Monday, December 27, 2010

Semester 4 !!!


Awal kalam bismillahirrahmanirrahim,

Bakal menghadapi semester yang sangat mencabar..baru dapat senarai kursus yang bakal di ambil sem depan, semuanya 10 subjek, 25 jam kredit...Allah, bantulah hambaMU dalam menuntut ilmu..Permudahkan urusanku..Lapangkanlah waktuku utk tugas dakwah di jalanMu..

Kod Keterangan Kredit Kumpulan








AAA2022AKHLAK DAN TASAWWUF2KAA
LAA2053AL-AHWAL AL-SAKHSIYYAH3KLC
LBA2053UNDANG-UNDANG KONTRAK II3KLB
LBA2063UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN II3KLB
LBA2072UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN DAN PENTADBIRAN ISLAM2KLB
LBA2083FIQH AL-MUNAKAHAT3KLC
LBA2092AL-QAWAID AL-FIQHIYYAH2KLB
LBA2103UNDANG-UNDANG TORT II3KLB
UTA2072PEMIKIRAN KREATIF DAN PENYELESAIAN MASALAH2KLB
UTA2082PENGAJIAN HALAQAH2HLB1



~::Study 4 ALLAH::~

Sunday, December 19, 2010

Nikmatnya iman


Awal kalam bismillahirrahmanirrahim,

Ku mulakan bicara ku kali ini, menceritakan pertemuanku dengan seseorang yang sungguh bertuah. Pertemuanku dengannya sungguh ku kira aturan Allah. Pertemuan dengan seorang muslimat yang baru sahaja memegang title itu selama beberapa tahun. Hebatnya muslimat ini, dilahirkan dalam keluarga yang bukan Islam dan merupakan anak bongsu dalam keluarga. Sanggup menerima dan menanggung segala penghinaan hanya kerana mempertahankan agama yang suci ini.. Aku?? berjumpa dengannya menyebabkan aku benar-benar terpukul. Rasanya diri sudah melakukan tugas dakwah, walhal di luar sana masih ada yang masih mencari-cari ilmu tentang Islam malah tidak tahu jalan dan caranya..Rupanya, belum cukup usaha dakwah ku!! Dia, dalam esak tangis menceritakan pengalamannya dan segala apa yang dia lalui kerana keIslamannya..bayangkan, seorang anak perempuan, dan pula bongsu dalam keluarga, sudah pasti dia amat memerlukan keluarganya, tapi dia terpaksa menanggung segala kata-kata yang tidak menyenangkan dan menyakitkan bila bersama keluarganya..namun apakan daya muslimat ini, kemana lagi harus dia menjejakkan kakinya? kalau bukan kembali ke pangkuan keluarganya..Tapi dalam masa yang sama, dia terus-terusan mempertahankan akidahnya...Pelbagai persoalan tentang agama diajukan padaku..sampai tidak terdaya aku menjawabnya. Sedarlah aku, masih belum cukup usahaku selama ini! sedarlah aku, aku tidak harus main-main lagi dalam tugasan dakwah dan menuntut ilmu..Allah, aku menyayangi saudara baruku ini..Allah, ingin sekali aku menolongnya, mengeluarkannya dari permasaalahan ini..Allah berilah kekuatan padanya...Allah, peliharalah dia...Allah, kasihanilah dia...Allah, tunjukkanlah dia jalanMu, jalan yg Engkau redhai..Allah, bimbinglah dia, kerana Engkaulah sebaik-baik pembimbing..Allah, redhailah dia..

Aku bersyukur dipertemukan dengannya...

~::Life for ALLAH::~

Tuesday, November 2, 2010

Update- Teguran sahabat~


Awal kalam bismillahirrahmanirrahim,

Lama benar sudah rasanya tak menulis diruangan ini. Terngiang-ngiang teguran shbtku fillah, "Arijan, kenapa blog nti sunyi sepi je,tak baik tau macam tu, ada ilmu tapi tak nak kongsi, Allah tak suka tau orang kedekut ni".. sekalipun kata2 itu dilontarkan dalam senyuman , cukup untuk mengusik jiwa. Ana mohon maaf pada semua, ana akui ana memang susah sangat untuk update blog, mungkin sebab kekangan masa yang dihadapi, mungkin juga kerana kekurangan diri sendiri, ana bukanlah orang yang expert bab2 penulisan ni, penulisan bukanlah kelebihan ana, dalam tugasan dakwah sekalipun, benda yang ana paling nak elak, bila tugas2 berkaitan penulisan.. untuk menulis satu artikel sahaja mengambil masa yang berjam2..entahla, bila nak menulis je tak tahu macam mana nak mula.. asif jiddan kepada sahabat2 yang rajin jenguk blog ni walaupun sangat jarang di update.. maaf andai menghampakan.. insyaAllah ana usahakan tingkatkan skill ni, demi dakwah dan Islam..

"Wahai daie,walau apa sahaja yang kau miliki, gunalah segala kelebihan itu demi perjuangan menyampaikan kebenaran, demi perjuangan mengenalkan hamba kepada penciptaNYA, agar tidak hamba, melupakan Tuhannya yang telah menciptakannya."

~::LiFe 4 ALLah::~


Saturday, August 21, 2010

Ramadhan Kareem..Allahuakram..





Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!


Maha suci Tuhanku pemilik sekelian alam..segala puji bagiMu Tuhan yang Maha berkuasa..


Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Syukur tak terhingga ke hadrat RabbulJalil..kerana DIA masih memberikanku kesempatan menikmati Ramadhan pada kali ini..Sedar atau tidak kita semua telah melalui Ramadhan selama 11 hari, malah telah melepasi fasa pertama dan mengalu-alukan fasa kedua. Ikhwan akhawat sekelian, Ramadhan kini telah masuk fasa kedua, 10 hari telah kita lalui , namun persoalannya adakah kita memanfaatkannya sebaik mungkin? Atau hanya mendapat lapar dan dahaga pada siang hari.. Adakah kita benar-benar menghargai kehadiran bulan yang mulia ini??? Adakah kita benar-benar memanfaatkan setiap detik yang berlalu atau sekadar mengira dan menghitung detik-detik berbuka..Astagfirullahalzim.Wahai Tuhanku Yang Maha Agung, semoga aku tergolong dalam kalangan hambaMu yang mensyukuri nikmat Ramadhan dan mampu berpuasa dan beribadat kepadaMU dengan penuh kecintaan dan keikhlasan..



Teringat aku pada pesanan junjungan mulia S.A.W:

"Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."

