Monday, May 11, 2009

~::*Bicara Tentang Hari Ibu*::~




Salam kasih dan sayang,


Menurut riwayat Thabrani : “Ya Rasulullah! Aku ingin berjihad fisabilillah.” Rasulullah bertanya, “Apakah ibumu masih hidup ?” Jawabnya “Benar.” Kemudian Rasulullah s.a.w berkata, “Jagailah dia kerana di sana ada syurga.”

Tanggal 10 mei setiap tahun, merupakan tarikh yang telah terpilih untuk menjadi hari ibu. Bagiku 10 mei semalam merupakan hari yang wajib untukku lafazkan penghargaan dan sayangku pada ibuku, tapi entah apa yang tak kena dengan aku semalam, tetiba rase macam malu je nak lafazkan terima kasih dan sayang pada ibuku…beberapa kali aku cuba buka mulut,..tapi..cam malu plak rasanya. Pelik betul, ngan mak pun nak malu ke???!!!ish3..(antara salah satu daripada kes2 malu tak bertempat aku).


Time : 1.** p.m

Alamak, aku dah dalam kategori lewat da ni,sekarang dah pukul 1 lebih dah.. kakak-kakakku dah wish dari semalam lagi..aku yang tak terwish-wish lagi..rasa macam nak mesej je, macam yang kakak-kakakku buat,huh,.tapi, tu lagi la malu, diorang takpela takde kat rumah, aku yang dop tersengih-sengih kat rumah kan lagi afdhal ucapkan terus.. Mak! susahnya nak cakap “selamat hari ibu,” “terima kasih mak”, “saya sayang mak” dan “saya harap mak bahagia dunia dan akhirat”


Ish,pelik betul aku ni…memang masalah malu tak bertempat,.kan tak pasal-pasal jadi ‘lafaz yang tersimpan’ ...huhu.

Tetiba pula teringat kat lagu ni..


Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


Bila sampai kat rangkap terakhir tu tetiba rasa sedih plak.. tak sanggup sekali untukku kehilangannya, insan yang bernama ibu..huk3.(TT) “so , apa lagi wahai arijan , cepat-cepatla lafazkan kasihmu pada ibumu…

Moga ia bisa menyenangkan hati ibumu..dan membahagiakannya.

Baiklah, 1!!!2!!!3!!! Aku terus bangun dan mula menghampiri ibuku dan duduk disebelahnya, lama aku perhatikan ibuku yang sedang duduk disebelahku..


Bismillahirahmanirrahim,

**********************************************************************************

Mak , selamat hari ibu ea mak..ijan sayang sangat mak, dan ijan nak berterima kasih sangat kat mak sebab dah mengandungkan ijan, melahirkan , membesarkan dengan didikan yang sempurna, dengan didikan agama.. ijan ingat lagi , dulu, bila ijan dapat SBP, mak bertegas nak ijan masuk sekolah agama, keputusan dan ketegasan mak masa tu menjadikan ijan yang sekarang, ijan tak boleh lupa akan ketegasan mak masa tu, walaupun tahun tu, merupakan tahun kritikal untuk sekolah-sekolah agama , banyak sekolah-sekolah agama ditutup , dan media liberal telah memainkan peranannya yang hina, mereka tanpa rasa bersalah mengutuk dan menfitnah sekolah agama. Hasilnya, mereka berjaya! tahun tu , peratusan pelajar ke sekolah agama menurun, malah yang dah lama belajar di sekolah agama pun mula keluar beramai-ramai.huhu.:( Terima kasih mak! Jujurnya, ijan tak pernah rasa mak mengongkong ijan walaupun orang-orang sekeliling melihatnya begitu, ijan ingat lagi, masa tu, ramai kawan-kawan ijan nasihatkan ijan untuk ijan bertegas dengan mak , tak nak masuk sekolah agama, (tak tau la bleh ke tak dikategorikan dalam kategori nasihat, rasanya tak kot..)


