Monday, December 21, 2009

SeDihnyeR...~


Awal kalam Bismillahirrahmanirahim..

Salam perjuangan buat sahabat2..
saje nk berkongsi kesedihan..
ana ingt lepas mooting ni, nak lah update blog kerap sket..
p malangnya, laptop plak rosak..hua3..
kejadian ini berlaku mase tgh sibuk2 tengah training utk mooting..hua3..
(agaknya msuk virus kot, sebab byk sgt pendrive yg di masukkan ke laptop tu)
mse tu nk dekat competition lak tu..memang sdih..
tak tau lagi bila nak hntr repair..
huhu..

p/s : sebenarnya maksud yg tersirat di sebalik yg tersurat..nk mnta maaf ngn shbt2..klu makin lama ana tak terupdate blog..huhu.mksudnye, laptop tak terbaiki2 la tu..


pepon, byk ibrah yg ana dpt dari mooting...masyaAllah mooting..~ antaranya :




InsyaAllah, kalau ada kesempatan masa ana bercerita sal mooting..

~::Mooting For ALLAH::~

Wednesday, November 18, 2009

Demam EXAM berakhir!!!!




Alhamdulillah..syukur yang tak terhingga,,hari ni dah habis dah exam…hanya Tuhan je yang tahu betapa lemasnya diri ini berada dalam fatrah exam..huhu. ini baru perhitungan dunia..bukan lagi perhitungan di depan Rabbul Jalil..Astagfirullahalazim.."Ya Allah, berikan ku kejayaan dunia dan akhirat.."


Unfortunately, jawab law tadi memang berjaya meragut keceriaanku,, awal-awal keluar dewan exam tu, nak senyum pun tak larat.bila fikir balik apa yang aku jawab dalam paper tadi,,..betul-betul menyesal dan geram kat diri sendiri..rasa macam diri sendiri patut di'iqab.takut la nak tengok result nanti!!!!..huhu..geramnye kat diri sendiri..bukan geram sebab xleh buat terbaik. tapi geram sebab tak berusaha dengan terbaik. then effectnya, tak leh la buat yang terbaik..huhu.bila terbayang wajah-wajah yang menaruh harapan, mak, family, lecturer,.erm , lagi rasa bersalah..p bila dah lama fikir dan cuba tenangkan diri, tak pe lah, lets bygone be bygone, sebagai hamba Allah, inilah masanya untuk bertawakkal dan redha..usaha dah buat, (Cuma masalahnya , tak cukup je, hehe..)


OK, wahai diri, banyak-banyakkan solat hajat, insyaAllah…apa je result keluar nanti , bersyukurlah, kerana itulah yang selayaknya untuk kita, dengan usaha yang kita curahkan..


Dan yang paling penting bagiku, perjuangan tidak pernah menyumbang kepada kegagalan akademik..percayalah, if I couldn't perform well in my examination sekalipun (nauzubillah, p setakat ni Alhamdulillah, pertolongan Allah sentiasa ku rasakan) sebagaimana firmanNya: ( "Jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolongmu.."), ia bukan disebabkan perjuanganku, but it's all about myself..salah diri sendiri yang tidak memanfaatkan masa dengan sebaiknya, yang tidak pandai dan tidak berdisiplin menguruskan masa..seringkali aku ingatkan diri sendiri.. sekalipun kita tidak sibukkan diri dengan urusan Islam, kita tetap akan disibukkan dengan urusan-urusan lain yang tidak bermanfaat..


Pesanku pada diri sendiri, "kalau benar kita mengaku cintakan Allah, jangan berkira dengan Allah.. kalau sampai nak beribadat pun rasa macam berat dan pelbagai alasan diberikan, apa gunanya kejayaan atau kekayaan yang melimpah ruah..dunia ni sementara je, tinggi mana pun pangkat kita, mulia mana pun kita disisi manusia, pandai mana pun kita, atau kaya mana pun kita, kalau Allah tak redha , jangan perasan nak hidup senang kat akhirat, alam yang kekal itu nanti.. Sama la jugak halnya dengan berjuang kerana Allah.. Kalau sampai disuruh berjuang pun pelbagai alasan yang diberikan, huhu..memang kena muhasabah balik la, benar kah diri mengaku mencintai Allah.."


