Sunday, May 3, 2009

~::*Girls and korean drama*::~


The best beginning bismillahirrahmanirrahim..

Venue : surau

Time : Lepas solat isya’ ( 9.** p.m)

Sahabat 1 : sahabat, lame xnampak nti turun surau, sibuk erk?

Sahabat 2 : a’ah, assignment dengan presentation banyak sangat..

Sahabat 1 : Owh, macam tu, ana dah agak dah.erm, nti macamane sekarang? Sihat tak? Macamane dengan kesihatan iman dan Ibadat?hehe.

Sahabat 2: Alhamdulillah sahabat, Allah masih tak tarik nikmat kesihatan jasad yang Dia kurniakan pada ana, tapi ana gusar dengan kesihatan rohani ana, mungkin sejak akhir-akhir ana terlalu sibuk dengan urusan duniawi, tu yang jiwa ni terasa makin jauh dariNya.Astaghfirullahalzim..nti tengok sendirilah, surau pun dah seminggu ana tak jejak kaki, hari ni baru berkesempatan turun . Malah ana dapat rasakan iman ana sedang menurun sekarang..huhu.

Sahabat 3: Erm, nampaknya kita sama la, ana pun dapat rasakan yang ana semakin jauh dariNya..Takut sangat bila fikirkannya.Kes ana ni ,ana rasa mungkin puncanya sebab ana dah lagha dengan hiburan duniawi.huhu.

Sahabat 2: maksud nti?

Sahabat 3: Macamni, nti tahu kan ana kurang minat cerita korea?! sejak dua menjak ni, ana tak tahu lah kenapa, tapi seolah-olah macam berhantu je benda tu, kemana-mana ana pergi pun asyik2 cerita korea je , ana dup dalam bilik ada sahabat pasang cerita korea, dop dalam lab com ada sahabat pasang cerita korea, pergi ziarah sahabat kat bilik lain pun ada yang tengah tengok cerita korea, hingga ana rase dah takde ruang nak larikan diri. Sampai satu saat ana fikir ,“budak perempuan dengan cerita korea ni memang tak boleh dipisahkan ke?” ish. Takdelah , ade je yang tak suka tengok cerita korea, aku sendiri pun tak suka, huhu. Tapi ape yang best erk dengan cerita korea ni?? Confius2.” Ana pernah jugak tengok cerita korea mase kecik2 dulu ( kt sekolah menengah) , p xdelah penonton setia,rase cam biase je citer korea ni..,Tapi, disebabkan pengaruh keadaan sekeliling yang seolah-olah memujuk diri untuk memulakan langkah, ana pun mula lah join sahabat2 ana tengok cerita korea..huhu.Bila dah start tengok ni , cam susah pulak nak berhenti..ana risau lah, risau dengan hati ana, risau akan terlagha dengannya.Macam mane ea sahabat?

Sahabat 1 : erm,bagi ana ,cerita korea ni , boleh dikatakan sebuah fantasi kehidupan la.. BUKAN realiti kehidupan especially watak hero nyer, fuh ! memang boleh tabik spring dengan watak hero korea ni.. too perfect... huhu. 1) seorang yang baik hati @ sangat jujur @ caring @ kadang2 ada yang jenis kelakar / ada gak yang yang nampak serius tapi sebenarnya lembut hati @ anak yang baik , ape2 jelah kesimpulannya moralnya tinggi. 2) cool 3) good looking 4) kaya 5) serba boleh (sukan dan kerja). Dan watak banat nya pulak biasanya miskin , kelakar ,comel @ lawa, baik hati dan etc. Erm, macam tu la biasanya sinopsis kasar cerita korea..then akan ada la macam-macam masalah antara diorang, lastly, whether happy ending or sad ending..tak ke fantasi sume tu.tambah-tambah watak hero nyer, tak ke fantasi bile seseorang tu sempurna segalanya, good looking, baik hati, caring dan serba boleh..huhu.kt dunia reality , tambah2 non muslim??? memang hampir tiada.. p klu mus lim 2 ada la logik gak..coz *Islam adalah cara hidup yang sebenar*..ana pun dulu minat jiddan cerita korea ni, dah jadi hobi ana tengok cerita korea,asal ada masa terluang je mesti dihabiskan dengan tonton citer ni..dah namenya hobi,.hehe. padahal ana tahu cerita dan wataknya hanya fantasi, hidup tak seindah dan sesenang yang digambarkan,tapi mase tu ana tetap tak leh halang diri ana dari terus tengok cerita korea..sampailah bila ana dah mula terima tarbiah, ana mula rasakan yang benda ni sedikit sebanyak melaghakan ana.. ana risau sangat mase tu, macamane ana nak berhenti, sedangkan ni dah jadi hobi ana, dan dalam kelam kabut hati ini mencari solusi, syaitan memainkan wataknya dengan baik,syaitan akan cuba buat kita pandang sesuatu keburukan atau maksiat itu sebagai kebaikan, mase tu, hati kita tidak henti-henti akan cuba menghalalkannya, ana cuba menafikan dalam diri ana yang benda tu telah sedikit sebanyak melaghakan ana,.Dan masa terus berlalu,semakin lama ana di daerah tarbiah dan perjuangan, makin ana disibukkan dengan pelbagai tugas, sehingga tiada masa untuk ana luangkan untuk ‘hobi’ ana tu.,tapi ana tetap tak berputus asa, ana tetap berusaha mencari ruang untuk laksanakan hobi ana tu,rasa nak tergelak je bila ingat balik, sangat berusaha ea masa tu..Aja2 fighting!!hehe. Akhirnya, mase cuti sekolah, dapatlah ana peluang tu,peluang untuk tengok cerita korea, ana pun tak ingat cerita ape yang ana tengok masa tu, oleh kerana terlalu menghayati cerita tu, tetiba je mengalir airmata ana,sedih dengan cerita yang ana tengok tu walhal pada hakikatnya memang tak de kaitan dengan yang hidup atau yang dah mati,,.ye ye je ana nangis masa tu..sampai malam tu masih rasa lagi bahang sedihnya cerita tu,,hua3.(TT).dan dalam masa yang masa sama ana rasa tak selesa dengan apa yang ana rasakan masa tu..lepas ana fikir punya fikir, lepas tu ana seolah-olah tersedar ,benar, benda ni telah melaghakan ana, menggangggu fikiran ana, hati ana bermonolog, “teruknya aku Ya Allah, seolah2 tak de benda laen yang harus dipentingkan, seolah-olah aku begitu lapang sehingga ada masa untuk dihabiskan begitu sahaja, seolah-olah tidak ada masalah untuk aku fikirkan sehingga sanggup aku sediakan ruang dalam mindaku untuk memikirkan masalah-masalah yang hanya rekaan semata,yang dilakonkan, seolah-olah airmata ini sungguh tiada nilai hingga sanggup ku tumpahkan bukan pada yang hak.” Sejak dari tu ana dah ‘loss appetite’ nak tengok cerita korea lagi.

