paruh palsu daripada muncungnya, menyerlahkan siung panjangnya yang berkilat-kilat.

p/s : sebagai syabab yang bakal membentuk masa depan,membela Islam! Bukakan minda, berhati-hatilah, jangan mudah tertipu dan jangan sesekali menipu.. (“,)


Tuesday, May 12, 2009

~::*anTaRa 2 PerJUanGan*::~



Awal bicara .. bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah , syukur ke hadrat Ilahi kerana hari ini kita semua masih boleh bernafas dalam nikmat yang paling bernilai, iman dan islam..selawat dan salam keatas rasul junjungan mulia, keluarga baginda dan para sahabat yang diredhai Allah.. dan syukur yang tidak terhingga ke hadrat ilahi kerana.. petang semalam , telah sampai satu berita yang cukup mengembirakan untuk mereka yang beriman , tanda pertolonganNya kepada perjuangan Islam telah muncul dicelah-celah kekusutan dan kecelaruan yang meresahkan hati..Fikiran buntu dengan penganiayaan..Di dada, jiwa dan perasaan bergolak, menekan-nekan, sungguh sakit..Tidak daya diri untuk membantu perjuangan Islam..Menitis airmata, tatkala merasa diri terlalu lemah..Ya Allah, hanya padaMu aku serahkan segalaNya, dan hanya padaMu aku memohon pertolongan, bantulah perjuangan Islam,kuatkan hati mereka-mereka yang berjuang di soff hadapan mahupun dibelakang untuk terus mempertahankan agama suciMu, Islam..kuatkan hati kami menghadapi ujianMu..Moga perjuangan ini menjadi bukti cinta kami kepadaMu..

Saat itu, hanya doa yang mampu diungkapkan, memujuk diri semoga tenang dengan mengingatiNya.. Penindasan dan kezaliman dirasakan seolah-olah tiada kesudahan..Namun bukan kemenangan itu tidak akan kunjung tiba namun Dia masih mahu menguji sejauh mana keikhlasan para pejuangNya..

alhamdulillah..sekalipun cahaya keikhlasan itu tidak dapat dilihat melalui mata kasar namun hati nurani bisa merasai sinarannya..kuyakini, mereka yang berada di soff hadapan perjuangan ini, akan terus berjuang mempertahankan agamaMu..walau derita dan pelbagai fitnah serta penghinaan dilontarkan kepada mereka..mereka telan dan terus tetap pada jalanMu..

Ku yakini , tidak sia-sia sesuatu urusan yang telah Kau aturkan..Mungkin, Engkau ingin kami sedari siapa yang benar-benar dizalimi.. kata ibuku, “ bukan sengaja DIA membenarkan kezaliman bermaharajalela, namun DIA ingin kita mulai sedari dan jelas yang mana hak dan yang mana batil.”

Bagi mereka-mereka yang ikhlas dalam perjuangan, semoga Allah menetapkan hatimu dan hatiku fisabilillah.. abadan abada..insyaAllah..


Untuk para pejuang :

Mereka kata kau akan sayu, di daerah ini

Jawab, “aku selalu bersama Tuhanku”,

Ku pasrah padaNya sehening tiupan salju,

KernaNya aku rasa,

jitu dan mampu melebihi manusia beribu..

Daerah ini daerah tenang sekalipun ada yang kata usang,

Daerah ini daerah damai sekalipun sukar untuk sampai,

Daerah ini daerah merdeka sekalipun ada yang memeranginya,

Biarkan saja aku di daerah ini..

Kata mereka daerah mu itu jauh,

Jawabku pada Tuhan aku bersauh kukuh,

Yang jauh itu jiwa yang mungkir,

Padaku daerah ini amat hampir..

Kata mereka daerah kau itu sepi,

Jawabku aku tak pernah sunyi dengan alunan murni,

Yang sepi itu jiwa yang inginkan pujian,

Padaku cukuplah dengan irama keredhaan Tuhan.

Daerahku ini daerah berpendirian,

Berpaksikan firman Tuhan,

Bukan hukum insan,

bukan gema sorakan, bukan riuh tepukan.

Daerah ini tak pernah peduli,

Apa kata abdi atau pembesar negeri,

Daerah ini berpasakkan Nabi

Bagindalah mimpi Bagindalah realiti.

Biarkan saja aku di daerah ini,

Sekalipun ada yang tak gemari,

Biarkan saja aku di daerah ini,

Sendiri membawa diri dan sanubari,

Biarkan saja aku di daerah ini,

Sekalipun ada yang tak gemari,

Biarkan saja aku di daerah ini,

Kerna aku mengerti ia amat suci dan abadi..

Di daerah ini, biarlah aku...


Aku juga yakini, bagi mereka yang benar perjuangannya kerana Allah, selagi Allah menjadi matlamat mereka, kesusahan dan penderitaan sekalipun yang bisa meluluhkan jiwa masih mampu di harungi, kisah-kisah kekasih Allah yang terdahulu menjadi rujukan..penguat semangat di kala terasa lemah..meyakini janjiNya..terus berkorban dan terkorban kerana cintaNya..