Tidak ada sesuatu yang lebih membanggakan dan membahagiakan orang-orang yang beriman di dunia ini melainkan, bila dia mengetahui Tuhan pemilik segala cinta dan kesempurnaan menyebut-nyebut dan berbangga mengenainya, "dia" yang sanggup berlapar dan menahan dahaga hanya untuk mendapat keredhaan Tuhannya..(doaku, moga kita tergolong dalam golongan yang cukup bertuah itu)..Syukur hamba pada rabbi dianugerahkan kesempatan berada di bulan yang cukup mulia ini, setiap satu kebaikan digandakan pahala.. Dan apa yang paling membahagiakan , setiap kali terasa peritnya lapar dan dahaga, aku tahu Allah melihatku dengan penuh belas kasihan dan rahmat.. Terus hilang derita, pengorbanan di rasa hanya sedikit, jika dibandingkan dengan cinta dan belas kasihan dariNya..jika dibandingkan dengan nikmat yang diberiNya selama ini..ah! apa lah sangat pengorbanan yang sebulan ini! Takkan sudah rasa terbeban…sedangkan sudah 11 bulan kita sewenang-wenangnya makan dan minum apa yang kita hajati (yang halal) ..malah Maha Pengasih dan Maha Mengasihani ya Robbi, masih dijanjikan BONUS untuk setiap amalan yang dilakukan (digandakan pahala)..walhal, jika tidak dijanjikan apa-apa balasan sekalipun, nikmat yang diberiNya selama ini, sudah cukup menuntut kita sebagai hambanya untuk bersyukur dan beramal dengan penuh keikhlasan..maha pemurahNya Tuhanku.. ALLAHUAKRAM..

Namun apa yang paling malang, ada yang langsung tidak menghargai kedatangan Ramadhan.. baginya bila sudah penat berpuasa, buat apa lagi nak buat ibadah-ibadah lain? gayanya seolah-olah tak berpuas hati dengan perintah Tuhan..

1)"ha…dah penat-penat puasa takkan la malam tu nak berjaga lagi untuk Qiam..?"
2) erm, baru je bukak pose , takkan nak kena turun terawih lagi.."
3) Nak tadarus Quran satu juzu' sehari? lagi kering la tekak nanti..tunggu la bukak puasa nanti.. 4) Baik tidur, berjaga pun bukannya boleh makan..
5) Malas la nak solat, dah la lapar..


Astagfirullahalazim, ruginya kalau tergolong dalam golongan ni, nauzubillah min zalik..tapi insyaAllah, sama-sama doakan agar kita tidak termasuk dalam golongan ni .. dan saya yakin para pembaca yang sedang membaca sekarang bukanlah dari golongan ni kan??..:)



Ketahuilah saudaraku, terlalu banyak kelebihan bagi orang yang berpuasa dengan penuh keimanan dan ketakwaan.

Rasulullah s.a.w bersabda:


"Terangilah hatimu dengan lapar. Perangilah nafsumu dengan lapar dan haus . Serta sentiasalah mengetuk pintu syurga dengan lapar. Sesungguhnya pahala demikian itu bagaikan pahala pahlawan membela agama Allah. Dan sesungguhnya tidak ada amal yang lebih disukai oleh Allah daripada lapar dan haus. Tidak akan masuk ke kerajaan langit seseorang yang memenuhi perutnya dan kehilangan lazat beribadah."


So, janganlah kita jadikan alasan lapar dan dahaga untuk meninggalkan ibadat-ibadat lain yang Allah cintai..

Firman Allah s.w.t di dalam hadis Qudsi:
" Aku menyintai hambaKu yang memelihara ibadat fardhunya dan berusaha mendekatiku dengan amalan-amalan sunat"

Tapi ada satu lagi cara pemikiran yang cukup malang, yang menyerang mahasiswa..huhu. Ramai yang beralasan, tak boleh nak turun terawih, tak boleh nak tadarus, tak boleh tu, tak boleh ni, asbabnya, "nak study", "musim exam" , "assignment banyak"..Cukup-cukup menyedihkan. Katanya, study pun ibadat , buat assignment pun ibadat jugak..Ya, betul sahabat, memang betul, study pun ibadat jugak, buat assignment pun ibadat jugak, malah apa sahaja perbuatan yang baik (tidak bertentangan dengan syara') yang dilakukan dengan niat kerana Allah adalah ibadat, tapi, takkan tak boleh consider, hanya pada bulan Ramadhan je ada terawih, bukan tiap-tiap bulan, kalau tak mampu buat sampai 20 lebih, memadai buat 8 rakaat, tapi 8 pun jadi isu, diberikan beribu alasan, bagai disuruh pergi berperang,. Agak-agakla…. Dalam bulan Ramadhan je setiap satu amalan akan digandakan pahala dan ganjarannya, hanya bulan Ramadhan je ada lailatul qadar,.saya bukannya nak suruh sahabat terus tinggalkan study dan tak buat assignment, benda-benda camni wajib settle sebagai seorang pelajar Islam yang menyedari hakikat kepentingan menuntut ilmu demi ALLAH, tapi jangan jadikan ia sebagai alasan untuk tidak mengimarahkan Ramadhan, korbankan masa rehat dan tidur kita.. mungkin nampak macam penat, tapi percayalah sahabat bila kita rasakan kemanisan beribadat, badan kita akan terasa ringan je untuk melakukannya.. Sahabat, sayang sangat-sangat kalau kita tak hargai Ramadhan ni, dah sebelas bulan kita asyik buat benda sama, ibadat tang tu je, tak bertambah-tambah, malah kadang-kadang berkurang, takkan la di bulan yang mana syaitan telah dirantai, ibadat kita masih ditakuk lama,.Rugi lah kita,kalau kita di tawarkan bonus, beli satu dapat sepuluh, tapi kita buat jual mahal, tak nak terima tawaran tu.. huh! kalau tak silap saya , semua insan bergelar mahasiswa ni pandai basic matematik ni..10 lebih banyak dari 1..!!! begitulah halnya dengan kelebihan bulan yang mulia ni, apa-apa je ibadat yang kita lakukan pasti berganda..(Cuma perlu diingat , jangan beribadat semata-mata untuk mendapat ganjaran,beribadatlah kerana cinta kita kepada Allah )

Berkata pula yang lain, "tapi bulan puasa kali ni musim exam la"..Kalau macam tu tiap-tiap tahun la tak leh nak mengimarahkan bulan Ramadhan, dah memang biasanya Ramadhan time-time mid sem, memang la biasanya kita menyambut Ramadhan bersama mid sem test,. huhu.saya boleh consider lagi kalau esok nak test, so malam ni tak nak turun terawih dan tadarus (tu pun dah paling ringan dah) p kalau test tu hujung minggu..alasan tu dah kira tak logik..Teringat kata-kata seorang sahabat, katanya, kalau kita terlalu berkira dengan Allah, boleh je kalau Allah nak hilangkan keberkatan masa dari kita..Analogi mudah saya ambil, kita sayang nak turun terawih sebab bagi kita , dari pukul 8 sampai pukul 10 tu, dah berapa helai dah kita boleh baca buku. ok, kalau Allah hilangkan keberkatan ilmu tu, boleh je, kita dah baca sampai 10 kali untuk muka surat yang sama tapi tak juga faham..

Erm, pernah tak sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekelian, baca buku , sekali je, tapi disebabkan ketenangan hati masa tu, dirasakan ilmu tu terus mengalir je masuk?? insyaAllah pernah kan?? Alhamdulillah, itulah dikatakan ketenangan sebenar hanya dengan mengingati Allah..


Sahabatku,

Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa". Allah mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar (di dunia) dan akan mendatangimu." Pada bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan. Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini) akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW: "Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."