Wahai diri, janganlah sentiasa mencari-cari alasan untuk mengelakkan diri dari kewajipan sebagai seorang hamba..bila je disuruh berjuang, seorang student akan jawab,. " ala, kita masuk sekolah bukan untuk buat kerja2 ni..kita datang sekolah nak belajar,..(erm, yang peliknya masa nak couple tak de lak kata, "kita datang sekolah ni bukan nak couple, p nak belajar.."huhu..erm, p tak nak la hurai sal couple ni, panjang pulak jadinya, lagipun mesti ada yang panas telinga..huhu..maaf, ea sahabat2..hehe, tapi bukankah "qul hakk walau kana murran"..hehe) then, bila jadi mahasiswa plak, alasannya " alamak, tak boleh la nak buat kerja-kerja Islam ni, assignment byk, mid term nk dkt @ final exam nk dekat.. pastu, ble dah graduate lak, n dah kawin. lagi la banyak alasan, erm, sibuk ngan anak-anak, suami @ isteri, kerja2 kat pejabat banyak..


walaubagaimanapun, bukan semua yang memberi alasan sekadar memberi alasan, ada yang beralasan kerana benar-benar mempunyai alasan dan masyakkah..kesimpulannya, kita tidak layak menilainya, benarkah seseorang yang memberi alasan itu sekadar mencari dan mewujudkan alasan..hanya empunya diri yang tahu sejauh mana alasan itu benar-benar alasan..tepuk dada tanya iman..


p/s : Untuk diri dan sahabat, janganlah berkira dengan Allah..Kalau sampai nak join program-program agama pun rasa membazirkan masa, tak cukup masa nak study, kalau sampai nak turun surau pun rasa menghabiskan masa untuk revision..kalau sampai di suruh buat kerja-kerja Islam pun asyik kata banyak assignment kena buat..ingatkan diri, kita belajar juga kerana Allah bukan? Mereka yang belajar kerana mengharapkan redha Allah, tidak akan menjadikan alasan belajar sebagai penghalang untuk mereka mendekati Allah.. Buktikan bahawa kamu benar-benar mencintaiNYA dan mengharapkan cintaNYA..


~~::StuDy For ALLAH::~~

Saturday, November 14, 2009

Red Warriors dan negeriku..=)


The Best Beginning Bismillahirrahmanirrahim…


Akhirnya penantian untuk melihat siapakah bakal menjuarai Piala Malaysia telah berakhir, perlawanan antara N9 VS Kelantan pada hari Sabtu baru-baru ini, berkeputusan 3-1. Sekalipun kalah, mampu mara ke peringkat finale suatu kejayaan yang cukup membanggakan. Lagipun, melihat kepada gaya permainan, selayaknya Negeri Sembilan menjuarai perlawanan kali ini, bahagian pertahanan mereka mantap. Ceh, ana bukan professional pun bab-bab ni, cuma mungkin kalau kat rumah, abang ipar ana minat sangat bola ni, sedikit sebanyak membuatkan ana mendapat information tentang bola secara tidak sengaja. Hehe..


Pada awalnya, ana tak bercadang pun untuk tengok perlawanan pada hari tu, sekalipun ia menjadi isu hangat WALAUPUN di asrama banat… Tapi, nak dijadikan cerita, malam tu, ana dapat mesej dari seorang sahabat..

“Rijan, xnk tgk bola ke mlm ni, jom kita g tgk bola kat cafe.”

Membuatkan ana berfikir 2,3 kali sebelum memberi keputusan.. Tak terfikir pun sebelum ni untuk tengok bola musim-musim exam ni, tambah-tambah pula banyak lagi nak kena cover study. Tapi, bila fikir dari sudut yang lain, bagus juga jika ana ambil peluang ini untuk bertemu sahabat ana, apa salahnya ana meraikan minatnya demi menyemarakkan ukhuwwah, tambah pula ana betul-betul merinduinya disebabkan sudah lama kami tidak bersua, walaupun pada hakikatnya, kami satu kampus. Namun kesibukan menghadapi final exam dan kerja-kerja Islam, menyebabkan susah untuk kami meluangkan masa bersama..Fikir ana, mungkin juga ini satu peluang untuk ana lebih memahami sahabat-sahabat. “Jangan jadi daie yang syok sendiri, tidak pernah cuba memahami mad’unya” , teringat kata-kata seorang kakak yang ana hormati.

Message Reply : “Ok, jom, jap lagi nti nk turun gtau ana ea..”

Sebelum kaki melangkah turun, dipasang niat betul-betul.. Bisikku di dalam hati..

