Monday, January 23, 2012

Kau dan aku, bukankah kita impikan Syurga?



Awal kalam, bismillahirrahmanirrahim,




Jam sudah menunjukkan jam 2.54 pagi, namun masih gagal melelapkan mata, air mata yang mengalir membasahi pipi masih belum mahu berhenti, badan terasa letih, hakikatnya sangat letih, tapi hati ini tidak tenang, Allahurabbi…. Tadi, mendapat berita yang kurang menyenangkan tentang pelajar-pelajar USIM, Allah gusarnya, mad’uku, selamatkan mereka ya Allah, jauhi mereka dari murkaMU, sungguh, aku tidak terdaya lagi menghalangnya.. tambah pula dari pukul 11 malam tadi sampai sekarang ada orang berparti di depan tasik dihadapan kolej kediaman, bunyi muziknya sungguh kuat, mengganggu bunyi alunan Al-quran dalam bilikku..Allah, bertambah keruh hati ini, terganggu, tambah lagi, tadi, login facebook dengan satu niat, mencari mutiara-mutiara ilmu, atau nasihat-nasihat berguna di wall sahabat-sahabat, agar boleh sekurang-kurangnya memujuk hati ini dengan peringatan ringkas, rupanya hampa, makin hati bercelaru dan sakit, sakit yang lama ku tahan, pedihnya…. Selama ini kuperhatikan sahaja, kerana bimbang jika mencelah atau menambah lain pula jadinya.. aku tidak mahu menjadi seperti tikus membaiki labu, makin dibaiki , makin rosak jadinya.. tapi, kali ini, entahlah,.. aku tidak tahu, haruskah aku menyatakannya..wallahua’lam, moga Allah memandu setiap tingkahlakuku.. Aku tidak tahu untuk berbahasa bahasi.. Maaf andai maksudnya tidak kesampaian.. Cuma aku teringat satu artikel dalam SOLUSI yang aku pernah baca, antara sebab orang memusuhi sesuatu kebenaran adalah kerana, pertama, dia jahat, kedua dia jahil. Jadi, untuk yang pertama, hanya hidayah Allah yang boleh membantunya, namun yang kedua, orang yang fahamlah perlu memahamkannya..




Allah, Engkau persaksikanlah, pada malam ini, hambaMu ini terasa teramat lemah, sedih, sedih memikirkan betapa Islam telah terfitnah.. Betapa banyak orang yang melakukan maksiat, dan betapa banyak sistem atau kemudahan yang membantu perjalanan maksiat itu berjalan lancar.. Tapi bila tiba kepada Islam.. ada saja seorang tokoh yang boleh menarik minat anak muda yang biasa, yang dulu suka merempit kini suka kepada majlis ilmu, dikorek dan dicari kesalahannya, dilaga-lagakannya dengan tokoh yang lain.. Allah, fitnah apakah ini??? Tidak mengapa jika orang tidak memahami diriku atau tidak menerima pendapatku, tapi sakitnya bila orang tidak memahami Islam dan tidak menerima Islam secara keseluruhannya…




Allah, Engkau persaksikanlah, berkali-kali aku cuba memberi penjelasan kepada ‘mereka’, malah aku jaga tuturkataku, malah ku jaga hatiku setiap kali ingin kulafazkan sesuatu, ku bisik pada hatiku, bukanlah aku yang paling benar, cuma aku ingin kongsikan apa yang aku rasakan benar mengikut ilmu yang telah Engkau berikan kepadaku..



Allah, persaksikanlah, berkali-kali aku cuba mengajak ‘mereka’, mereka yang mengaku mencintaiMu dan RasulMu itu, untuk mengerti perjuangan mereka dan perjuangan ‘itu’ adalah sama, sama sahaja, iaitu demi redhaMu.. Aku tidak pelik dan tidak hairan sama sekali bila islam liberal menentang islam yang sebenar. Tapi yang aku hairan, pelik, sedih dan terkilan, bila islam vs islam, yakni, pejuang islam menentang pejuang islam.. kerana kononnya, bagi mereka, perjuangan itu telah memecah belahkan umat islam, bagi mereka, demi politik , orang melayu bergaduh dengan melayu, sedang orang bukan melayu dapat keuntungan! Orang islam bergaduh dengan orang islam sedang si kafir dapat untungnya! Sedarkah mereka, tindakan mereka, kononnya orang yang berada ditengah-tengah itu bukanlah pendamai tapi mengeruhkan lagi keadaan yang sudah keruh? Kononnya tidak mahu perpecahan, kononnya muak dengan politik? Tapi sedarkah mereka, mereka hanya menambahkan lagi bilangan pecahan umat islam yang asalnya dua jadi tiga, yang lebih malang, 2/3 daripada pecahan itu datang dari orang yang katanya faham dan ingin perjuangkan Islam.