Kaab bin Ujrah menceritakan suatu kisah menarik daripada Rasulullah S.A.W di mana baginda bersabda:” Hampiri mimbar! Lalu kami semua menurutinya, ketika baginda melangkah ke tangga yang pertama baginda mengatakan:”Amin”. Apabila baginda melangkah tangga yang kedua baginda mengatakan:”Amin”, begitulah apabila baginda melangkah tangga yang ketiga. Lalu kami bertanyakan tentang maksud perbuatannya itu, baginda menjawab:”Aku didatangi Jibrail a.s mengatakan kepadaku:”Jauhlah (rugilah orang yang sempat dengan Ramadhan tetapi tidak mendapat pengampunan.” Aku pun menyahut dengan berkata:”Amin”. Di tangga yang kedua Jibrail mengatakan:”Jauhlah orang yang apabila disebut namamu (Muhammad) dia tidak mengucapkan selawat ke atasmu,” aku pun menyahut:”Amin.” Di tangga yang ketiga Jibrail mengatakan:”Jauhlah orang yang sempat dengan kedua-dua orang tuanya yang sudah uzur atau salah seorang mereka, tetapi mereka tidak memasukkan dia ke dalam syurga.” Aku pun mengatakan:”Amin.”

Ayuh saudaraku fiLISLAM.. Kita perbanyakkan amalan di bulan yang mulia ini..Banyakkan memohon maghfirah dariNya..rebutlah peluang yang hanya datang sekali dalam tempoh setahun ini..hargai peluang yang DIA berikan untuk kita..kerana Ramadhan akan datang belum pasti kita bisa ketemunya..Syukurilah masih dapat mengecapi detik-detik yang penuh berkat pada bulan Ramadhan ini.. Nabi Saw pernah menyebut : Seandainya mereka tahu apa yang ada pada Bulan Ramadhan, nescaya mereka akan mengharapkan seluruh bulan itu adalah bulan Ramadhan!

~::Aku menyintai Ramadhan kerana Tuhan pemilik Ramadhan::~

Sunday, July 18, 2010

syukur atau kufur?





Awal kalam bismillahirrahmanirrahim,

Be content with what we have, atau dengan kata mudahnya bersyukurlah!
Jika diperhatikan sekeliling kita, betapa banyak hati-hati yang resah dan gelisah memikirkan apa yang belum mereka punyai dan miliki, memikirkan mengapa mereka berhajatkan sedemikian namun demikian pula yang jadinya..Resah, gelisah, pedih, sesak nafas, semuanya dirasakan, hati benar-benar sakit memikirkan mengapa begini dan tidak begitu?

Firman Allah s.w.t bermaksud :

....sekiranya kamu bersyukur, nescaya Ku tambah nikmat yang ada padamu, tetapi jika kamu kufur sesungguhnya seksaan-Ku amat keras

(surah ibrahim : 7)

Duhai jiwa-jiwa yang telah bercita-citakan syurga Allah malah mengakui sangat mencintai Allah, mengapa dikesali apa yang tidak pernah menjadi milik kita YANG tidak menjadi milik kita? Bersyukurlah dengan apa yang kita ada! Kerana bersyukur itu menunjukkan kita redha padaNya.

Sebagai contoh, analogi yang mudah yang sering berlaku disekeliling kita, seorang perempuan cantik berkata pada dirinya, "mengapa aku ditakdirkan cantik? Jika aku tidak cantik, sudah pasti tidak susah bagiku untuk memelihara hati ini daripada perasaan takabbur dan riak. Sudah pasti aku lebih mudah untuk menutup aurat dan menjadi hamba yang taat..
Seorang perempuan hodoh pula mengatakan pada dirinya, mengapa aku tidak cantik? Jika aku cantik pasti aku akan menggunakan kecantikanku pada jalan yang Allah redhai. Oleh kerana aku tidak cantik, kebaikan apa yang boleh ku lakukan, sedangkan hanya keburukan terlihat padaku.

Seorang yang sakit berkata kepada dirinya, jika aku sihat pasti aku rajin beramal ibadat. Seorang yang sihat pula merasakan, disebabkan dia tidak pernah diuji dengan rasa sakit menyebabkan dirinya jauh dari Allah..

Walhal, betapa tidak bersyukurnya kita bila asyik memikirkan apa yang kita tiada dan tidak pernah menghitung nikmat apa yang telah Allah berikan pada kita. Siapakah kita untuk mempersoalkan apa yang telah Allah tetapkan dan takdirkan kepada kita? Malah janganlah di nilai nikmat itu semata-mata pada kecantikan dan harta benda sahaja. Malah nikmat Allah itu tidak terhitung. Sungguh banyak!

Teringat sebuah kisah yang masyhur, seorang insan mulia yang bernama Urwah bin Zubeir. Suatu hari kakinya disahkan harus di potong dari pangkal paha kerana penyakit yang dihidapinya. Dan disebabkan pada waktu itu peralatan perubatan yang digunakan adalah gergaji, orang ramai berkata padanya: "Bgaimanakah jika kami berikan kepadamu minuman khamar terlebih dahulu? Sebab hanya khamarlah yang dapat menenangkan fikiranmu dari memikirkan rasa sakit. Namun jawabnya : Subhanallah! Apakah aku akan mencampakkan nikmat akal yang telah Allah anugerahkan kepadaku? Tidak! Sekali-kali aku tidak mahu melakukannya. Hebatnya Urwah, disaat khamar diharuskan kepadanya untuk menghilangkan kesakitan (masa tu takde ubat bius lagi) dia tetap memilih untuk taat kepada Allah.

Malah dia mencadangkan, potong saja kakiku ketika aku sedang solat, insyaAllah aku tidak merasakan apa-apa." Lalu mereka bersetuju, maka Urwah terus mengambil wudhu' lalu mendirikan solat. Ketika dia sedang khusyu' mendirikan solat, mereka memotong kakinya dengan cepat dan darah pun bercucuran dengan banyak sehingga Urwah pengsan.

Tahukah apa yang diucapkan insan hebat ini setelah dia sedar?

Sesungguhnya dia berkata :
Ya Allah, bagi-Mu lah segala pujian. sesungguhnya Engkau bila mengambil sesuatu daripada ku, maka sebelumnya Engkau telah banyak memberi kepadaku. Jika Engkau menimpakan penyakit kepadaKu, maka sudah sekian lama kau memberikan kesihatan kepadaku. Jika Engkau mengambil salah seorang dari anak-anakku, maka sesungguhnya Engkau dahulunya telah memberiku empat orang anak. Dan jika Engkau telah memberiku empat anggota tubuh dan sekarang kau hanya mengambil salah satu darinya, maka aku bersabar menerimanya. Bagi-Mu lah segala pujian. Hebatkan insan soleh ini, saat dia kehilangan satu nikmat yang cukup besar itu, disebut-sebutnya nikmat lain, tidak dilihatnya apa yang hilang malah disyukuri apa yang ada.. Subhanallah! Cukup hebat insan yang bertakwa!