Bismillahirrahmanirrahim.., aku turun demi menyemarakkan ukhuwwah fillah, semoga pertemuan ini mampu membawa kami kearah mengingati Allah.(Mengingati Allah dalam setiap langkahmu, itulah EHSAN) Aku bukan turun untuk buat benda yang sia-sia atau lagha, kerana Islam tidak pernah mengharamkan hiburan @ sukan selagi ia tidak bercampur dengan maksiat kepada Allah (cuma yg biasanya terjadi – hiburan/sukan+maksiat=maksiat)

Di cafe ; rupanya kerungsingan dan kegusaran jiwa ini makin bertambah-tambah bila ana menyaksikan perlawanan. Entah mengapa hati ini seolah dapat meramalkan sesuatu yang kurang baik akan berlaku.. Perasaan sebegini pertama kalinya bertandang bila ana dapat berita pasukan Kelantan berjaya ke final.. Gusar bila melihat kegembiraan penyokongnya, terlalu gembirakah mereka dengan kejayaan ini, pujilah Allah tanda syukur padaNya bila mendapat sesuatu kejayaan..

Bisikku di dalam hati pada ketika itu,

“semoga kegembiraan mereka bersandarkan kpd Allah, bukan kegembiraan palsu berlandaskan nafsu dan kerana cinta kepada keduniaan. Jika tidak, padah akibatnya, bila kegembiraan tidak lagi disertakan dengan kesyukuran kepada Allah.. Kerana ia akan membawa kepada hati yang takabbur dan riak. Terlalu bangga dengan kejayaan sendiri sehingga melupakan segalanya hanya mampu terjadi dengan izin Allah, bukan dengan usaha kita semata-mata. Astaghfirullah, semoga kita dijauhi daripada sifat yang dibenci Allah ini.”

Apa yang ana paling risaukan, jika semangat kenegerian yang menebal akan membuatkan penyokong Kelantan bertindak tidak sepatutnya..

Teringat pula, pada suatu hari seorang sahabat bertanya pada ana,

“Arijan, kenapa ea orang Kelantan ni assobiyyah?”

Aik, bila pulak ni? Tak de lah, kami kawan je ngan sume orang..hehe.Mungkin sesetengah tu berlaku secara kebetulan kot..=) , jawab ana.

Tapi , itu bukan kali pertama ana diajukan soalan yang sebegitu, sudah berkali-kali soalan yang sama ana dengar dari kawan yang bukan dari Kelantan, dan betapa ana cuba untuk membetulkan balik tanggapan mereka itu, kata ana, walaupun memang ada yang begitu, namun bukan semuanya begitu.

Dan setelah difikir-fikirkan, ana dapat 3 teori mengapa terjadi nye kes-kes remoteness cam ni,(p kalau sahabat-sahabat ada teori lain, boleh la tambah sendiri ea..)


TEORI PERTAMA :

Mungkin mereka tidak betul-betul faham konsep persaudaraan dalam Islam. Dalam Islam, kaum yang berbeza sekalipun tak menjadi penghalang untuk bersaudara , apatah lagi negeri. Bagi mereka, orang Kelantan lebih baik bersahabat dengan orang Kelantan je..salah tu sahabat2 ku sayang..

‘State is not the barrier amongs muslims’

Firman Allah s.w.t :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” [Al-Hujuraat 49: 10]

Apa lebihnya kita orang Kelantan, hanya takwa yang menjadi ukuran ketinggian seseorang itu disisi Allah bukan?


TEORI KEDUA :

Tidak ketinggalan, faktor bahasa juga menjadi sebab kenapa orang Kelantan lebih suka bergaul dgn org Kelantan sahaja. Sedihnya, ana sendiri pun pernah kena perli sebab tak cakap kelantan ngan sahabat-sahabat yang bukan dari Kelantan.. sedih~~ Wahai mukmin, professionallah, jangan disebabkan benda-benda kecil begini, sudah bisa menimbulkan perpecahan. Bahasa digunakan untuk komunikasi bukan? Jadi, komunikasi yang paling berkesan, dengan bahasa yang pendengar boleh faham dan dekat dihati mereka.

Jangan jadikan ini satu ISU BESAR. Duhai hamba Allah, sedarlah, ini baru soal lahjah@loghat.

Kalau ikut pengalaman ana sendiri, ditakdirkan time tamhidi tahun lepas, semua housemate ana bukan orang Kelantan, malah negeri jiran, Terengganu pun tak de. So, ana tak de pilihan, kena cakap standard la, lagipun bak kata senior ana ‘jgn jd daie yang syok sendiri’ dekati mad’u dgn cara yang paling dekat dengan hati mereka. Cuba fahami mereka sebelum mengharapkan mereka faham kita.