Sukarkah untuk mereka faham, bila kita keliru, mengapa tidak kembali kepada Tuhan sahaja? Pernahkah mereka, ketika dalam keserabutan fitnah dalam dunia politik, melakukan istikharah untuk ditunjukkan kebenaran? ketika diri benar-benar keliru, mengambik wudhu’, melakukan solat hajat dan menangis semahunya dalam sujud supaya Allah sentiasa memandu hatinya untuk melihat kebenaran ? Pernahkah? Atau tanpa mereka sedar, mereka sendiri telah termakan dengan fitnah musuh? Tahukah mereka, bila mendengar khabar berita dari yang fasik perlu disiasat terlebih dahulu, bukan menelan bulat-bulat atau terus membuat kesimpulan begini, “parti A dan parti B sama sahaja.. ni la padahnya politik, orang gaduh-gaduh, memecah belahkan umat? Yang satu tu pun satu hal, nama je politik untuk Islam tapi dop fitnah sana fitnah sini, hentam sana, hentam sini,.. ee… meluat aku.. tarbiah dan dakwah entah ke mana”.




Pertama, aku hairan dengan golongan mereka, kata mereka, “stop judgmental! Islam tak ajar kita judge2 orang ni, tak baik, hanya Allah yang layak menghukum!”Fine! Betul! Aku setuju! Tapi, bukankah apa yang mereka buat tu namanya judgmental ????? Pernah tak mereka kenal secara dekat tokoh-tokoh pejuang islam Parti islam itu? Pernahkah mereka melihat ibadahnya? Pernahkah mereka mendengar tutur kata dan nasihat-nasihat yang penuh ilmu dari pejuang-pejuang itu? Atau ‘mereka’ hanya mula menghukum dari siri-siri video edit dan ulang? Atau mereka hanya menghukum berdasarkan apa yang mereka baca di dada akhbar dan di kaca televisyen? Atau mereka hanya menghukum pejuang-pejuang itu, berdasarkan kalam-kalam beracun pengikut-pengikut fanatik dan taksub pejuang itu? Kalau anak yang degil dan tidak mahu mengikut jalan tarbiyyah, mengapa mesti selalu disalahkan ibu yang mengandung?




Kedua, aku terkilan dengan golongan ‘mereka’, kata mereka, kamu sibuk berpolitik, dakwah dan tarbiyahnya entah kemana? Jihad konon, jihad ilmu dan jihad nafsu pun tak settle”.. Pelik sungguh mereka ini, tahukah mereka, tanpa orang yang sibuk berpolitik, zaman Dr. M suatu ketika dulu, ketika mana bantuan kepada sekolah agama rakyat ditarik balik, kerajaan yang sibuk berpolitik itulah yang mengumpul dan menumpukan dana kerajaan kepada sekolah agama, mampulah budak-budak sekolah agama yang miskin meneruskan pembelajaran. Alhamdulillah! Oh, lupa, mereka golongan pelajar agama yang kaya agaknya, sekolah mereka guru bergaji dari pelajar.. Baik! Mereka kaya, kami miskin.. Mungkin itu bezanya, kami hidup dengan penuh kesusahan, kami memahami kepayahan rakyat marhaen, kerana kami juga rakyat marhaen.. Rupanya, ini kisah antara dua darjat.. Seterusnya, kata mereka lagi dakwah dan tarbiyyah entah kemana? Aik, mana mereka tahu? Penutupan pusat-pusat judi dan larangan jualan arak secara meluas, bukankah itu dakwah namanya? Tarbiyyah entah kemana? Kosong? Fitnah! Bilakah mereka lihat tarbiyah tidak diutamakan? Siapa yang mereka rujuk dan jadikan sebagai ikon untuk melambangkan parti itu sehingga dikatanya tarbiyyah tidak penting? Pernahkah mereka ke ijtima’ tarbawi? Oh, mana boleh terlibat dengan parti politik! Fine! Mungkin bagi mereka politik ni haram! Erk? Ada ke hukum dalam Quran, Sunnah, Ijma’ dan Qias kata politik ni haram! Takpelah, tak payah pergi ijtima’ tarbawi, nanti dikatakan berpolitik pula, politik kan kotor, fitnah memfitnah! Hurm, tapi bukankah Islam ajar untuk kita ambil sahaja ilmu di mana sahaja kita ketemuinya,asalkan ilmu itu memberi manfaat, sekalipun dari seorang kafir , apatah lagi dari seorang pejuang agama sepertimu juga! Please, again, stop judgmental, you have no right to judge other! Kenal dulu! Mulut jangan cepat melatah, cuba tengok link ni… http://www.youtube.com/watch?v=B-wKPxeEnbU&feature=results_main&playnext=1&list=PL0630B15AF0BFADC1, dan link ni, http://www.youtube.com/watch?v=NY1qrGc6LKQ&feature=mfu_in_order&list=UL dan sambunglah sendiri yang seterusnya.. tak nak tengok? Buang masa? Fine! Tapi, pesanku, carilah kebenaran dengan ikhlas!..:) Allah akan sentiasa bersama kita.. Kau dan aku, bukankah kita impikan syurga? Dan yang lebih utamanya, Redha, rahmat dan Cinta Allah! YA, SAMA dan SERUPA!..