“Arijan , bagitau la mak awak, awak nak masuk SBP, dan nak keluar dari Maahad,pujukla mak awak, awak cuba nangis depan dia,.mesti mak awak kasihan nyer...awak tahu tak., kami dah berjaya pujuk parents kami untuk keluarkan kami dari sekolah ni,.” pinta beberapa orang sahabat sekelasku semasa kami awal-awal masuk maahad ( di tingkatan 1,MMP)..

“Takkan la awak nak musnahkan masa depan awak dengan belajar kat sekolah ni,” ujar seorang lagi sahabat sekelasku yang turut dapat green light dari parentsnya untuk keluar dari sekolah tu..

Kejam betul kata – kata mereka, dengan kata lain , maksud mereka, “masa depanku akan musnah kalau aku terus berada di sekolah ni” ,. YA Allah, sungguh derita hatiku masa tu, tipulah kalau aku katakan aku langsung tidak terkesan dengan kata-kata mereka..

Nak je aku balik terus masa tu ke rumah dan merayu dengan ibuku, tapi..aku tak sanggup mengecewakan dia…aku tak nak menghampakan dia. Aku tahu betapa dia mengharapkan anak-anaknya semua belajar di sekolah agama..


Pernah sebelum tu aku bertanya kepada ibuku, kenapa dia tidak benarkan aku ke SBP bila aku dapat tawaran itu, katanya, “anak mak yang lain semua mak hantar ke sekolah agama, takkan la bila sampai time ijan, mak tak hantar ke sekolah agama, mak takut kalau Tuhan soal nanti kenapa anak mak sorang ni mak tak hantar ke sekolah agama..”

Sepatutnya kata-katamu itu ibu, sudah cukup jelas untuk ku fahami, namun fikiran seorang kanak-kanak tidaklah sehebat mana untuk mengerti apa maksudmu yang tersirat, hinggalah sekarang, aku benar-benar fahaminya.. ibu selalu katakan padaku, tanda sayangnya Allah kepada hambanya bukanlah dengan memberikan kekayaan atau kecantikan tetapi dengan “ufakkihu fiddin” memberikan si hamba kefahaman yang mendalam terhadap agama..


Malam tu, puas aku berfikir , bagaimana caranya untuk ku pujuk ibuku, namun, ku tahu dari ketegasannya sebelum ini, bukan mudah untuk ibu mengubah keputusannya..dan aku..membiarkan malam itu berlalu..

Keesokannya, sesampainya aku disekolah, kawan-kawanku terus mendapatkanku, hatiku terus gelisah , apa yang akan ku jawab pada mereka nanti ..bercelarunya fikiranku ya Allah..

“Arijan, macamane, dah berjaya pujuk mak awak??” mereka memandangku dengan penuh harapan..

Er..sebenarnya saya tak cakap pun dengan mak saya pasal ni..

“Hah??biar betul awak ni???kenapa dengan awak ni??? saya takut awak menyesal je nanti..” marah kawanku.

Tersentak aku mendengar kata-katanya..

Nak je aku menangis masa tu..


Entahla, saya rasa, insyaAllah saya takkan menyesal, entah kenapa, saya rasa sangat gelisah bila nak cakap hal ni dengan mak, dan saya hanya kembali tenang bila saya berkeputusan untuk menyimpan hal ini di dalam hati.. kita tak tahu kan apa yang akan berlaku pada masa hadapan? Jadi biarlah Allah yang tentukannya, tapi sekarang saya rasa lebih tenang kalau saya tak timbulkan lagi hal ni di depan mak saya..