Buktinya, setelah lama kami tinggal serumah, suatu hari aiman bertanya padaku,

“ ijan, nape ijan x cakap Kelantan dengan kitorang ea?”
“a’ah. Ye la ijan, nape ijan xckp Klntn ea?” sampuk sofwa.
“erm, ijan takut korang tak fhm nanti.”
“ Ijan cakap la Kelantan, aiman teringin nak dengar.”
“Ok”

Jadi, ana pun cuba la cakap Kelantan ngan diorang, diorang terus tergelak sebab gagal faham apa yang dituturkan, ana turut tergelak melihat reaksi diorang. Situasi itu mmg melucukan.. Ana faham, mugkin diorang risau ana rindukan bahasa ibunda..sebab tu diorang menggalakkan ana bercakap dalam loghat sendiri.. (tapi, memang pon, kadang2 rindu gak nk ckp Kelantan kat umah mase tu) Jadi, ape yang ana nak buktikan disini, untuk difahami, kita kena memahami.. MULAKAN LANGKAH WAHAI PEJUANG!


TEORI KETIGA :

Erm, teori ni ana dapat dalam perbincangan ana dengan seorang sahabat seperjuangan, dan teori ni ana rasa paling husnuzzon..katanya, kadang-kadang bukan orang Kelantan asobiyyah. Cuma, kadang-kadang diorang tak reti nk ckp standard, atau bak kata org Kelantan, ‘kecek luar’. Macam ni la sahabat-sahabat, kalau benar-benar tak boleh ubah lahjah tu tak pe la..insyaAllah sahabat-sahabat kita dari negeri lain akan faham..kadang-kadang orang Kedah pon tak ubah-ubah lahjah diaorang bila cakap depan umum kan, asal orang boleh faham sudah, yang penting, kita sendiri jangan wujudkan jurang antara negeri-negeri..walaupun ia adalah kes remoteness, tapi sepatutnya kes-kes macam ni terus tak de..

p/s : p bak kata sahabat ana, sebenarnya orang Kelantan bukan assabiyyah, p memang dah kat mana-mana pun orang Kelantan ramai, Nampak la macam orang Kelantan bergaul ngan orang Kelantan je..


Erm, berbalik pula soal Red Warriors VS N9..hati ana mula bertambah-tambahla risaunya, bila ana melihat kejadian baling-baling mercun oleh penyokong, terutamanya balingan mercun terhadap pasukan N9.. Ana betul-betul risau kejadian di stadium Muhammad IV di Kelantan berulang lagi. Sahabat ana yang berada disebelah ana ketika itu seolah-olah dapat menduga keresahan hati ana itu, dia memandang ana seolah-olah memerlukan jawapan.

“Ana betul2 risau, entah la, ana xtau, mungkin ana sorang je fikir macamni. Ana risau kalau penyokong Kelantan bertindak di luar kawalan samada kita menang, apatah lagi kalau kalah. Ana risau, kalau kejadian di Stadium Kelantan berulang. Malu Kelantan nanti, sudahlah kita negeri pimpinan ulama’, tapi tidak menunjukkan akhlak yg sepatutnya atau dengan kata lain tunjuk samseng..”

“Ye la, ana pun fikir sama macam nti,risau la ana kalau kejadian yang sama berlaku di stadium Kelantan sebelum ini akan berulang..” ujar sahabat ana menyokong..

“Sama-sama kita doakan semoga terhindar dari kejadian yang tak diingini ea rijan..”tambah sahabat ana.

Masa tu nak je ana mesej kat semua sahabat, untuk sama-sama buat solat hajat atau sekurang-kurangnya berdoa untuk di jauhkan dari sebarang kejadian yang tak diingini..

*************************************************************************

Dan apa yang paling menyedihkan. Pagi esoknya, ana dengar IKIM, 2 kerusi stadium di bakar di bahagian penyokong Kelantan.. Ya Allah, sangat-sangat menyedihkan, benar kegusaran yang ana rasakan.. Malu benar diri ini, rasa tersangat kasihan kepada negeri sendiri, sudah pastinya negeri yang akan dipersalahkan, tambah pula Kelantan negeri pimpinan ulama’..




Bukanlah ana ingin menuduh kerana menebalnya semangat kenegerian, penyokong RW bersifat sedemikian, namun jika benar, kikislah perasaan sedemikian.. Bersukan itu tidak salah, tapi kalau sampai memudaratkan dan membawa kepada perpecahan umat Islam,,.. Risau ianya akan jatuh kepada haram,..Bukan juga niat ana untk mengharamkan sesuatu yang halal..Tetapi sifat Islam sendiri , hak tidak bercampur dengan batil..singkirkan kebatilan, andai ingin yang hak terus menjadi hak..

p/s : jangan sampai disebabkan terlalu semangat nak bagi sokongan yang padu kat pasukan negeri, tertinggal solat maghrib dan isya' dah la…

Tolonglah orang negeriku tercinta…Demi nama Islam dan kerana Allah yang kita lebih cintai..peliharalah maruah negeri Islam..Jangan lagi ulanginya, Nampak macam tidak redha pada takdir.. dan takburnya diri..