Lalu Urwah menambah lagi ucapannya dengan syair :
Demi hidupmu, tidak akan kuhulurkan tapak tanganku kepada keraguan, dan kedua kakiku tidak akan pernah membawaku kepada kekejian. Tidak akan pernah fikiran dan penglihatanku mengarahkan kepada kekejian, dan tidak pula akal dan pendengaranku mengajakku kepadanya, dan aku tahu bahawa tidak ada musibah yang menimpaku melainkan sebelumnya telah ada orang lain yang menerimanya.

Pengajaran yang dapat kita fahami disini sebagai seorang mukmin sejati, bersyukurlah dengan apa yang kita ada dan telah ditakdirkan kepada kita. Ucapkan 'innalillah wainna ilaihi rojiun' setiap kali ditimpa musibah atau perkara-perkara yang kita tidak sukai. Kerana segala apa yang kita miliki di dunia ini bukanlah milik kita malah hanya pinjaman semata-mata yang diberi pinjam kepada kita di dunia yang sementara ini, harta kekayaan, kecantikan, kepandaian, rezeki apa sahaja yang melimpah ruah, semuanya pinjaman, malah tubuh badan kita ini sekalipun, yang kita rasakan milik kita, juga hanyalah pinjaman yang diamanahkan untuk kita menjaganya dengan cara yang diredhai oleh Tuannya, Allah.. erm teringat pula lagu rabbani, semua bukan milik kita..

Ibnu Al-Jauzi menceritakan, " Ada seseorang yang bodoh memiliki seekor keldai, suatu hari keldainya sakit parah sehingga dia bernazar kepada Allah: "Ya Allah jika keldaiku sembuh, maka aku akan berpuasa selama tujuh hari. Maka Allah pun menyembuhkan keldainya itu, lalu pemilik keldai itu melaksanakan nazar dengan baik. Akan tetapi, baru sahaja dia selesai menunaikan nazarnya itu, keldai miliknya mati. Maka kerana amat kesalnya, dia berkata : "Demi Allah, aku tidak akan berpuasa pada bulan Ramadhan esok."

Beginilah jadinya jika seseorang tidak sabar dan tidak redha menerima takdir. Padahal yang rugi diri sendiri.


Firman Allah s.w.t bermaksud :

"Dan di antara manusia ada orang yang menyembah Allah dengan berada di tepi (tidak dengan penuh keyakinan) maka jika memperolehi kebajikan, tetaplah ia dalam keadaan itu, dan jika dia ditimpa oleh sesuatu bencana, berbaliklah dia ke belakang (kembali kufur). Rugilah dia di dunia dan di akhirat. Yang demikian itu adalah kerugian yang nyata."


(surah al-hajj: 11)

Daripada dua kisah ini dapat kita lihat perbezaan seorang yang bersyukur dan beriman dengan mereka yang kufur. Semoga kita tergolong dalam golongan yang bersyukur. Dan dijauhi daripada kekufuran disebabkan tidak bersyukur dengan takdir Tuhan.

Berhati-hatilah wahai sahabatku, kadang-kadang tanpa disedari seorang daie juga tidak terlepas dari penyakit yang berbahaya ini, sebagai contoh, seorang daie mengatakan, jika aku dilahirkan dalam keluarga yang cukup tarbiah tentu aku menjadi lebih baik daripada hari ini. Mengapa kita asyik mengatakan kalau begitu dan begini? Walhal meletakkan perkataan kalau dalam perkara takdir di larang dalam Islam.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:

"Jagalah agar kamu selalu dalam keadaan yang bermanfaat bagi dirimu dan mohonlah selalu pertolongan kepada Allah tanpa jemu. Jika engkau ditimpa sesuatu cubaan maka janganlah engkau berkata ; Kalau seandainya aku berbuat begini dan begitu, tentu tidak akn begini jadinya. " tetapi ucapkanlah : " Allah maha kuasa berbuat sekehendaknya." Kerana mengatakan 'kalau' itu memberi peluang kepada syaitan.

Kesimpulannya, bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah!!! bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Bersyukurlah dengan rezeki yang Allah berikan kepada kita setelah kita puas berusaha, bersyukurlah dengan sahabat yang Allah anugerahkan kepada kita sekalipun padanya ada kekurangan, bersyukurlah dengan keluarga yang kita miliki, jika sudah berumahtangga, bersyukurlah dengan isteri atau suami yang Allah takdirkan untuk kita sekalipun pada dirinya ada kelemahan, bersyukurlah dengan anak-anak yang Allah anugerahkan sekalipun terkadang ia menguji kesabaranmu dalam mendidiknya, bersyukurlah dengan kesihatan atau kesakitan yang kamu miliki pada hari ini.Bersyukurlah dengan segalanya. Akan tetapi, jangan sengaja tersalah tafsir. Tidak bermakna bila kita bersyukur, kita dilarang sama sekali untuk menjadi lebih baik atau mengubah sesuatu yang tidak baik itu kepada baik. Sebagai contoh, berdasarkan contoh tadi, seorang daie mengatakan jika dia di lahirkan dalam keluarga yang sempurna tarbiahnya , dia pasti jadi lebih baik. Seharusnya si daie itu tidak mengatakan begitu bahkan dialah yang harus membawa keluarganya ke arah lebih baik, cuba mentarbiah ahli keluarganya dengan cara yang penuh hikmah, dan bukannya hanya mengeluh dan mengatakan kalau begitu atau begini. Ini hanya satu contoh, jika nak diletakkan semua contoh situasi di sini pasti takkan habis pada kali ni. So, pandai-pandailah aplikasinya dalam mana-mana situasi yang lain..:) Waallahua'lam.

~::Life 4 Allah::~

Tuesday, July 13, 2010

Isra' mikraj..~


Awal kalam bismillahirrahmanirrahim..

Mungkin agak terlewat untuk membincangkan tentang isra' mikraj untuk post kali ni, tapi tak pe lewat dari sudut tarikh, ibrahnya tetap dapat dipelajari dan dihayati pada bila-bila masa sahaja, memandangkan pengajaran yang terdapat dalam isra' mikraj pada 27 Rejab, "tahun kesedihan" sangat penting dan bermakna untuk dihayati umat Muhammad s.a.w.

**********************************************************************************

Pilu sungguh hati pemudanya. Kehilangan dua cinta yang menjadi tonggak hidup amat perit. Serasa luluh hati menatap wajah bersih Khadijah yang jernih tidak bernyawa. Amat sukar dirinya meredah belantara perjuangan tanpa teman yang solehah ini. Dialah sahabat. Dialah isteri. Dialah ibu kepada semua zuriat. Rawan in perit lantaran sekujur jiwa yang lain turut diambilNya. Bapa saudara yang bernama Abu Talib juga meninggalkannya buat selamanya. dia pedih kerana Abu Talib adalah pembelanya yang setia. Menjadi peneguh kala diri digusar musuh. Paling menghiris, Abu talib pergi tanpa mahu melafaz syahadah yang menjadi bekal tawa diakhirat kelak.

