Saturday, May 9, 2009

~ dah kena keluar zakat ???!!!



Kring! Kring! Kring!


“Assalamualaikum w.b.t, esok jadi kan nak datang perlis?”tanya kakakku.


“Waalaikumussalam w.b.t, Hehe.bleh plak tanya, insyaAllah jadi, tiket da beli r..huhu.”


“Erm, mana la tau tetiba ada program lain..” perli kakakku.


Ish, mane boleh, janji mesti ditepati, kan dah janji lepas habis program sekolah akan jadi baby sitter kat perlis pulak, huhu. Nape call ??


Hehe.sebenarnya nak mintak tolong, bleh?


Erm, dah agak da..pe dia?insyaAllah bisa di atur..hek3


Erm,boleh tolong bawakan buku bank abang mi , tertinggal kat rumah mak masa balik hari tu..


Hah? buku bank ?buat pe?


Nak bayar zakat..hehe.


“Owh, ok insyaAllah..” tapi betul ke nak bayar zakat?monolog hatiku.


Tolong ea..


insyaAllah..


klah , assalamualaikum.


Waalaikumussalam..


Sapa yang cal?tanya ibuku yang kebetulan lalu dihadapanku.


Kakmimi..


Kenapa?


“Dia suruh tolong bawakan buku bank abang mi(abang iparku)..”


“Owh,pesan kat abang mi nanti jangan lupa bayar zakat..”


“Hah bayar zakat?sebenarnya apa kaitan zakat dengan buku bank?”tanyaku.


“Yelah, kalau dah cukup nilai tertentu maka wajiblah keluar zakat..”jawab ibuku bersahaja.


“A’ah, betul la zakat tu wajib kan,termasuk dalam rukun Islam lagi..Tapi kenapa kebanyakan orang buat acuh tak acuh je soal zakat ni ea?” tanyaku pada ibu.


“Ala, macam soal solat la, ada je yang tinggalkan solat kan? Walaupun orang tahu solat tu tiang agama dan meninggalkannya umpama meruntuhkan agama. Puasa pun macam tu juga, walaupun ramai yang tahu puasa bulan ramadhan itu wajib tapi ada je yang curi-curi makan dalam tandas, kat rumah , kat kedai cina dan sebagainya, mereka lebih malu pada manusia daripada malu kat Allah..tapi yang lebih dasyat kat manusia pun mereka tak malu..


A’ah ye la kan.. memang itu yang berlaku dalam masyarakat kita sekarang ..nauzubillah min zalik.. Tapi , kalau pasal zakat tu, ramai yang beralasan tidak mahu keluarkan zakat kerana mereka fikir itu hak mereka , harta yang mereka cari .. jadi macam mana ea kita nak jelaskan pada mereka tentang kewajipan zakat.

Sebenarnya nak terangkan pasal kewajipan bayar zakat ni senang je,suruh je dia sebut rukun Islam satu persatu, bukan ke sampai rukun ke 4, adalah kewajipan untuk bayar zakat.Sebenarnya, penyebab utama orang tak nak keluar zakat bukan sebab mereka tak tahu yang bayar zakat tu wajib tapi sebab mereka tak tahu betapa pedihnya azab meninggalkan perintah itu..


Mereka mungkin tak tahu Rasulullah s.a.w pernah bersabda ..

“Pemilik emas dan perak yang tidak mahu memberikan haknya, pasti di hari kiamat dibuka lembaran-lembaran api membakarnya di neraka, memenuhi perut dan punggungnya. Jika padam, dihidupkan lagi demikian sampai lima puluh tahun sampai ia berada di antara hamba-hamba lalu melihat jalannya ada yang ke syurga dan ada pula yang ke neraka..”


Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:

“Pada hari kiamat celaka orang-orang yang kaya . Orang-orang fakir berkata , “mereka aniaya hak kami yang Engkau berikan atas mereka.” Kemudian Alah berkata , “Demi kemuliaan dan keagunganKu akan Ku dekatkan kau dan Aku jauhkan mereka.”


