Monday, January 23, 2012

Kau dan aku, bukankah kita impikan Syurga?



Awal kalam, bismillahirrahmanirrahim,




Jam sudah menunjukkan jam 2.54 pagi, namun masih gagal melelapkan mata, air mata yang mengalir membasahi pipi masih belum mahu berhenti, badan terasa letih, hakikatnya sangat letih, tapi hati ini tidak tenang, Allahurabbi…. Tadi, mendapat berita yang kurang menyenangkan tentang pelajar-pelajar USIM, Allah gusarnya, mad’uku, selamatkan mereka ya Allah, jauhi mereka dari murkaMU, sungguh, aku tidak terdaya lagi menghalangnya.. tambah pula dari pukul 11 malam tadi sampai sekarang ada orang berparti di depan tasik dihadapan kolej kediaman, bunyi muziknya sungguh kuat, mengganggu bunyi alunan Al-quran dalam bilikku..Allah, bertambah keruh hati ini, terganggu, tambah lagi, tadi, login facebook dengan satu niat, mencari mutiara-mutiara ilmu, atau nasihat-nasihat berguna di wall sahabat-sahabat, agar boleh sekurang-kurangnya memujuk hati ini dengan peringatan ringkas, rupanya hampa, makin hati bercelaru dan sakit, sakit yang lama ku tahan, pedihnya…. Selama ini kuperhatikan sahaja, kerana bimbang jika mencelah atau menambah lain pula jadinya.. aku tidak mahu menjadi seperti tikus membaiki labu, makin dibaiki , makin rosak jadinya.. tapi, kali ini, entahlah,.. aku tidak tahu, haruskah aku menyatakannya..wallahua’lam, moga Allah memandu setiap tingkahlakuku.. Aku tidak tahu untuk berbahasa bahasi.. Maaf andai maksudnya tidak kesampaian.. Cuma aku teringat satu artikel dalam SOLUSI yang aku pernah baca, antara sebab orang memusuhi sesuatu kebenaran adalah kerana, pertama, dia jahat, kedua dia jahil. Jadi, untuk yang pertama, hanya hidayah Allah yang boleh membantunya, namun yang kedua, orang yang fahamlah perlu memahamkannya..




Allah, Engkau persaksikanlah, pada malam ini, hambaMu ini terasa teramat lemah, sedih, sedih memikirkan betapa Islam telah terfitnah.. Betapa banyak orang yang melakukan maksiat, dan betapa banyak sistem atau kemudahan yang membantu perjalanan maksiat itu berjalan lancar.. Tapi bila tiba kepada Islam.. ada saja seorang tokoh yang boleh menarik minat anak muda yang biasa, yang dulu suka merempit kini suka kepada majlis ilmu, dikorek dan dicari kesalahannya, dilaga-lagakannya dengan tokoh yang lain.. Allah, fitnah apakah ini??? Tidak mengapa jika orang tidak memahami diriku atau tidak menerima pendapatku, tapi sakitnya bila orang tidak memahami Islam dan tidak menerima Islam secara keseluruhannya…




Allah, Engkau persaksikanlah, berkali-kali aku cuba memberi penjelasan kepada ‘mereka’, malah aku jaga tuturkataku, malah ku jaga hatiku setiap kali ingin kulafazkan sesuatu, ku bisik pada hatiku, bukanlah aku yang paling benar, cuma aku ingin kongsikan apa yang aku rasakan benar mengikut ilmu yang telah Engkau berikan kepadaku..