Sahabat 3 : Betul kata nti, baru ana sedar, kemana hilangnya semangat ana sejak kebelakangan ini! Kemana hilangnya roh solat ana! Astaghfirullahalzim, benar , ana telah dilalaikan dengan benda ni, padan la, ana dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan diri kebelakangan ini, padan la hati ni terkadang resah tanpa bersebab..huh , kuat betul penangan cerita korea ni ea? Jadi kesimpulan nti camne? Perlu ke kita larang sahabat-sahabat lain dari tengok cerita korea ni??

Sahabat1 : Entahlah, ana rasa depends pada indivudu, isunya bukan cerita korea je, tapi apa-apa sahaja hiburan , andai bisa melaghakan kita , jauhilah, tapi andai ia masih tidak menganggu hubungan hati kita dengan Al-Khalik,pilihannya pada individu tu untuk teruskan atau tidak,.apepun,berpeganglah pada ayat ni..

Firman Allah s.w.t :

“Sesungguhnya mengingati Allah itu terlebih besar faedahnya.” (al-ankabut : 45)

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Siapa ingin hidup mewah di taman syurga, hendaklah memperbanyakkan zikir kepada Allah s.w.t.”

Dan disebabkan ana kenal siapa diri ana, hati ana memang tak kuat, kalau ada unsur luar, mudah terlagha dari mengingatiNya..jadi ana ambil keputusan untuk mengelak terus diri ana dari hiburan-hiburan yang boleh melaghakan.Tapi macam yang ana kata sebelum ni r, kalau benda tu tak sampai tahap melaghakan, terletak pada pilihan sahabat untuk teruskan atau tidak.

Sahabat 3 : Terima kasih sahabat atas nasihat nti..Terima kasih sangat-sangat.. baru sekarang hati ana rasa cukup tenang..Maaf ambil masa nti. .maaf sebab ganggu nti..

Sahabat1 : eh, takdelah..antara ciri-ciri ukhuwwah fil Islam, ‘berpesan-pesan dengan kebenaran danberpesan2 dengan kesabaran..jujurnya, ana langsung tak rasa terganggu.

Sahabat3: masyaAllah, sekarang dah nak dekat pukul 10,ana terlupa esok ana ada kuiz, ana naek dulu ea..

Sahabat2: a’ah, esok ana ada presentation, ana pun kena beransur , sebab nak prepare untuk present esok..

Sahabat 1: Astaghfirullahalazim, maaf sahabat-sahabat , ana cakap terlalu banyak, sampai ambil masa korang lame sangat..asif jiddan ya ukh..

Sahabat2 & 3 : eh, xdelah (serentak)

Sahabat3 : Bukan itu maksud kami, kami langsung tak rasa perbualan tadi sia-sia..malah ana bersyukur, sebab ana rasa cukup tenang sekarang, sebab ana dah jumpa dan yakin dengan penyebab keresahan hati ana sejak akhir-akhir ni..Alah, nti jangan bimbang, kalau sebelum ni ana sanggup berjaga malam untuk tengok cerita korea, apa salahnya dan ana rasa memang tak salah kalau malam ni ana berjaga malam sebab nak suburkan rohani ana dengan makanannya kan?! ..;)

Sahabat1: Tersenyum ikhlas meraikan..

Sahabat2 : a’ah, ana pun nak berterima kasih pada sahabat berdua, sebab timbulkan isu yang cukup menarik ni, sebagai peringatan untuk ana..ana bersyukur kerana ana termasuk dalam perbincangan ini..

Sahabat 1&3 : Kasih diterima..hehe.

Sahabat 2 : Jom naek sekali.

Sahabat1 : Tak pe, tak pe ..syukran. Ana ada group discussion dengan sahabat group ana kat blok sebelah, ana ingat nak terus pergi je nanti..nti hati2 ea..sampaikan salam ana dengan lafaz assalamualaikum pada teman-teman serumah nti ea..=)

Sahabat2&3 : InsyaAllah.kami naek dlu..maassalamah..

0 comments:

Post a Comment