Ada satu cerita pada zaman tabie, sekolompok tabie pergi menziarahi Abi Sanan. Ketika sampai dan duduk di sisinya, Abi Sanan berkata yang dia telah melihat seorang lelaki yang banyak menangisi kematian saudaranya, lalu dia (Abi sanan) cuba menghiburkan lelaki itu namun tidak berhasil. Abi sanan kemudiannya berkata kepada lelaki itu, “Tidakkah kau tahu mati itu jalan yang mesti di tempuh.”Dia menjawab , “itu betul, tetapi aku menangisi seksa yang dihadapinya pagi dan petang.” Abi sanan bertanya,”apakah Allah telah membukakan yang ghaib padamu?” Dia menjawab,”tidak, tetapi ketika aku menguburnya dan meratakan tanahnya , di mana pabila orang telah pergi , aku duduk di atas kuburnya. Lalu aku terdengar suara dari kuburnya, “aduh..kalian tinggalkan aku sendirian merasai seksa. Sedangkan aku telah solat dan berpuasa.” Suara itu membuatkan ku menangis . Maka ku gali kuburnya dan kulihat keadaannya . Ternyata kuburnya ada api yang membakarnya. Di lehernya ada kalung dari api. Sebagai saudara aku kasihan padanya. Maka kucuba mengambil kalung itu dengan tanganku. Namun jari dan tanganku terbakar.Ia hulurkan tangannya padaku. Tetapi tangan itu telah hangus. Maka tanah ku ratakan dan aku meninggalkannya. Bagaimana aku tidak menangisi dan berdukacita padanya?” Lalu abi sanan berkata , “Ini sesuai dengan firman Allah s.w.t :

Janganlah orang-orang yang bakhil dengan barang-barang yang dikurniakan Allah padanya itu mengira, bahawa bakhil itu baik bagi mereka. Nanti akan di kalungkan ke leher mereka barang yang mereka bakhilkan itu pada hari kiamat. (Ali-imran:180)


Saudaranya itu akan merasai seksa itu sampai hari kiamat . Kemudian kami pergi dari sisinya dan datang kepada Abi Dzar sahabat rasulullah s.a.w, maka kuceritakan perihal lelaki itu padanya dan kukatakan bahawa orang yahudi dan nasrani pun tidak sedemikian rupa. Lalu jawab Abu Dzar, “ ini kerana mereka telah jelas di neraka, adapun yang diperlihatkan Allah padamu perihal orang beriman itu agar engkau boleh mengambil teladan dan iktibar.


Firman Allah :

Barang siapa melihat, maka bahagialah bagi dirinya, dan barang siapa buta maka celakalah atas dirinya. Bukankah Aku yang menjaga perbuatanmu.”(Al-An’am:104)


Astagfirullahal azim, macam tu sekali seksa bagi orang yang meninggalkan zakat ea mak, macamane la agaknya seksa bagi orang yang tinggalkan segala-galanya, solatnya , puasanya , zakatnya? tentu lagi dasyat kan seksaannya?!