Disisi kaabah, dia menangis hiba. Jurai air mata bukan kerana ralat pada takdir Tuhannya tetapi air matanya ialah air mata fitrah seorang manusia yang lemah. Fitrah pilu kehilangan cinta. Tuhan, kuasaMu mengatasi segalanya. Yang indah. Yang bahagia. Yang luhur. Segalanya milikMU..Hanya Kau pengirim cinta yang kekal. Dia terus teresak sambil hati menangkap munajat pada Tuhan pemilik Kaabah.

Dan sungguhlah pada malam itu, dia tidak perasan ada jiwa malaikat pengutus wahyu memerhati tingkahnya dengan sayu. Ajaib sekali malaikat yang tidak punya nafsu menjadi sedih dengan air mata sucinya sehingga tidak sabar memeluk manusia yang paling agung di bumi dan di langit itu. Lalu memberi salam malaikat bernama Jibril kepadanya dan melafazkan jemputan Al-Khaliq yang bersemayam di Arasy untuk bertamu ke Maqam Agung. Di sisi Jibril, tersedia binatang berwarna putih bergelar Buraq yang melangkah sejauh mata memandang. Maka bermulalah perjalanannya ditemani Buraq dan Jibril dalam keadaan jaga dan nyata.

Isra' itu terganggu dengan suara-suara memanggil namanya Muhammad dari arah kiri dan kanan. Terlihatnya si tua berbongkok tujuh.Dia tidak menghiraukan . Dan di hadapannya, seorang wanita dengan tangan terbuka berisi permata perhiasan cuba menghadang dengan rengek dan tempik tetapi dibalas kosong olehnya. Semua itu tidak dihiraukan apatah lagi untuk bertapak dihatinya. Jibril memaklumkan itulah simbolik syaitan mengumpan kuffar yahudi dan nasrani serta si tua itu adalah simbolik dunia yang menunggu masa untuk rebah. Jibril mengucap bangga bahawa dia (rasulullah) telah melaksanakan yang paling tepat dengan membebaskan diri dan umat akhir zaman daripada tiga fitnah durjana.

Di suatu kawasan yang lapang dan asing, dia melangkah ke dalam sebuah masjid. berkata Jibril bahawa itulah baitul Maqdis, tempat ibadah para nabi terdahulu dan menjadi kiblat yang pertama padanya dan para umatnya di akhir zaman. Kemudian, bersolatlah dia sebagai tetamu yang agung mengimami roh para nabi dan rasul sebelumnya. Lalu dihidangkan Jibril bejana pilihan berisi susu dan arak. Fitrah sucinya mengabil susu sebagai minuman dan tersenyumlah Jibril kerana manusia mulia ini telah menyelelamatkan diri dan umatnya dengan fitrah yang suci berbanding dengan arak yang memabukkan. Lantas, terselamatlah dirinya dan umatnya daripada minuman yang dinamakan najis syaitan itu kecuali bagi mereka yang tidak mengambil pengajaran.

Kemudiaanya, dia dianugerahkan Mikraj untuk bertamu di langit seperti roh para bani Adam. tetapi dia berbeza kerana dirinya dalam keaddaan berjaga dan nyata. Bertemulah dia pada tiap lapisan langit yang dihuni para nabi dan rasul sebelumnya. Di langit pertama bertemu ayahanda nabi Adam a.s. Di langit kedua berjumpa isa bin Maryam dan Yahya bin zakaria. Dan dia berjumpa nabi Yusuf a.s di langit ketiga dan di langit keempat, dia bertentang wajah dengan nabi Idris a.s sebelum bersua mata dengan nabi Harun di langit kelima. Di langit keenam dia bertemu dengan anak angkat Firaun bernama Musa a.s manakala langit ketujuh, saudaranya Ibrahim a.s yang digelar Khalilul rahman sedang bersandar di Baitul Makmur sedang menanti ketibaannya penuh kerinduan.

Perjalanan di setiap lapisan langit menghidangkan panorama asing padanya. Segalanya yang zahir tentang kebaikan dan kebatilan diperjelaskan dengan gerun siksa yang dasyat dan harum kasturi syurga yang abadi. Dia menjadi insaf dengan umatnya. Dia semakin cinta untuk menyelamatkan mereka dari bahana azab dan siksa. Biarlah dirinya rentung dibaham ujian perjuangan tetapi sesekali hatinya tidak sanggup melihat mereka menjunam ke dalam neraka walaupun sekadar di sipi tempias. Dia bercerita tentang semua yang dilihatnya agar mereka bergesa untuk memperbaiki diri dan menjauhi maksiat dan dosa sekembalinya dari isra' dan mikraj namun si kufur lantas mentertawakannya, tinggallah orang-orang yang beriman yang tetao meyakininya dan mengambil pengajaran dari peringatannya.

Roh yang jahat kelihatan durja lagi berbau busuk manakala roh para mukminin berwajah senang dan berbau wangi. Apa yang dilihatnya ialah hidangan daging yang segar yang dimasak tetapi tidak ada orang menjamahnya sebaliknya ramai pula yang berebutkan hidangan daging busuk. Jibril menjelas, Itulah, itulah umatmu yang meninggalkan yang halal dan mengambil yang haram. Kemudian dia terlihat seorang yang perutnya sebesar rumah sambil merintih agar Tuhan tidak mengkiamatkan dunia. Jelas Jibril, itulah manusia yang memakan riba. Ada juga golongan manusia yang mulut serta bibirnya seperti bibir unta kemudian dilebarkan lagi mulut mereka untuk dimasukkan bara api neraka. Bara api keluar semula dari dubur mereka, meraung dan meratap golongan itu tidak tertahan. Nah! Itulah si pemakan harta anak yatim semasa di dunia, balas Jibril. Dia berduka apabila melihat golongan wanita yang digantungkan susunya sambil menangis kesakitan akibat perbuatan zina semasa hidup. Dan golongan yang memakan daging saudaranya sendiri, maka jelas Jibril itulah si pengumpat durjana. Segolongan yang lain pula menggunting lidah mereka tidak henti-henti kerana perbuatan mereka menyebarkan fitnah sewaktu di dunia. Dia semakin lara melihat ramai wanita penghuni neraka keran suka mengumpat, tidak menutup aurat, ingkar pada suami dan memakai bau-bauan yang keterlaluan.

Kemudian dia meneruskan lagi perjalanannya dengan penyaksian simbolik perbuatan-perbuatan umatnya ketika di dunia pula. Kelihatan sebatang kayu ditengah jalan dan setiap yang melaluinya akan tersangkut dan terkoyak kainnya lalu menjawab Jibril bahawa, itu ibarat sikap manusia yang suka berlepak dan membuang masa. Hidup mereka mengacau dan menyamun orang sambil tidak memberi manfaat. Ada golongan yang mengikat kayu dengan ikatan besar sehingga tidak sanggup pula untuk mengangkatnya tetapi pelik kerana dia menambah-nambahkan lagi kayu pikulnya. Jelas Jibril itulah pemimpin masyarakat yang tidak menunaikan amanah tetapi berusaha menambahkan beban amanah kerana gilakan jawatan dan pangkat. Di suatu tempat, terlihat akannya batu-batu kecil tetapi keluar daripadanya lembu besar. Lembu tersebut ingin masuk ke dalam tetapi tidak sanggup lagi. Jibril terus memaklumkan bahawa itu perumpamaan umatnya yang suka bercakap besar tetapi sesal kemudiannya untuk menarik balik semula kata-kata tersebut.