Diceritakan bahawa , setelah Firaun mengetahui keimanan Asiah kepada Allah, ia perintahkan para pengawalnya untuk menyeksa isterinya dengan macam-macam seksaan. Namun demikian tidak sedikit pun menggentarkan jiwa Asiah..diucapkan kalam penuh keberanian kepada Firaun, “Engkau tahu jiwa dan ragaku dalam penjagaan Allah. Jika kau potong-potong aku, tidak akan menghilangkan cintaku kepada Allah.”Kemudian nabi Musa a.s lalu dihadapannya, maka dia berkata, “Wahai Musa! Khabarkan padaku apakah Tuhanku rela atau murka padaku?” Musa menjawab, “Wahai Asiah, semua malaikat langit merindukanmu dan Allah memujimu. DIA berkata, mintalah kepadaKu akan Ku penuhi!” Lalu Asiah berkata yang telah diceritakan di dalam al-quran :

“Ya Tuhanku bangunkan untukku di sisiMu rumah disyurga. Selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya. Dan selamatkan aku dari kaum yang zalim.”

(at-Tahrim :11)


Kisah ini menjadi dalil bahawa pertolongan dan keredhaan Allah adalah pasti bagi mereka yang berjuang dan berkorban keranaNya..



Dan bagi mereka yang selalu menentang perjuangan Islam , yang begitu berusaha dan bersemangat untuk meresahkan hati para ulama’.. menggagalkan segala usaha untuk meletakkan Islam pada tempatnya.. entah apa sebenarnya yang kamu mahukan?!


Rasulullah s.a.w bersabda:

“Kamu telah dilalaikan oleh perlumbaan mencari harta benda. Putera Adam berkata, “harta-hartaku.” Hartamu hanyalah apa yang engkau makan lalu kau binasakan, atau yang engkau pakai lalu kau rosakkan, atau pula yang engkau sedekahkan maka engkau telah mengabdikannya.”


Rasulullah s.a.w bersabda :

“Dunia ini rumah orang yang tidak ada rumah, kekayaan orang yang tidak ada harta, yang mengumpulkannya hanyalah orang yang tidak berakal, yang merebutnya hanyalah orang yang tidak berilmu, yang mendengkinya hanyalah orang yang tidak faham (pada agama) dan yang mengusahakannya hanyalah orang yang tidak punya keyakinan.”


Rasulullah s.a.w bersabda :

“Dua hal yang paling aku cemaskan atas engkau ; panjang angan-angan dan mengikut hawa nafsu. Sesungguhnya panjang angan-angan itu dapat melupakan Akhirat, sedang mengikuti hawa nafsu dapat menjauhkan diri dari kebenaran.” Aku menjamin tiga orang dengan tiga hal; orang yang gila dunia, orang yang rakus mengumpulkannya dan orang yang kikir harta benda, dengan kefakiran yang tidak akan kaya sudahnya, kesibukan yang tidak ada sudahnya, serta kesulitan yang tidak pernah ada jalan keluarnya”


Erm, kesian ea!! andai segala jerih derita dan susah payah yang mereka lakukan hanya untuk kekayaan dan kekuasaan di dunia semata..agakku, demi mencapai matlamat mereka, bukannya mereka tidak tahu betapa mereka telah meraih kemarahan insan yang teraniaya dan AL-KHALIK.. dalam perjuangan mereka,walaupun batil, mereka tetap derita, menuntut beribu pengorbanan, masa dan tenaga.. betapa mereka dalam kerugian.. kerana sesuatu yang kekal tidak boleh dibeli dengan sesuatu yang fana.. Tidak berbaloi sama sekali untuk menjual akhirat untuk dunia..huhu.

Tidak berbaloi sama sekali untuk menentang perjuangan warisan rasulullah hanya kerana rakus terhadap harta dunia..kerana.. Allah yang maha Besar pasti memurkaimu..



Ada sebuah syair :

Kubur-kubur telah berkata kepadamu,

Meski dia diam dan penghuninya tersembunyi.

“Wahai yang mengumpulkan dunia yang tidak kekal!

Untuk siapa dikumpulkan kerana kau akan meninggal..”

Kesimpulannya, peringatan untuk diriku, sahabat seperjuangan dan mereka..


Rasulullah s.a.w bersabda :

“Seorang mukmin berada di antara dua kecemasan. Antara ajal di mana dia tidak tahu apa yang diperbuat Allah kepadanya dan bila sesudah mati apakah nasib yang ditentukan Allah untuknya. Maka hendaklah seorang hamba menyediakan dirinya, menyediakan dunianya untuk AKhiratnya, hidupnya untuk matinya, masa mudanya untuk hari tuanya. Sesungguhnya dunia diciptakan untukmu dan kamu diciptakan untuk Akhirat. Demi Zat yang aku dalam kekuasaanNya, tiada tempat kesudahan setelah Kiamat kecuali Syurga atau Neraka.”


Untuk itu,sama-samalah kita muhasabah diri dan bertaubatlah..


Firman Allah s.w.t :

“Dia yang menerima taubat dari hamba-hambaNya dan memaafkan kejahatan mereka ..”

(As-syura:25)


Rasulullah s.a.w bersabda :

“Tidak ada suara yang lebih disukai Allah daripada suara rintihan hamba yang berdosa lalu bertaubat dan berkata, “Ya Tuhanku!” Lalu Tuhan berkata , “Baiklah wahai hambaKu mintalah apa yang kau mahu. Kau hambaKu seperti sebahagian malaikatKu. Aku di kanan, kiri dan atasmu. Lebih dekat dari isi hatimu. Hai malaikat saksikan Aku telah mengampuninya.”


Firman Allah s.w.t :

“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlahpula kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.”

(ali-imran:139)


~::*Allah yang lebih mengetahui*::~