Tapi , kalau difikirkan baik-baik, memang Allah tidak menzalimi hambaNya , tapi hakikatnya manusia sendiri yang menzalimi diri sendiri, padahal bukannya susah pun untuk laksanakan perintahnya, contohnya zakat, bukannya Allah perintahkan untuk infakkan semua harta tapi hanya sedikit je dari bahagian harta yang hakikatnya adalah rezeki , anugerah dari Allah juga.. Bab solat pun sama, bukannya Allah wajibkan solat 24 jam sehari tapi kalau ikut purata hanya 25-30 minit je sehari, tu pun susah orang nak buat, kalau tengok tv boleh pulak sampai sejam dua jam depan tv..puasa pun sama , dah 11 bulan kita boleh makan apa saja yang kita nak, sebulan je Allah wajibkan puasa tapi masa tu la timbul macam-macam penyakit , ramai yang ponteng, sampai sanggup makan dalam tandas, pelik betul..ujarku sambil menempelak dan mengingati diri sendiri.padahal semua yang Allah perintahkan pada hambanya pasti ada kebaikan dan manfaat bagi hambaNya kan mak? Sebagai contoh, kalau solat, ikut kajian sains, beberapa bahagian dalam otak, oksigen hanya boleh sampai ke situ dengan sujud je, puasa pulak dah terbukti mengikut sains boleh menyihatkan badan ,pastu kalau bab zakat, zakat sebenarnya boleh menyelamatkan manusia yang tertindas atau golongan bawahan daripada terus ketinggalan, jauh lebih baik dari sistem kapitalis yang mengayakan yang kaya dan memiskinkan lagi yang dah miskin, dan jauh lebih baik dari sistem komunis, yang mana Islam tidak pernah menyekat umatnya untuk menjadi kaya atau mencari rezeki, tetapi harus wujud keseimbangan agar tidak ada yang tertindas disebabkan jurang yang terlalu tinggi.


Lagipun , kita kena faham, “Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menyembahKu”. Kita sebagai manusia kena sedar diri kita sebagai hamba yang memang diciptakan untuk beribadat,. Owh, tapi kalau cakap macam ni, mesti orang persoalkan , takkan nak solat 24 jam..la, janganlah sempitkan fikiran, ibadat tu bukan solat je, tapi solat adalah antara ibadat yang wajib dilakukan dan meninggalkannya beerti meruntuhkan agama. Ibadat adalah segala benda yang baik(yang diredhai Allah) yang dilakukan hanya kerana Allah.. Tu maksud ibadat, jadi hidup dalam beribadat beerti, hidup dengan cara hidup yang telah digariskan oleh Islam..bila kita belajar , bekerja dan sebagainya ikut cara Islam dan kerana Allah, tak jadi masalah untuk kita keluarkan zakat kerana kita faham kita bekerja pun kerana Allah. Dan bila diwajibkan untuk keluarkan zakat kita boleh lakukannya dengan senang hati..kan mak?hehe.


betul tu..jadi ingatlah , ijan pun, bila bekerja nanti, bila simpanan dan sampai nilai tertentu dan diwajibkan keluarkan zakat, maka laksanakanlah dengan ikhlas..jangan kedekut..rezeki itu kurniaan Allah, taatlah perintahNya tanda kita mensyukuri segala nikmatNya yang melimpah ruah dan tidak terhitung..


Owh, baik mak, insyaAllah ijan akan ingat, tapi itu lambat lagi mak..


Memang la untuk keluar zakat sekarang ijan tak mampu lagi, ijan pun mak tanggung! :) Tapi untuk bersedekah dan infakkan harta dan tenaga pada jalan Allah, ijan dah mampu kan? Duit belanja yang mak bagi tu, berjimatlah untuk kegunaan sendiri ,kerana, membazir itu saudara syaitan, tapi untuk digunakan pada jalan Allah janganlah berkira sangat. Semoga pengorbanan yang sedikit itu menjadi tanda cinta kepada Allah..


Betul3 ..(gaya upin ipin) hehe. Terima kasih mak..sayang mak..satu kucupan singgah didahi ibuku menutup bicara kami petang itu..alhamdulillah , tenang rasanya bila berbual tentang perkara yang boleh mengingatkan kita kepada Allah ..


So, untuk diri dan saudaraku fil Islam..jom infakkan harta pada jalan Allah

Firman Allah s.w.t:

“Dan apa sahaja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah) maka pahalanya itu untuk kamu sendiri dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredhaan Allah dan apa sahaja harta yang baik yang kamu nafkahkan nescaya kamu akan diberikan pahalanya dengan cukup dan sedikit pun kamu tidak akan dianiaya.” (albaqarah: 272)


~::*Life FoR ALLaH*::~

0 comments:

Post a Comment