Saturday, November 14, 2009

Red Warriors dan negeriku..=)


The Best Beginning Bismillahirrahmanirrahim…


Akhirnya penantian untuk melihat siapakah bakal menjuarai Piala Malaysia telah berakhir, perlawanan antara N9 VS Kelantan pada hari Sabtu baru-baru ini, berkeputusan 3-1. Sekalipun kalah, mampu mara ke peringkat finale suatu kejayaan yang cukup membanggakan. Lagipun, melihat kepada gaya permainan, selayaknya Negeri Sembilan menjuarai perlawanan kali ini, bahagian pertahanan mereka mantap. Ceh, ana bukan professional pun bab-bab ni, cuma mungkin kalau kat rumah, abang ipar ana minat sangat bola ni, sedikit sebanyak membuatkan ana mendapat information tentang bola secara tidak sengaja. Hehe..


Pada awalnya, ana tak bercadang pun untuk tengok perlawanan pada hari tu, sekalipun ia menjadi isu hangat WALAUPUN di asrama banat… Tapi, nak dijadikan cerita, malam tu, ana dapat mesej dari seorang sahabat..

“Rijan, xnk tgk bola ke mlm ni, jom kita g tgk bola kat cafe.”

Membuatkan ana berfikir 2,3 kali sebelum memberi keputusan.. Tak terfikir pun sebelum ni untuk tengok bola musim-musim exam ni, tambah-tambah pula banyak lagi nak kena cover study. Tapi, bila fikir dari sudut yang lain, bagus juga jika ana ambil peluang ini untuk bertemu sahabat ana, apa salahnya ana meraikan minatnya demi menyemarakkan ukhuwwah, tambah pula ana betul-betul merinduinya disebabkan sudah lama kami tidak bersua, walaupun pada hakikatnya, kami satu kampus. Namun kesibukan menghadapi final exam dan kerja-kerja Islam, menyebabkan susah untuk kami meluangkan masa bersama..Fikir ana, mungkin juga ini satu peluang untuk ana lebih memahami sahabat-sahabat. “Jangan jadi daie yang syok sendiri, tidak pernah cuba memahami mad’unya” , teringat kata-kata seorang kakak yang ana hormati.

Message Reply : “Ok, jom, jap lagi nti nk turun gtau ana ea..”

Sebelum kaki melangkah turun, dipasang niat betul-betul.. Bisikku di dalam hati..

Bismillahirrahmanirrahim.., aku turun demi menyemarakkan ukhuwwah fillah, semoga pertemuan ini mampu membawa kami kearah mengingati Allah.(Mengingati Allah dalam setiap langkahmu, itulah EHSAN) Aku bukan turun untuk buat benda yang sia-sia atau lagha, kerana Islam tidak pernah mengharamkan hiburan @ sukan selagi ia tidak bercampur dengan maksiat kepada Allah (cuma yg biasanya terjadi – hiburan/sukan+maksiat=maksiat)

Di cafe ; rupanya kerungsingan dan kegusaran jiwa ini makin bertambah-tambah bila ana menyaksikan perlawanan. Entah mengapa hati ini seolah dapat meramalkan sesuatu yang kurang baik akan berlaku.. Perasaan sebegini pertama kalinya bertandang bila ana dapat berita pasukan Kelantan berjaya ke final.. Gusar bila melihat kegembiraan penyokongnya, terlalu gembirakah mereka dengan kejayaan ini, pujilah Allah tanda syukur padaNya bila mendapat sesuatu kejayaan..

Bisikku di dalam hati pada ketika itu,

“semoga kegembiraan mereka bersandarkan kpd Allah, bukan kegembiraan palsu berlandaskan nafsu dan kerana cinta kepada keduniaan. Jika tidak, padah akibatnya, bila kegembiraan tidak lagi disertakan dengan kesyukuran kepada Allah.. Kerana ia akan membawa kepada hati yang takabbur dan riak. Terlalu bangga dengan kejayaan sendiri sehingga melupakan segalanya hanya mampu terjadi dengan izin Allah, bukan dengan usaha kita semata-mata. Astaghfirullah, semoga kita dijauhi daripada sifat yang dibenci Allah ini.”