Aku pun tak tahu kenapa, tika itu, aku betul-betul tak rasa untuk melawan keputusan ibuku, sekalipun kawan-kawanku memang kuat mempengaruhiku, dan aku tahu, aku akan kehilangan mereka andai aku terus di sekolah itu..tapi hatiku telah tetap berkeputusan untuk tidak lagi membincangkan soal ini dengan ibuku..(Pepon, till now, aku sayang sangat kat MMP)


Mak, sekali lagi ijan nak lafazkan terima kasih yang tidak terhingga sebab sejak dalam kandungan lagi mak selalu dekatkan ijan dengan Allah..dan mak selalu kata .. “ijan tahu tak, masa mak mengandungkan ijan, mak paling banyak berdoa, berbanding dengan adik-beradik yang lain,….. mak selalu doakan semoga anak yang dikandung ini, akan jadi anak yang soleh, kuat pegangan agama, taat ibubapa,huffaz dan dikurniakan kebijaksanaan..serta berjaya dunia dan akhirat..

Terima kasih mak, ku harapkan semoga berkat doamu itu..

Ingin sekali ku lafazkannya.., ketahuilah mak , ijan sayang sangat mak..


Tapi yang sedihnya,..:( semua itu hanya bermain difikiranku sahaja..Sungguh aku tidak tahu cara untuk melafazkan segala penghargaan dan kasihku padamu ibu..

*********************************************************************************************

“Mak, kita dah wish ke selamat hari ibu kat mak??hehe.”( ish poyo betul, kalau nak wish tu cakap je la , buat-buat tak ingat plak)

Rasanya belum kan? erm, mak, “selamat hari ibu ea”, (huh, sekali lafaz je, Alhamdulillah! bleh r tu)

Ibuku tersenyum meraikan ,.

Ucapan ku terus terhenti disitu, walaupun masih banyak yang mahu ku perkatakan padamu ibu..namun ia terus menjadi lafaz yang tersimpan..huk3.tak puas hati betul aku dengan diriku, mengapa ku biarkan kata-kata ku terus menjadi lafaz yang tersimpan????aku selalu macam ni..confius2..


Date : 11 Mei

Hari ni aku berbual dengan mak saudaraku, sempat dia bercerita perihal anak-anaknya padaku… Geli hatiku bila mendengar dia bercerita gelagat anak bongsunya,yang begitu beria-ia meminta duit darinya untuk membelikan hadiah untuknya..


“Mama akim nak duit 50 sen”..pinta anaknya.

“nak buat ape?” tanya mamanya…

“Nak beli hadiah untuk mama, hari ni cikgu akim kata hari ibu”.jawab anak kecil itu jujur..


Walaupun perbuatan anak kecil itu, mintak duit dari mak untuk beli hadiah kat mak, nampak macam kelakar, hakikatnya ia sudah cukup membanggakan bagi seorang ibu..Lepas tu, mak saudaraku bercerita pula perihal anak yang ketiganya, atau lebih glamor dengan panggilan “abang chik”, kata mak saudaraku, abang chik telah buatkan dia satu kad hari ibu..


Aku tersenyum mendengar cerita-cerita mak saudaraku, namun satu ibrah yang cukup terkesan dihatiku, tergambar dari riak wajahnya, ketika menceritakan perihal anaknya kepadaku, kegembiraan dan keterharuan bila anak bongsunya dan abang chik memberinya perhatian sebegitu rupa,.Melihatkan itu, hatiku rasa macam sayu semacam je, memang begitulah sifat seorang ibu, begitu juga ibuku, sedikit sahaja kebaikan anaknya , sudah cukup untuk membuatkan dia bahagia, hanya sedikit sahaja pengorbanan anaknya padanya, sudah cukup untuk membuat dia redha padanya..ya Allah, sungguh aku menyayangi ibuku,. Dan aku harap, suatu hari nanti,aku punya kekuatan untuk meluahkan segala lafazku yang tersimpan..=)


Rasulullah s.a.w :

“Apabila seorang anak Adam itu meninggal , terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: Sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat atau anak soleh yang berdoa untuknya”


~::*BeRDoaLah UnTuk KeBahaGiaaN IBumu DuNiA dan AkHiRaT*::~



0 comments:

Post a Comment