Ketiga, aku confuse??? Mereka terima kata-kata ni, never underestimate how close someone with Allah! Indeed, totally agree! Tapi kenapa mereka tak terima kata-kata ni? Never underestimate how sincere someone to sacrifice for Allah! Kenapa mereka tak terima, bahawa mereka yang menggunakan politik untuk menaikkan agama Allah ikhlas lakukannya untuk Islam, politik digunakan untuk menaikkan Islam, bukan Islam digunakan untuk menaikkan politik… Why, they keep saying that, those persons did this and that, not because of Allah but only for their own favours or for their political advantage? What are you talking about? Weird!(~^) Sejak bila manusia boleh tahu apa yang ada dalam hati orang lain! Kasyaf ke? Cuba kita tengok balik perjalanan hidup rasulullah s.a.w, bukankah baginda seorang pemimpin negara Islam? Cuba fikirkan balik, kenapa Abdullah bin Ubay sangat membenci Rasulullah s.a.w sehingga sanggup berpakat dengan musyrikin untuk menjatuhkan negara Islam madinah? Kerana kebencian itu timbul, bila datangnya Rasulullah membawa Islam, terus baginda dilantik menjadi pemimpin madinah, sedang Abdullah bin Ubay sudah lama berusaha melobi jawatan tersebut. Perhalusi siapa Abdullah bin Ubay, ya benar dia si ketua munafik, diakui Allah s.w.t, tapi apakah agamanya? Bukankah dia juga Islam? Ya, dia Islam, sebab itu dia digelar munafik. Mengaku beriman, tetapi menentang Islam dan sangat benci kepada Rasulullah. Tapi pernahkah rasulullah mengistiharnya kafir? Tidak! Selamanya dia Islam selagi dia tidak melakukan perkara yang membatal syahadah! Tapi dia islam yang munafik, yang mana seksaan bagi orang munafik, telah Allah janjikan tempatnya neraka paling bawah.Apa ibrahnya? Maknanya, permusuhan sesama Islam telah wujud di zaman rasulullah s.a.w. lagi. Marahkah kita kepada rasulullah kerana telah memecahbelahkan umat Islam kepada dua puak, puak yang beriman dan puak yang munafik? Tentu sekali tidak, rasulullah tidak bersalah, yang salahnya si munafik, dia yang memulakan perpecahan kerana merosakkan islam dalam keadaan dia mengaku islam! Lihat sahaja, bila madinah digemparkan dengan satu berita, tentera musyrikin sedang menghampiri, siapa yang paling gembira saat Rasulullah s.a.w bersedih? Dia….si ketua munafik dan konconya! Kenapa? Kerana dendamnya kepada Rasulullah yang telah merampas kuasanya suatu ketika dahulu! Salahkah rasulullah s.a.w menjadi ketua negara madinah dan mencetuskan permusuhan ini, kenapa Rasulullah tidak berundur sahaja agar Abdullah Ubay bisa memerintah madinah, pasti dia tidak berpakat dengan musyrikin menyerang madinah! Dengan itu keamanan lebih terjamin! Tak perlu gaduh2.. Astagfirullah, pasti sekali kita takkan berani berkata begitu.. Mana boleh kata begitu, bukankah Rasulullah takkan melakukan sesuatu tanpa perintah Allah? Bagaimana islam nak dikuatkuasakan di Madinah malah nak disebarkan keseluruh dunia tanpa kuasa pemerintahan? Jadi, ‘mereka’ fikir pejuang-pejuang islam yang menggunakan politik untuk kepentingan Islam itu melakukanya tanpa perintah Allah…hahahaha.. geli hati.. kalau pejuang itu inginkan kepentingan dunia, mengapa perlu menentang arus, masuk saja parti satu lagi yang kaya raya tu… pasti senang hidup, kaya dan raya (orang yang celik pasti nampak benda ni.. Physical change senang nak detect)..atau tak payah join-join politik la senang , kalau setakat join politik kena gas pemedih mata, di tahan di ISA, dimasukkan dalam lokap, tidur atas lantai simen tanpa beralas.. Kalau betul nak kaya, baik meniaga, bukankah berniaga itu membuka banyak pintu rezeki. Tapi tidak, perjuangan ini perjuangan Islam!! Bukan untuk kepentingan duniawi, ya benar! Mungkin ada di antara pejuang itu tidak ikhlas, mungkin kerana tidak cukup tarbiyahnya, sehingga nampak hodoh perbuatannya.. tapi, hakikatnya, dalam organisasi mana-mana pun golongan macam ni wujud, tapi mereka hanya minoriti.. yang terlepas or tersilap pilih, ye lah, kita hanya boleh menghukum pada zahir, mana la nak tahu apa dalam hati orang… kalau kasyaf lain la.. jangan kerana seorang yang tak elok, kamu hukum kesemuanya, hanya kerana seorang anak dalam keluarga itu nakal dan selalu ponteng sekolah, semua adik beradiknya yang lain kamu denda.. Adilkah?