Apa yang ana paling risaukan, jika semangat kenegerian yang menebal akan membuatkan penyokong Kelantan bertindak tidak sepatutnya..

Teringat pula, pada suatu hari seorang sahabat bertanya pada ana,

“Arijan, kenapa ea orang Kelantan ni assobiyyah?”

Aik, bila pulak ni? Tak de lah, kami kawan je ngan sume orang..hehe.Mungkin sesetengah tu berlaku secara kebetulan kot..=) , jawab ana.

Tapi , itu bukan kali pertama ana diajukan soalan yang sebegitu, sudah berkali-kali soalan yang sama ana dengar dari kawan yang bukan dari Kelantan, dan betapa ana cuba untuk membetulkan balik tanggapan mereka itu, kata ana, walaupun memang ada yang begitu, namun bukan semuanya begitu.

Dan setelah difikir-fikirkan, ana dapat 3 teori mengapa terjadi nye kes-kes remoteness cam ni,(p kalau sahabat-sahabat ada teori lain, boleh la tambah sendiri ea..)


TEORI PERTAMA :

Mungkin mereka tidak betul-betul faham konsep persaudaraan dalam Islam. Dalam Islam, kaum yang berbeza sekalipun tak menjadi penghalang untuk bersaudara , apatah lagi negeri. Bagi mereka, orang Kelantan lebih baik bersahabat dengan orang Kelantan je..salah tu sahabat2 ku sayang..

‘State is not the barrier amongs muslims’

Firman Allah s.w.t :

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” [Al-Hujuraat 49: 10]

Apa lebihnya kita orang Kelantan, hanya takwa yang menjadi ukuran ketinggian seseorang itu disisi Allah bukan?


TEORI KEDUA :

Tidak ketinggalan, faktor bahasa juga menjadi sebab kenapa orang Kelantan lebih suka bergaul dgn org Kelantan sahaja. Sedihnya, ana sendiri pun pernah kena perli sebab tak cakap kelantan ngan sahabat-sahabat yang bukan dari Kelantan.. sedih~~ Wahai mukmin, professionallah, jangan disebabkan benda-benda kecil begini, sudah bisa menimbulkan perpecahan. Bahasa digunakan untuk komunikasi bukan? Jadi, komunikasi yang paling berkesan, dengan bahasa yang pendengar boleh faham dan dekat dihati mereka.

Jangan jadikan ini satu ISU BESAR. Duhai hamba Allah, sedarlah, ini baru soal lahjah@loghat.

Kalau ikut pengalaman ana sendiri, ditakdirkan time tamhidi tahun lepas, semua housemate ana bukan orang Kelantan, malah negeri jiran, Terengganu pun tak de. So, ana tak de pilihan, kena cakap standard la, lagipun bak kata senior ana ‘jgn jd daie yang syok sendiri’ dekati mad’u dgn cara yang paling dekat dengan hati mereka. Cuba fahami mereka sebelum mengharapkan mereka faham kita.

Buktinya, setelah lama kami tinggal serumah, suatu hari aiman bertanya padaku,

“ ijan, nape ijan x cakap Kelantan dengan kitorang ea?”
“a’ah. Ye la ijan, nape ijan xckp Klntn ea?” sampuk sofwa.
“erm, ijan takut korang tak fhm nanti.”
“ Ijan cakap la Kelantan, aiman teringin nak dengar.”
“Ok”

Jadi, ana pun cuba la cakap Kelantan ngan diorang, diorang terus tergelak sebab gagal faham apa yang dituturkan, ana turut tergelak melihat reaksi diorang. Situasi itu mmg melucukan.. Ana faham, mugkin diorang risau ana rindukan bahasa ibunda..sebab tu diorang menggalakkan ana bercakap dalam loghat sendiri.. (tapi, memang pon, kadang2 rindu gak nk ckp Kelantan kat umah mase tu) Jadi, ape yang ana nak buktikan disini, untuk difahami, kita kena memahami.. MULAKAN LANGKAH WAHAI PEJUANG!