Tapi kalau lah benar, ianya sengaja dirancang untuk memalukan negeri sendiri..sangatlah tak patut ..ish3..berdosa tu..memang la assobiyyah tak baik.. tapi “hubbul watan minal iman” .. so bawak-bawak lah bertaubat..

~:: LiFe FoR ALLaH::~

Monday, July 20, 2009

Memahami erti mukmin yang dengki..



Sudah masuk kali ketiga, dia, menatap perkataan itu, sedalam-dalamnya, menghayati dan cuba memahami, antara percaya atau tidak, antara yakin atau ragu-ragu..


Titisan manik-manik jernih juga semakin deras mengalir, tidak mahu mengalah.. perasaannya…

Hanya Allah yang maha tahu.. Betapa dia derita menanggungnya… Dirasakan seolah-olah dunia yang luas ni terlalu sempit.. sesak nafasnya..


Astaghfirullahalazim.. berulang-ulang kali dilafaznya.. menenangkan diri hanya dengan mengingatiNya.. Bisiknya berulang kali.. Ini mungkin kifarah bagiku..


Ya Allah, bantulah hambaMU.. aku tahu Kau Maha Melihat.. aku tahu Kau lebih mengetahui apa yang telah aku lalui, dan aku tahu Kau lebih memahami penderitaanku melebihi segalanya…


Benar, mengkhianati kepercayaan orang yang mempercayai kita adalah sebesar-besar khianat..justeru ia memberi kesan yang amat mendalam bagi orang yang dikhianati..


Dibacanya untuk kali yang keempat apa yang termaktub dalam kitab kesayangannya, bahtera penyelamat mukasurat 13..


Rasulullah s.a.w bersabda : 'orang mukmin sentiasa di ambang 5 dugaan yang susah : iaitu mukmin yang dengki kepadanya , munafik yang benci kepadanya, kafir yang memeranginya , syaitan yang menyesatkannya dan nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya..


Dia , meneruskan pembacaannya, basah kitabnya itu, menjadi bukti betapa hatinya sengsara..terus dibacanya melepasi beberapa helaian, berhenti seketika, beristighfar dan berselawat menenangkan diri..


5 dugaan orang mukmin : Orang mukmin yang dengki kepadanya.

Sebagaimana lumrah diketahui hasad adalah penyakit hati yang amat berbahaya .Hasad boleh mengikis iman seseorang mukmin jika ia tidak cepat kembali siuman , bertaubat kepada Tuhan dan tidak dilimpahi inayah dan rahmat Allah s.w.t .


Rasulullah s.a.w bersabda:

Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu, iaitu hasad dengki dan permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur. Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut , tetapi (yang saya maksudkan ) ialah ia mengikis agama.


Baru hari ini, dia seolah-olah mula memahami maksud yang tersurat dan tersirat..padahal bukan ini kali pertama dia membaca kitab itu..kata-kata sahabat yang ditemuinya semalam terngiang-ngiang ditelinganya..pertemuan dengan sahabatnya secara kebetulan di mat'am Barakah,asrama banat, petang semalam sedikit sebanyak menenangkan hatinya.. Sepatutnya , petang itu di isi dengan munakoshah bersama-sama sahabat di kelas yang telah ditetapkan oleh guru bertugas, namun dia, terpaksa mengasingkan diri..kerana perhatiannya sentiasa tersasar..hatinya tidak tenang..


'ya ukhti, enti janganlah sedih macam ni.. 'ana tak sanggup tengok enti begini..'Ana percayakan enti.. dan yang paling penting Allah maha mengetahui segalanya..Cukuplah DIA yang mengetahui keikhlasan enti..dan cukuplah DIA maha melihat apa yang telah dan tidak enti lakukan..

Masalahnya ya ukhti, ana tak kesah kalau fitnah ini datangnya dari seorang yang tidak menerima tarbiah..seorang yang bukan bersama-sama kita dalam perjuangan, tapi apa yang paling menyakitkan bila ia datang dari seorang yang ana sayangi..ia terlalu menghancurkan hati ini.. sampai saat ini, ana masih terfikir, how could dia buat ana begini..pedihnya hati hanya Tuhan yang tahu..sebelum ni ana cuba sedaya mungkin untuk mendekatinya , menyayanginya, walaupun layanannya terhadap ana terlalu dingin..setiap kali menatap wajahnya, ana cuba menanamkan sayang padanya, walaupun dapat ana rasakan mungkin dia membenci ana, terlintas di fikiran, buruk sangat ke mukaku, sampai dia tidak sanggup memandang sekalipun, kalau ia buruk sekalipun, apa yang boleh aku buat, sudah begini Tuhan jadikan wajahku..atau apakah dosa yang telah aku lakukan padanya sampai dia benar membenciku, atau pernahkah aku melukai hatinya tanpa kusedari..


maafkan ana sahabat andai diri ini pernah menyakitimu..