Kemudian lagi, dia tiba di sebuah lembah yang tidak sekali dalam hidupnya merasa tenang dan damai seperti itu. Semerbak wangi melatari fizikal dan batin manusianya. Suara merdu mendayu-mendayu dan membuai jiwa. Ada kauthar . Ada Tasnim. Ada Salsabil. Menerang Jibril akan penghuni lembah itu ialah para mukmin dan mukminah, para muslim dan muslimah. Mereka beriman kepada Allah dan rasulNya, beramal soleh dan tidak menyekutukannya dengan sesuatu. Mereka mencintai Allah dan Allah mencintai mereka. Dan syurga adalah tempat tinggal golongan yang bersih dan beriman. Dan perjalanannya melalui kawasan yang panas, berbau busuk dan pekik yang menggerunkan. Ia adalah kawah neraka tempat tinggal golongan musyrik, ahli maksiat, orang yang sombong dan tidak percaya kepada hari akhirat, golongan munafik dan kuffar. Hebat tidak terperi siksaan neraka, hanyirnya, busuknya, gelegaknya hingga sebesar zarah andai jatuh ke bumi hancurlah seluruh isinya.

Tibalah dia di Sidratul Muntaha yang tiada manusia walaupun nabi pernah sampai ke sana. Sidrah yang dinaungi sebatang pohon yang keluar dari dasarnya sungai yang tidak berubah rasa dan baunya. Sungai susu, sungai madu, dan sungai arak yang lazat tidak tergambar. Pohon yang besar itu, sehelai daunnya sahaja dapat menaungi sekalian umatnya. Ia dipenuhi Nur Ilahi dan para malaikat. Di sanalah Tuhan berfirman padanya bahawa dia dipilih sebagai kekasih Allah, Muhammad habibu Rahman dan pengutus umat manusia akhir zaman, penyampai khabar gembira dan khabar menakutkan. Tuhan anugerahkan al-Fatihah yang tidak diberikan kepada rasul sebelumnya. Tuhan ganjarkan akhir surah al-Baqarah yang menjadi perbendaharaan bawah Arasy dan kauthar yang mengalir. Juga tujuh saham kesempurnaan khalifah iaitu Islam, hijrah, solat, sedekah, puasa Ramadhan dan amar makruf nahi mungkar. Firman Tuhan : " Engkau Muhammad, pembuka dan penutup."

Dia menerima perintah solat lima puluh waktu sehari semalam. Diterimanya tanpa berat hati tetapi desakan Musa a.s mengulang-ulang ketidakmampuan umatnya membarakan semangatnya berjumpa Tuhan agar dikurangkan jumlah solat. Dia turun naik menebalkan wajah di hadapan Tuhan, menagih simpati buat umat tercinta hingga perasaan malu membekam untuk meminta-minta lagi. Terpatrilah kewajipan solat lima waktu sehari semalam. Dengan solat itu, dapatlah manusia saling berhubung dengan Tuhan agar tidak lari dari peranan hamba dan khalifah. Solatlah yang menjadi teras taqwa dan solat juga menghalang syirik dan maksiat. Ini hadiah besar untuk Muhammad s.a.w. Isra' Mikraj terkandung segala perintah . Di dalamnya ada nikmat dan azab juga teladan buat manusia menjadi insaf. Siapa yang percaya teruslah beriman, yang ingkar akan murtad dalam kegelapan. Dan juga, yang tidak mengambil pengajaran lebih buruk masa hadapannya di akhirat.


www.esastera.com.

~::Life 4 Allah::~

Monday, July 12, 2010

Siapa diri ini..??


Awal kalam, bismillahirrahmanirrahim..

Siapa diri ini??
Hanya insan yang tersangat biasa,
atau lebih tepatnya hanya seorang hamba Allah
yang benar-benar mengharapkan bimbinganNya
dalam setiap langkah kaki ini,

Hebat????
Siapa yang hebat???
Hakikatnya, hanya Allah yang menutup segala aib,
lantas terhijab segala kelemahan,
hingga yang terlihat hanya kelebihan,
walhal hanya disisi Allah segala kemuliaan itu..
kerana Dialah Tuhan Yang Maha Agung

Maha Suci Allah yang Maha Penyayang..
Sungguh aku sangat mengharapkan petunjuk dan bimbinganMu,
Maha suci Tuhanku yang sangat kurindui,
Ku pohon padaMu agar dikurniakan sekeping hati,
yang tulus mencintaiMu,
tidak pernah gelisah atas segala cacian manusia,
sentiasa ikhlas dalam perjuangan,
asal Engkau redha padaku,
tidak penting lagi bagiku pandangan insan..

sungguh, nikmat yang sangat bernilai ialah
nikmat iman dan Islam..
tanda Allah menyayangi hambaNya,
diberiNya kefahaman yang mendalam dalam agama.

Mulialah hidup kerana Islam..
Izzahnya hamba yang tawaddu' bila ikhlas mencintai Allah.,
Baginya, Allahlah yang hebat, Allahlah tempat sandarannya..dunia dan akhirat..

i am nothing without islam

~:: LiFe For ALLaH::~

Friday, May 7, 2010

huhu...malunyer..~


Awal kalam bismillahirrahmanirrahim,

Pertama-tamanya limpahan syukur ke hadrat Ilahi kerana, untuk akhirnya, telah lepas satu fatrah yg cukup mengekang jiwa..Alhamdulillah, setinggi kesyukuran krn hari ni dah selesai paper last iaitu introduction to muamalat (islamic finance)..

Tapi disebalik kegembiraan menyambut hari kemerdekaan hari ni. terselit peristiwa yang memalukan..huhu..malu~ erm, camni, nak di jadikan cerita, pagi tadi, dah la masuk dewan exam lewat, xtau macamane kaki ni main jalan je..sampai la ke line yang paling hujung.. lepas tu baru terfikir, "eh,aku nk duduk kat mane ni, nombor tempat duduk 079 tapi ni beratus2 lebih ni.." bermula la episod yang memalukan, berpusing2 cari tempat duduk, entah kenapa masa tu rasa betul2 blur dan tak leh berfikir dengan betul..nk cari tempat duduk pun xjumpa..ya Allah, hanya Tuhan yang tahu betapa malunya rasa...rasa cam nak pengsan je sebab malu..tengok muka sahabat2 yang mengenali diri ini semua dah gelak2 dan geleng2 kepala..aiyok, malunyer,. dah la exam da nak start, student pun da penuh...erm, akhirnya, pusing punya pusing nampak la sarah dan zarina tersenyum dari jauh..sarah tersenyum dengan comelnya sambil geleng kepala..huhu. ana pun apa lagi, tersenyum 2 je la..cover malu. buat cam tak de pape berlaku..hehe.

hurm, begitulah berakhirnya my last day for final examination this semester...pepon, moral of the story.. jangan study last minute lg..ni la jadinya,sejak musim exam ni tido xpernah cukup...tambah2 kalau esok nak exam, lagi la, maunya tak tido malam tu, mane tak peningnya sistem badan kita..sejak exam badan pun asyik naik je temperature, p tu lah diriku, pening+ demam macamane pun kalau dah terdesak tu bertahan jugak..p kalau time senang sebelum ni, pening sikit dah layan tido dah..huhu.. tapi, mungkin hari ni, sistem badan ni da tak tahan sangat da kot..rasa betul2 pening dan macam dah tak berpijak di bumi yang nyata...rasa macam tengah terbang je,..erm, tu yang nak cari tempat duduk yang sebenarnya di line yang kedua sampai ke line yang last.. cakap pun, lain yang nak cakap lain yang diucapkan..huhu.