TEORI KETIGA :

Erm, teori ni ana dapat dalam perbincangan ana dengan seorang sahabat seperjuangan, dan teori ni ana rasa paling husnuzzon..katanya, kadang-kadang bukan orang Kelantan asobiyyah. Cuma, kadang-kadang diorang tak reti nk ckp standard, atau bak kata org Kelantan, ‘kecek luar’. Macam ni la sahabat-sahabat, kalau benar-benar tak boleh ubah lahjah tu tak pe la..insyaAllah sahabat-sahabat kita dari negeri lain akan faham..kadang-kadang orang Kedah pon tak ubah-ubah lahjah diaorang bila cakap depan umum kan, asal orang boleh faham sudah, yang penting, kita sendiri jangan wujudkan jurang antara negeri-negeri..walaupun ia adalah kes remoteness, tapi sepatutnya kes-kes macam ni terus tak de..

p/s : p bak kata sahabat ana, sebenarnya orang Kelantan bukan assabiyyah, p memang dah kat mana-mana pun orang Kelantan ramai, Nampak la macam orang Kelantan bergaul ngan orang Kelantan je..


Erm, berbalik pula soal Red Warriors VS N9..hati ana mula bertambah-tambahla risaunya, bila ana melihat kejadian baling-baling mercun oleh penyokong, terutamanya balingan mercun terhadap pasukan N9.. Ana betul-betul risau kejadian di stadium Muhammad IV di Kelantan berulang lagi. Sahabat ana yang berada disebelah ana ketika itu seolah-olah dapat menduga keresahan hati ana itu, dia memandang ana seolah-olah memerlukan jawapan.

“Ana betul2 risau, entah la, ana xtau, mungkin ana sorang je fikir macamni. Ana risau kalau penyokong Kelantan bertindak di luar kawalan samada kita menang, apatah lagi kalau kalah. Ana risau, kalau kejadian di Stadium Kelantan berulang. Malu Kelantan nanti, sudahlah kita negeri pimpinan ulama’, tapi tidak menunjukkan akhlak yg sepatutnya atau dengan kata lain tunjuk samseng..”

“Ye la, ana pun fikir sama macam nti,risau la ana kalau kejadian yang sama berlaku di stadium Kelantan sebelum ini akan berulang..” ujar sahabat ana menyokong..

“Sama-sama kita doakan semoga terhindar dari kejadian yang tak diingini ea rijan..”tambah sahabat ana.

Masa tu nak je ana mesej kat semua sahabat, untuk sama-sama buat solat hajat atau sekurang-kurangnya berdoa untuk di jauhkan dari sebarang kejadian yang tak diingini..

*************************************************************************

Dan apa yang paling menyedihkan. Pagi esoknya, ana dengar IKIM, 2 kerusi stadium di bakar di bahagian penyokong Kelantan.. Ya Allah, sangat-sangat menyedihkan, benar kegusaran yang ana rasakan.. Malu benar diri ini, rasa tersangat kasihan kepada negeri sendiri, sudah pastinya negeri yang akan dipersalahkan, tambah pula Kelantan negeri pimpinan ulama’..




Bukanlah ana ingin menuduh kerana menebalnya semangat kenegerian, penyokong RW bersifat sedemikian, namun jika benar, kikislah perasaan sedemikian.. Bersukan itu tidak salah, tapi kalau sampai memudaratkan dan membawa kepada perpecahan umat Islam,,.. Risau ianya akan jatuh kepada haram,..Bukan juga niat ana untk mengharamkan sesuatu yang halal..Tetapi sifat Islam sendiri , hak tidak bercampur dengan batil..singkirkan kebatilan, andai ingin yang hak terus menjadi hak..

p/s : jangan sampai disebabkan terlalu semangat nak bagi sokongan yang padu kat pasukan negeri, tertinggal solat maghrib dan isya' dah la…

Tolonglah orang negeriku tercinta…Demi nama Islam dan kerana Allah yang kita lebih cintai..peliharalah maruah negeri Islam..Jangan lagi ulanginya, Nampak macam tidak redha pada takdir.. dan takburnya diri..

Tapi kalau lah benar, ianya sengaja dirancang untuk memalukan negeri sendiri..sangatlah tak patut ..ish3..berdosa tu..memang la assobiyyah tak baik.. tapi “hubbul watan minal iman” .. so bawak-bawak lah bertaubat..

~:: LiFe FoR ALLaH::~

0 comments:

Post a Comment