Allah, persaksikanlah, berkali-kali aku cuba mengajak ‘mereka’, mereka yang mengaku mencintaiMu dan RasulMu itu, untuk mengerti perjuangan mereka dan perjuangan ‘itu’ adalah sama, sama sahaja, iaitu demi redhaMu.. Aku tidak pelik dan tidak hairan sama sekali bila islam liberal menentang islam yang sebenar. Tapi yang aku hairan, pelik, sedih dan terkilan, bila islam vs islam, yakni, pejuang islam menentang pejuang islam.. kerana kononnya, bagi mereka, perjuangan itu telah memecah belahkan umat islam, bagi mereka, demi politik , orang melayu bergaduh dengan melayu, sedang orang bukan melayu dapat keuntungan! Orang islam bergaduh dengan orang islam sedang si kafir dapat untungnya! Sedarkah mereka, tindakan mereka, kononnya orang yang berada ditengah-tengah itu bukanlah pendamai tapi mengeruhkan lagi keadaan yang sudah keruh? Kononnya tidak mahu perpecahan, kononnya muak dengan politik? Tapi sedarkah mereka, mereka hanya menambahkan lagi bilangan pecahan umat islam yang asalnya dua jadi tiga, yang lebih malang, 2/3 daripada pecahan itu datang dari orang yang katanya faham dan ingin perjuangkan Islam.




Sukarkah untuk mereka faham, bila kita keliru, mengapa tidak kembali kepada Tuhan sahaja? Pernahkah mereka, ketika dalam keserabutan fitnah dalam dunia politik, melakukan istikharah untuk ditunjukkan kebenaran? ketika diri benar-benar keliru, mengambik wudhu’, melakukan solat hajat dan menangis semahunya dalam sujud supaya Allah sentiasa memandu hatinya untuk melihat kebenaran ? Pernahkah? Atau tanpa mereka sedar, mereka sendiri telah termakan dengan fitnah musuh? Tahukah mereka, bila mendengar khabar berita dari yang fasik perlu disiasat terlebih dahulu, bukan menelan bulat-bulat atau terus membuat kesimpulan begini, “parti A dan parti B sama sahaja.. ni la padahnya politik, orang gaduh-gaduh, memecah belahkan umat? Yang satu tu pun satu hal, nama je politik untuk Islam tapi dop fitnah sana fitnah sini, hentam sana, hentam sini,.. ee… meluat aku.. tarbiah dan dakwah entah ke mana”.




Pertama, aku hairan dengan golongan mereka, kata mereka, “stop judgmental! Islam tak ajar kita judge2 orang ni, tak baik, hanya Allah yang layak menghukum!”Fine! Betul! Aku setuju! Tapi, bukankah apa yang mereka buat tu namanya judgmental ????? Pernah tak mereka kenal secara dekat tokoh-tokoh pejuang islam Parti islam itu? Pernahkah mereka melihat ibadahnya? Pernahkah mereka mendengar tutur kata dan nasihat-nasihat yang penuh ilmu dari pejuang-pejuang itu? Atau ‘mereka’ hanya mula menghukum dari siri-siri video edit dan ulang? Atau mereka hanya menghukum berdasarkan apa yang mereka baca di dada akhbar dan di kaca televisyen? Atau mereka hanya menghukum pejuang-pejuang itu, berdasarkan kalam-kalam beracun pengikut-pengikut fanatik dan taksub pejuang itu? Kalau anak yang degil dan tidak mahu mengikut jalan tarbiyyah, mengapa mesti selalu disalahkan ibu yang mengandung?