Bertenanglah wahai sahabatku, enti bukan keseorangan, ana dan sahabat lain ada bersama enti, dan yang paling penting Allah pasti bersama orang yang benar dan ikhlas..


Tapi bukankah fitnah ini telah menyebabkan sahabat-sahabat sudah tidak percayakan ana??


Cukuplah Allah yang mempercayai enti, dengan itu, kebenaran pasti akan hadir..

Mungkin ada hikmah yang Dia mahu enti fahami..


Ya Allah, bantulah hambaMU..rayu hatinya..


Tapi , ana rasa tak sanggup dah untuk menatap wajahnya lepas ana tahu apa yang telah dia lakukan..


Ana pun tak tahu betul ke tidak nasihat ana ni, tapi kadang-kadang kita kena bagi ruang pada diri kita..jangan terlalu naïf dan jangan salah gunakan term husnuzzon..terlalu husnuzzon meletakkan kita dalam keadaan tidak berhati-hati dan merosakkan konsep hati-hati tu sendiri.. bagi ana , selagi dia belum sedar dan meminta maaf, tidak salah kalau enti sunyi darinya tapi jangan memusuhinya atau berdendam padanya..Cuma berhati-hatilah dengannya..nanti, enti baca balik bahtera penyelamat.. ingat tak? dalam buku tu, Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya, mukmin yang dengki adalah antara 5 dugaan yang perlu dihadapi oleh seorang mukmin yang bertitle daie..


Seusai menghabiskan bacaannya, dia menutup buku itu, hatinya kini semakin tenang…walaupun titisan air jernih masih menemaninya, dia mula memahami dan menerima…


Subhanallah, sebelum ni, aku tidak pernah cuba mengambil ibrah daripada apa yang aku baca, terasa sungguh jahil dan teruk..namun dia teringat kata-kata sahabatnya, terkadang ilmu atau kefahaman itu bukan datang dengan sekali bacaan..kerana hidayah itu sendiri datang dengan pelbagai keadaan.


Sebelum ini, dia sering tertanya-tanya, bagaimana seorang yang beriman(mukmin) bisa menjadi ancaman kepada seorang mukmin yang lain?? Benarkah ini boleh terjadi..mengapa seorang yang beriman boleh membiarkan perasaan hasad menguasainya?? dan membawa mudharat kepada saudaranya???mustahilnya, detik hatinya ketika itu..tapi kini, dia jelas, jika sesuatu itu tidak mungkin berlaku, atau tidak akan berlaku , mustahil bagi Junjungan Mulia menuturkannya…ia benar wujud, dan kini Allah mengujinya..diri seorang daie…


Dia juga menyedari, satu ibrah yang paling besar daripada apa yang berlaku, Tuhannya ingin dia kembali perbaharui niatnya dalam perjuangan..bukan kerana sesiapa, hatta bukan kerana sayangnya pada sahabat,.tetapi kerana cintanya pada Tuhannya…dan sudah pasti , kasihnya pada sahabat hanya kerana Tuhannya…Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya..'sesungguhnya Allah menyintaimu sebagaimana kamu menyintai saudaramu kerana Allah'..saat itu dirasakan, betapa kasih Tuhan itu tiada tandingannya..saat dia merasakan tiada siapa yang mempercayainya, dia yakin hanya Allah yang memahami dan mempercayainya..hanya Allah yang sentiasa bersamanya..kerana itu katanya… AKU BERJUANG KERANA ALLAH..



# berjalanlah dengan penuh harapan,

Walau hidup ini tidak selalu bahagia..

Sedekahkanlah satu senyuman,

Walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan..

Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,

Berhentilah memberikan alasan,

walau ingin menyatkan kebenaran..

Hiduplah dalam iman, walau hari dipenuhi godaan..

dan berpeganglah pada Allah,

walau DIA tidak kelihatan..