Kesimpulannya :
1) Ingat lima perkara sebelum lima perkara.. antaranya, lapang sebelum sempit .. hadis ni sangat famous , tapi aplikasinya pada diri??? (satu lagi yang ana suka utk fikirkan, hidup sebelum mati..we all going to die, so jauhilah maksiat)

2) Jaga kesihatan, daie perlu kuat kerana Allah taala menyukai mukmin yang kuat berbanding mukmin yang lemah.

3) Ingat Allah dalam apa jua keadaan,. (bila dah berdebar2 sebab tak jumpa tempat duduk tadi, mula la rasa tak tenang nak jawab exam, alhamdulillah, dengan mengingati Allah hati menjadi tenang, nervous mula hilang beransur2 dan dapat jawab exam dengan tenang)

4) Study for Allah.... do your best and let Allah do the rest.. apepun keputusan yang kita dapat, biarlah ia mendekatkan lagi kita kepada Al-khalik..Bukan first class degree atau dean list yang kita kejar, tapi keredhaanNya yang lebih penting,.. ana cukup terharu dengan mesej yang ana terima dari seorang senior2..(actually banyakmesej2 yang best2 dari sahabat2 sepanjang exam ni, syukran sahabat), ni antaranya je:

" dear my beloved sis, even if u feel so tired to seek the knowledge, keep in your mind that this might be one of our greatest deeds that going to be count during the day of judgement. just imagine that Allah is watching you right now and He knows how tired you are, but because of His deen, you keep on moving forward.." so i'm here wanna wish you best of luck in your exam.. Believe in Allah and yourself that you can do it...

thanks sis and all of my beloved friends that always supported me and guide me to HIS way..

~::StuDy For ALLah::~

Wednesday, April 14, 2010

Happiness Secret anD Warding of Depression~


The best beginning, bismillahirrahmanirrahim..

Dear my lovely friends, our final exam just around the corner, so here, i would like to share with all of you, how to keep 'happy' in this 'fatrah'..hehe. a bit motivation for ourselves. I know that all of us so nervous and worry when it come to this fatrah. But, life must go on. By hook or by crook we have to face the reality that we have to sit for this examination...huhuhu.

Ok, stop talking about examination. lets us start with my topic.... happiness secret..~ ;)

So, happiness!!! something that all of us strive to find and keep it right?

Here are the several steps that we can take to make sure that we always happy.. insyaAllah.

The first and foremost,

Always remember Allah , as stated in Quran ,

Allah, the All Glorious says :

" Verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest " (13:28)

And, Allah says in Quran :

" And the men and women who remember Allah much with their hearts and tongue, Allah has prepared for them, forgiveness and a great reward( such as paradise) (33:35)

Then, second step,

Let the past gone forever, means, do not live in the nightmares of former times or under the shade of what you have to missed. For example, if you lost something that you really love such as your friends or even your parents, same goes in examination, if you had a bad result before, it is true that you will feel so sad, but you have to remember, the past is gone forever, you have to let it go, you have to let the feeling or the sadness go away from you. You have and MUST accept your fate. If not, you will only feel full of depression and that feeling will only make your heart hurt.

A simple analogy, even you keep thinking about your bad former times, do you think that you can return the baby to his or her mother's womb? or do you think that you can return the sun to its place of rising or tears to the eye? NO! of course impossible for us to do so, as we are human being. So, my solution, forget the past because the past is non-existent. Former days are gone and done with and TODAY IS ALL THAT YOU HAVE.

The third step,

Put in your mind that yesterday has passed either with its good or evil, while tomorrow has not yet arrived, hence, TODAY IS ALL THAT YOU HAVE.

so, when you understand that today is all that you have, you will organize the hours of this day, so that you make years out of minutes and months out of seconds. Then, when you realize that today is all that you have, you will start seek for forgiveness from anybody around you and the most important from your Lord, you will keep thinking about HIM, remember HIM in every breath, then prepare for the final parting from this world.

Today is my last day to live. When you achieve this attitude, you will profit for every moment of your day, developing your personality, expanding your abilities and purifying your deeds.

I will say to myself, as today is all that i have, so today i will strive to be obedient to my Lord, pray in the best manner possible, recite Quran with the present of my heart.

I will say to the past:

O' past that has departed and is gone, I will not cry over you. You will not see me remembering you, not even for a moment, because you have traveled away from me never to return.

and i will say to the future :

O' future, you are in the realm of the unseen, so I will not be obsessed by your dreams. I will not be preoccupied about what is to come because tomorrow is nothing and has not yet been created.

`Today is my only day' is one of the most important statements in the dictionary of happiness, for those who desire to live life in its fullest splendor and brilliance.

THe fourth step

Be content with all that you have, not to say you that you have not to struggle to be a better person, but if you have try your best, then let Allah do the rest. Be grateful with what HE give to you, as He know what is the best for you.

Allah s.w.t said :

So hold that which i have given you and be the grateful (7:144)

Next step,

Doing goods to others give comfort to the heart.

Means, if you find yourself to be in difficulty or distress, show kindness to others, and you will be the first to find solace and comfort. Give to the needy, defend the oppressed, help those in distress, visit the sick, or just do any other things as long as what you did with the purpose to help or comfort others heart (just because of ALLAH) , so you can find that happiness surrounds you from all direction. Because, an act of charity is like perfume, it benefits the user, the seller and the buyer.

The prophet peace be upon him said :

" Do not dismiss certain acts of kindness by deeming them to be insignificant, even if (such an act) is to meet your brother with a smiling face( for that is a deed which might weigh heavily in your scale of deeds)


For the last but not least.......

As stated in holy Quran:

"Be not sad, surely Allah with us" (9:40)



Reference: Don't be sad. By Dr. Aidh Al-qarni


~::Life For ALLAH::~

Thursday, February 18, 2010

Redha Allah pada keredhaan ibubapa~


Awal kalam bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah pemilik cinta dan kasih sayang yang Agung.