Kedua, aku terkilan dengan golongan ‘mereka’, kata mereka, kamu sibuk berpolitik, dakwah dan tarbiyahnya entah kemana? Jihad konon, jihad ilmu dan jihad nafsu pun tak settle”.. Pelik sungguh mereka ini, tahukah mereka, tanpa orang yang sibuk berpolitik, zaman Dr. M suatu ketika dulu, ketika mana bantuan kepada sekolah agama rakyat ditarik balik, kerajaan yang sibuk berpolitik itulah yang mengumpul dan menumpukan dana kerajaan kepada sekolah agama, mampulah budak-budak sekolah agama yang miskin meneruskan pembelajaran. Alhamdulillah! Oh, lupa, mereka golongan pelajar agama yang kaya agaknya, sekolah mereka guru bergaji dari pelajar.. Baik! Mereka kaya, kami miskin.. Mungkin itu bezanya, kami hidup dengan penuh kesusahan, kami memahami kepayahan rakyat marhaen, kerana kami juga rakyat marhaen.. Rupanya, ini kisah antara dua darjat.. Seterusnya, kata mereka lagi dakwah dan tarbiyyah entah kemana? Aik, mana mereka tahu? Penutupan pusat-pusat judi dan larangan jualan arak secara meluas, bukankah itu dakwah namanya? Tarbiyyah entah kemana? Kosong? Fitnah! Bilakah mereka lihat tarbiyah tidak diutamakan? Siapa yang mereka rujuk dan jadikan sebagai ikon untuk melambangkan parti itu sehingga dikatanya tarbiyyah tidak penting? Pernahkah mereka ke ijtima’ tarbawi? Oh, mana boleh terlibat dengan parti politik! Fine! Mungkin bagi mereka politik ni haram! Erk? Ada ke hukum dalam Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qias kata politik ni haram! Takpelah, tak payah pergi ijtima’ tarbawi, nanti dikatakan berpolitik pula, politik kan kotor, fitnah memfitnah! Hurm, tapi bukankah Islam ajar untuk kita ambil sahaja ilmu di mana sahaja kita ketemuinya,asalkan ilmu itu memberi manfaat, sekalipun dari seorang kafir , apatah lagi dari seorang pejuang agama sepertimu juga! Please, again, stop judgmental, you have no right to judge other! Kenal dulu! Mulut jangan cepat melatah, cuba tengok link ni… http://www.youtube.com/watch?v=B-wKPxeEnbU&feature=results_main&playnext=1&list=PL0630B15AF0BFADC1, dan link ni, http://www.youtube.com/watch?v=NY1qrGc6LKQ&feature=mfu_in_order&list=UL dan sambunglah sendiri yang seterusnya.. tak nak tengok? Buang masa? Fine! Tapi, pesanku, carilah kebenaran dengan ikhlas!..:) Allah akan sentiasa bersama kita.. Kau dan aku, bukankah kita impikan syurga? Dan yang lebih utamanya, Redha, rahmat dan Cinta Allah! YA, SAMA dan SERUPA!..