Bukti kasihNya kita wujud di dunia pinjaman ini..#


p/s : ni hanya cerita, untuk pemahaman makna mukmin yang dengki, walaupun kewujudannya tidak boleh dinafikan, ia hanya minority, sekadar untuk persediaan , agar tidak terlalu kecewa nanti..tapi, macam yang ana kata, hanya golongan minority, jangan tak pasal-pasal suuzzon kat sahabat seperjuangan lak nanti.. ana lak yang berdosa..huhuhu.. pastikan ada bukti, jangan main teka je ea..=) apepun, insyaAllah bila berjuang kerana kefahaman dan matlamat yang jelas,takkan timbul kes-kes pelik macamni..jangan risau, cinta Allah untuk semua hambaNya yang setia dan mencintaiNya..jadi dalam perjuangan ni , tak perlu ada hasad..;) Allah itu maha adil..akan di balasnya setimpal dengan apa yang kita lakukan..


Sahabat , ajarlah jiwamu untuk terbang tinggi,

supaya ia bencikan sesuatu yang remeh..

Ajarlah jiwamu erti kemuliaan,

agar ia bencikan kehinaan..

Berilah peluang jiwamu merasai kelazatan rohani yang agung ,

nescaya ia akan bencikan kelazatan kecil yang sementara..

Sunday, July 19, 2009

destinasi cinta ini..~



Awal kalam bismillahirrahmanirrahim..


Demi menyahut seruan sahabat-sahabat untuk membersihkan sawang-sawang di sini, ana nak kongsi satu artikel best ni khas untuk akhawat-akhawat yang ana sayangi sekalian...:)

Artikel ni ana terbaca masa dop "menyibuk" kat bilik JAKSA pada satu hari tu..hehe.


Apepun, hayatilah dengan hati..Mulakan dengan basmalah..istighfar dan selawat ke atas junjungan mulia, moga apa yang dibaca dapat terus mengalir ke hati, mengetuk pintunya, dan menerbitkan keinsafan..jangan nafikan apa yang benar, jangan iayakan apa yang salah..yang benar tetap benar, yang batil tetap batil..jangan halalkan apa yang haram, andai al-Khalik telah jelas berfirman untuk meninggalkannya, tinggalkan yang mungkar itu dengan penuh keikhlasan..insyaAllah, sama-sama kita bermujahadah..


Ketahuilah, hati yang dipandu syahwat dan syaitan akan selalu menghalalkan apa yang haram,merasakan diri sudah cukup baik, dosa terlalu sedikit, dan tak salah untuk buat dosa sekali kala..nah!!!itulah senjata dan hasutan syaitan yang paling ampuh..taksub dengan kebaikan sendiri, walhal hanya sedikit jika nak dibandingkan dengan dosa dan kelalaian diri terhadap DIA..


Ingatlah, sebaik mana pun seseorang itu, tidak dapat dijamin di mana pengakhirannya, ke syurga atau ke neraka kah takdirnya..hanya Allah yang tahu..justeru, sentiasalah mengingatiNya, dan kembali padaNya.. bermunajatlah padaNya..merayu, demi pengakhiran yang mulia,.dan demi sebuah pertemuan yang cukup istimewa, antara hamba dan pencipta..


Saudaraku, andai pintu hati sudah diketuk dengan cahaya hidayah dan kesedaran, jangan dirimu halanginya dari meresap ke hati, dengan menafikannya..terimalah dengan kesyukuran, kerana DIA masih sudi membimbingmu, dan masih sayangkan dirimu..Tidak dibiar dirimu terus hanyut menjauhiNya,.kerna natijahnya, seorang hamba akan hancur , tanpa cinta, kasih sayang dan rahmat dari Rabbnya..


Selamat bermuhasabah..=)


Assalamualaikum warahmatuLLAH....

Ikuti kisah perjalanan hidup seorang pencinta yang mencari kebahagiaan hakiki..


Seorang,

dahulunya sepasang matanya yang bersinar sentiasa dijaga,

sentiasa menjaga pandangan.

Pabila si teruna memandang, dia tertunduk.

Ketika berjalan, pandangannya dipelihara,

hatinya menggerakkan kaki menuju ke destinasi

Melihat pabila perlu dan baik untuk dipandang.


Kini, sinaran matanya kian pudar.

Ekor matanya terkadang meliar.

Kerap juga matanya melimpahi air tanda ketenangan hatinya terganggu.

Pabila si teruna idaman hati memandang, hatinya berdebar,

panahan si teruna hebat dicabar.

Terkadang membuatkan si teruna sendiri tertunduk tewas.


Dahulu, telinganya sentiasa juga dijaga.

Mendengar segala-galanya, sama ada yang baik atau yang buruk.

Tetapi, yang buruk hanya di dengar dengan fahaman kosong,

tidak mengiyakan, tidak mengikut atau menokok.

Segala baik yang didengar dilekatkan di dalam hati dengan teguh

dan dijadikan pedoman buat melalui hidup yang penuh dugaan

demi mendapat redhaNYA.