Dari sekolah rendah lagi, cikgu, ustaz, ustazah selalu pesan, redha Allah terletak pada keredhaan ibubapa, klu cikgu bahasa melayu dengan cerita si tanggangnya, kalau ustazah dengan cerita alqomahnye, seorang pemuda yang kuat beribadat, namun kerana seorang wanita bernama isteri, sanggup membelakangkan ibunya, insan yang bersusah payah mengandungkannya, melahirkannya hingga hampir terputus nyawa, membesarkannya dengan segala kesusahan,pengorbanan dan penderitaan, namun kerana cinta kepada seorang wanita bernama isteri, menyebabkan ibunya benar-benar terluka dengan tindakannya. Natijahnya, hampir sahaja Rasulullah s.a.w membakarnya hidup-hidup. Kata Nabi s.a.w dengan penuh hikmah, "jika ini penderitaan yang terpaksa ditanggungnya didunia, apatah lagi diakhirat sana." DAN, benar kata orang, kasih ibu membawa ke syurga. Ibu mana yang sanggup melihat anaknya menderita. Dimaafkan Alqomah. Pergilah ruh Alqomah ke rahmatullah dengan tenang berkat keampunan seorang ibu..

Firman Allah azza wa jalla (ertinya):

Dan Rabbmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” [QS.al Isro’:23]


Dari Abdullah bin Amr radhiyallahu ‘anhu berkata: “Ada seseorang yang datang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam seraya berkata,”Saya datang demi berbaiat kepadamu untuk berhijrah, namun saya meninggalkan kedua orang tuaku menangis.” Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,”Kembalilah kepada kedua orang tuamu dan buatlah keduanya tertawa sebagaimana engkau membuat keduanya menangis.” [HR.Abu Dawud dengan sanad shohih.lihat Shohih Targhib: 2481]


Dari Abdullah bin Umar berkata, “Saya mempunyai seorang isteri yang saya cintai, namun Umar membencinya, dan dia mengatakan kepadaku, “Ceraikan dia.” Saya pun enggan untuk menceraikannya. Maka Umar datang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lalu menyebutkan kejadian itu, maka Rasululah shallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepadaku,”Ceraikanlah dia.” (HR.Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa’I, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dan beliau menshohihkannya. Berkata Tirmidzi: “Hadits ini Hasan Shohih.”)


Dari Abdullah bin Amr bin Ash dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,”Dosa-dosa besar adalah berbuat syirik kepada Allah, durhaka kepada kedua orang tua, membunuh jiwa serta sumpah palsu.” (HR.Bukhari)



Mengikut pemerhatianku, seorang ibu yang mulia, lebih sanggup, jika dia yang menanggung segala penderitaan dari melihat anaknya derita. Itulah kasih ibu.. Patutlah Allah s.w.t sgt memuliakan seorang ibu. Namun, ingat sahabat-sahabatku, ia sama sekali bukan satu alasan untuk kita terus menerus menyakiti ibu kita, dengan alasan kononnya, ibuku pasti memaafkanku, bimbang juga aku, belum sempat kamu memohon keampunan darinya atau sebelum sempat dia memaafkan kamu, kamu atau dia yang akan pergi dahulu, bayangkan jika dia yang pergi dahulu?? Bilakah akan kamu tuntut kemaafan itu. Di padang masyar nanti? Bagaimana pula dengan baki2 hidupmu? Mahukah kamu hidup dengan perasaan bersalah seumur hidup sambil menunggu saatnya, kamu bisa memohon keampunan darinya? Nauzubillah.

Sahabatku, peringatan ini untuk diriku dan untuk saudara-saudaraku yang sangat inginkan keredhaan Allah bersamanya di dunia dan di akhirat. Sebelum kamu lakukan sesuatu yang kamu agak, bisa menyakitkan hati ibumu, janganlah kamu melakukannya. Bimbang aku, jika ibumu tidak redha, bagaimana bisa kamu mendapat redha Allah.. aku bukanlah anak yang benar-benar soleh dan sempurna untuk ibuku, namun aku sentiasa berdoa semoga aku menjadi anak yang soleh dan penenang jiwa untuk ibuku. Sahabatku, bukankah Allah telah berfirman, untuk berkata "uh" sekalipun sudah dilarang, apalagi perkara-perkara yang lebih menyinggung hatinya.


Sahabatku, indahnya Islam, ibu diletakkan di tempat yang tertinggi bagi seorang anak, cinta yang utama setelah Allah dan rasul adalah kepada ibumu, (Rasulullah menyebutnya sebanyak tiga kali,) barulah kepada ayahmu.


Sahabatku, ketahuilah, jika ibumu memarahimu, itu bukan tanda benci, tapi tanda perhatiannya padamu, dilarangnya kamu itu dan ini, hakikatnya bimbang kamu menderita atau bimbang kamu disakiti.. Biasa yang berlaku, sakitnya anak, sakitlah ibu, tapi sangat jarang berlaku, sakitnya ibu, sakitlah anak. Biasa berlaku, bila anak sakit, ibu yang berjaga malam untuk menjaga anaknya yang sedang sakit, jarang berlaku, anak-anak berjaga malam untuk menjaga ibunya yang sakit. Padahal, betapa banyak pahala yang bisa dikutip andai seorang anak mengurut dada ibunya yang sedang batuk, sambil tersenyum dengan senyuman yang paling manis menghiburkan hati ibunya. Benda yang sangat senang namun kurang dipraktikkan..


Sedikit perkongsian mengenai pengalamanku, sem lepas, di takdirkan, Allah menguji ku dengan kesakitan, ibuku lah yang berjaga malam menjagaku, hampir menitis air mataku, melihat dia begitu mengambil berat akanku, menjaga aku dengan sepenuh perhatian. Alhamdulillah, sakit yang sebentar itu, hikmahnya, Allah ingin tunjukkan padaku, betapa mulianya seorang ibu. Dan betapa aku perlu menyayangi dan menghormatinya kerana Allah.

Sahabatku,
adakah kamu telah menyakiti hati ibumu hari ini?
Adakah kamu telah memohon maaf darinya?
Adakah kamu telah bertanya khabarnya hari ini?

Atau sudah berapa lama kamu tidak menelefonnya?
Bagaimanakah keadaan ibumu hari ni? Sihatkah dia?
Sudahkah kamu mendoakannya hari ini?

Sahabtku. peringatan untuk diriku dan dirimu, sama-samalah kita doakan, semoga kita ditetapkan iman dan menjadi anak yang soleh.

~::Cintailah ibumu kerana Allah::~

p/s : Hayatilah bait2 kata dalam lagu ini..

Azimat ibunda

langit kirmizi menghantar dirimu menuju jln pulang

hari-hari indah bersamamu bertabur di tanah kenangan

wajah berona simpati kau tatapi buat kali t'akhir

sedih & sayu dari kamar atma mengundang air mata

Hanya rindu & doa buatmu

semoga kau tenang dan bahagia

agar syurga menjadi milikmu

bukan hanya di telapak kakimu


menumpang di segenap ruang yg ada di lubuk p'kasihan

begitu indah setiap detik di dlm rahimmu

sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu keperitan itu kau rasa indah demi anakmu


setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan

segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan

tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya

azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam

di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan

bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu

tiada yg terindah didunia dapat mengganti hilangmu

pilihan yg terbaik takkan dapat mengisi relung hatiku