Ketiga, aku confuse??? Mereka terima kata-kata ni, never underestimate how close someone with Allah! Indeed, totally agree! Tapi kenapa mereka tak terima kata-kata ni? Never underestimate how sincere someone to sacrifice for Allah! Kenapa mereka tak terima, bahawa mereka yang menggunakan politik untuk menaikkan agama Allah ikhlas lakukannya untuk Islam, politik digunakan untuk menaikkan Islam, bukan Islam digunakan untuk menaikkan politik… Why, they keep saying that, those persons did this and that, not because of Allah but only for their own favours or for their political advantage? What are you talking about? Weird!(~^) Sejak bila manusia boleh tahu apa yang ada dalam hati orang lain! Kasyaf ke? Cuba kita tengok balik perjalanan hidup rasulullah s.a.w, bukankah baginda seorang pemimpin negara Islam? Cuba fikirkan balik, kenapa Abdullah bin Ubay sangat membenci Rasulullah s.a.w sehingga sanggup berpakat dengan musyrikin untuk menjatuhkan negara Islam madinah? Kerana kebencian itu timbul, bila datangnya Rasulullah membawa Islam, terus baginda dilantik menjadi pemimpin madinah, sedang Abdullah bin Ubay sudah lama berusaha melobi jawatan tersebut. Perhalusi siapa Abdullah bin Ubay, ya benar dia si ketua munafik, diakui Allah s.w.t, tapi apakah agamanya? Bukankah dia juga Islam? Ya, dia Islam, sebab itu dia digelar munafik. Mengaku beriman, tetapi menentang Islam dan sangat benci kepada Rasulullah. Tapi pernahkah rasulullah mengistiharnya kafir? Tidak! Selamanya dia Islam selagi dia tidak melakukan perkara yang membatal syahadah! Tapi dia islam yang munafik, yang mana seksaan bagi orang munafik, telah Allah janjikan tempatnya neraka paling bawah.Apa ibrahnya? Maknanya, permusuhan sesama Islam telah wujud di zaman rasulullah s.a.w. lagi. Marahkah kita kepada rasulullah kerana telah memecahbelahkan umat Islam kepada dua puak, puak yang beriman dan puak yang munafik? Tentu sekali tidak, rasulullah tidak bersalah, yang salahnya si munafik, dia yang memulakan perpecahan kerana merosakkan islam dalam keadaan dia mengaku islam! Lihat sahaja, bila madinah digemparkan dengan satu berita, tentera musyrikin sedang menghampiri, siapa yang paling gembira saat Rasulullah s.a.w bersedih? Dia….si ketua munafik dan konconya! Kenapa? Kerana dendamnya kepada Rasulullah yang telah merampas kuasanya suatu ketika dahulu! Salahkah rasulullah s.a.w menjadi ketua negara madinah dan mencetuskan permusuhan ini, kenapa Rasulullah tidak berundur sahaja agar Abdullah Ubay bisa memerintah madinah, pasti dia tidak berpakat dengan musyrikin menyerang madinah! Dengan itu keamanan lebih terjamin! Tak perlu gaduh2.. Astagfirullah, pasti sekali kita takkan berani berkata begitu.. Mana boleh kata begitu, bukankah Rasulullah takkan melakukan sesuatu tanpa perintah Allah? Bagaimana islam nak dikuatkuasakan di Madinah malah nak disebarkan keseluruh dunia tanpa kuasa pemerintahan? Jadi, ‘mereka’ fikir pejuang-pejuang islam yang menggunakan politik untuk kepentingan Islam itu melakukanya tanpa perintah Allah…hahahaha.. geli hati.. kalau pejuang itu inginkan kepentingan dunia, mengapa perlu menentang arus, masuk saja parti satu lagi yang kaya raya tu… pasti senang hidup, kaya dan raya (orang yang celik pasti nampak benda ni.. Physical change senang nak detect)..atau tak payah join-join politik la senang , kalau setakat join politik kena gas pemedih mata, di tahan di ISA, dimasukkan dalam lokap, tidur atas lantai simen tanpa beralas.. Kalau betul nak kaya, baik meniaga, bukankah berniaga itu membuka banyak pintu rezeki. Tapi tidak, perjuangan ini perjuangan Islam!! Bukan untuk kepentingan duniawi, ya benar! Mungkin ada di antara pejuang itu tidak ikhlas, mungkin kerana tidak cukup tarbiyahnya, sehingga nampak hodoh perbuatannya.. tapi, hakikatnya, dalam organisasi mana-mana pun golongan macam ni wujud, tapi mereka hanya minoriti.. yang terlepas or tersilap pilih, ye lah, kita hanya boleh menghukum pada zahir, mana la nak tahu apa dalam hati orang… kalau kasyaf lain la.. jangan kerana seorang yang tak elok, kamu hukum kesemuanya, hanya kerana seorang anak dalam keluarga itu nakal dan selalu ponteng sekolah, semua adik beradiknya yang lain kamu denda.. Adilkah?




Pejuang itu tidak pernah menghina atau memandang rendah kepada golongan ‘mereka’, tetapi kenapa ‘mereka’ selalu memandang rendah kepada pejuang itu? Bukankah Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya, kamu akan menjaga Islam dari sudut masing-masing..Jika kamu telah menjaga islam dari sudut yang lain, jangan kamu memandang rendah malah menolong musuh dengan mengeluarkan pelbagai statement menentang saudara seperjuangan kamu sendiri.. Bukankah semuanya bermatlamatkan mardhatillah.. Firman Allah s.w.t: Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara (al-hujurat:10) kenapa Allah guna perkataan ‘orang beriman’ bukan orang islam? kerana muslim dan mukmin itu berbeza..




Pejuang itu tidak marah andai ‘mereka’ tidak bersama-sama mendokong, kerana pejuang itu faham, kamu punya peranan mu tersendiri, yang juga penting untuk Islam, cukuplah jika kamu menyokong atau tidak menentang..




Andai Rasulullah s.a.w bersama kita……
Sungguh ya Rasulullah, aku sangat merinduimu, sangat dan teramat..ingin sekali aku melihatmu dan berada dalam golonganmu diakhirat nanti ya Rasulullah s.a.w..




Wallahua’lam..Sirru ala barakatillah..




~:: Life For Allah::~

0 comments:

Post a Comment