Kini, telinganya dihidangi dengan lagu-lagu rancak yang melalaikan, mendengar umpatan, hinaan, dengan mulutnya pasti mengiyakan dan menokok.

Sedikit-sedikit perkara baik yang didengari kian luntur dari hati dan pegangan.


Hari ini, seorang sahabatnya telah menyedarkan dirinya

dari lena yang panjang.

Suatu ketika, fikirannya seakan terhenti.

Suatu ketika,fikirannya ligat berputar

memikirkan perkara-perkara 'dahulu',

suatu ketika, fikirannya mengingati perkara-perkara 'kini',

dan suatu ketika, fikirannya pantas melakukan kira-kira

perkara 'dahulu' dan 'kini',

melakukan perbandingan

dan mencongak keburukan dan kekurangan diri.


{DisakitkanNya kita sekejap

tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya,

Disusahkan sedikit agar insaf,

namun segera disenangkan semula, itulah belaianNya.

Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang,

namun tidak lama kerana kasihNya.

Dipanggil-panggil kepadaNya untuk meminta itu dan ini.

Tuhan amat melayani hambaNya tetapi hamba langsung tidak peduli.}


Hari ini, matanya sekali lagi dilimpahi air. Bukan kerana terguris,

tetapi setitik air matanya mewakili kekesalan hati

atas pekara-perkara 'kini' yang dilakukannya.


Hari ini, telinga dan mulutnya seakan terkunci.

Kesal dan terguris dek hari-hari 'kini' yang tersasar jauh

dari landasan keimanan insan dan menyedihkan .


Dahulu, bibir yang mungil sentiasa diukir senyuman.

Berkata bila sahaja yang perlu.

Pabila si teruna menegur, dia hanya tersenyum.

Bukan menggoda, tetapi satu isyarat bahawa

dia tidak perlu disapa tanpa tujuan.

Bila siteruna bertanya tentang ilmu,

pasti dijawab penuh dengan keikhlasan

tanpa niat yang berlainan..Cukup sekadar jawapan.

Waktu kosongnya pasti diisi dengan puji-pujian kepada maha pencipta dan rasulNYA.


Kini, bibirnya sentiasa berkata-kata walaupun dengan si teruna.

Senda gurau dan gelak tawa sentiasa tersaji walaupun di hadapan teruna.

Terkadang senyuman juga digunakan bagi menggoda

.

Dahulu, hatinya sentiasa dijaga walaupun terkadang sedikit tercalar.

Tetapi hati itu pasti dipulihkan kembali

dengan satu solat pembersihan

dengan penuh khusyuk dan tawadduk.

Hatinya walaupun dilukai, pasti terlihat jua senyuman dibibir.

Hanya mengadu kepadaNya bagi mengubati luka dihati.

Hatinya sentiasa diisi dengan kecintaannya kepada Ilahi.

Ketenangan hatinya sentiasa tergambar diwajahnya.


Kini, hatinya sentiasa tercalar.

Ketenangannya sentiasa diragut.

Solat pembersih diri semakin berkurangan

dengan kesibukan rutin harian menjadi alasan.


Hari ini, hatinya diruntun sayu,terharu atas nikmat hidayah

dan peluang yang telah diberikan

oleh yang Maha Pencipta kepada dirinya.

Hari ini, dia cuba menyatukan mata, telinga,

mulut dan juga hati dengan kukuh.

Cuba mencari kekuatan, cuba membulatkan tekad,

cuba menyimpul semula keimanan

demi mendapatkan redha yang Maha Esa.


Supaya hari ini dan selamanya'

dirinya sentiasa mendapat cahaya dari pencipta.

Supaya 'hari ini dan selamanya' ,

matanya akan kembali bersinar.

Supaya 'hari ini dan selamanya' ,

telinganya sentiasa terjaga.

Supaya 'hari ini dan selamanya' ,

bibirnya sentiasa terukir senyuman ikhlas dan

mengucapkan yang keperluan dan mengisyaratkan batasan.

Supaya 'hari ini dan selamanya' ,

hatinya kembali tenang dan kembali terisi

dengan kecintaan kepada Ilahi...


Hari ini dan selamanya,

perjalanannya seperti roda,

harapannya hanya satu,

agar mendapat keredhaan Ilahi

tanpa tersasar dari landasan iman.

Satu harapan bagi setiap insan beriman

yang sentiasa hanya mengharap cinta Ilahi.


Dari cintaNya kita berasal,

Dan atas nama cinta

Dia menciptakan kita

Kerana cinta kita mendatangiNya

Dan demi cinta juga kita kembali kepadaNya


*::Life for ALLah::*