Pejuang itu tidak pernah menghina atau memandang rendah kepada golongan ‘mereka’, tetapi kenapa ‘mereka’ selalu memandang rendah kepada pejuang itu? Bukankah Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya, kamu akan menjaga Islam dari sudut masing-masing..Jika kamu telah menjaga islam dari sudut yang lain, jangan kamu memandang rendah malah menolong musuh dengan mengeluarkan pelbagai statement menentang saudara seperjuangan kamu sendiri.. Bukankah semuanya bermatlamatkan mardhatillah.. Firman Allah s.w.t: Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara (al-hujurat:10) kenapa Allah guna perkataan ‘orang beriman’ bukan orang islam? kerana muslim dan mukmin itu berbeza..




Pejuang itu tidak marah andai ‘mereka’ tidak bersama-sama mendokong, kerana pejuang itu faham, kamu punya peranan mu tersendiri, yang juga penting untuk Islam, cukuplah jika kamu menyokong atau tidak menentang..




Andai Rasulullah s.a.w bersama kita……
Sungguh ya Rasulullah, aku sangat merinduimu, sangat dan teramat..ingin sekali aku melihatmu dan berada dalam golonganmu diakhirat nanti ya Rasulullah s.a.w..




Wallahua’lam..Sirru ala barakatillah..




~:: Life For Allah::~

Monday, November 14, 2011

~:: Bila Daie JAtuh CinTA::~



DAI'E jatuh Cinta?

Tiada yang pelik, mereka juga adalah manusia.
Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia?

Tapi layakkah seorang dai'e jatuh cinta?


Mereka juga punya hati dan rasa.


Tetapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka ketika cinta seorang lelaki/wanita menyapa hatinya? Tiada senyuman bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada perasaan suka di dada. Namun sebaliknya.

Ketika dai'e jatuh cinta, yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap. Ketika lelaki/wanita yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tidak lagi suci

Ketika rasa rindu mulai bermain di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperi akan sebuah rasa yang tak semestinya. Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai. Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.


Ketika seorang dai'e jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut. Tiada kata-kata cinta dan rayuan. Yang ada adalah kekhuatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki/ wanita yang belum halal ataupun mungkin yang tak akan pernah halal baginya.

Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tidak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh. Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya. Bahkan jika cinta dia harus menghilang, maka itu pun akan dilakukan.


Alangka kasihannya jika seorang dai'e jatuh cinta, kerana yang ada adalah penderitaan.

Tetapi saudari/saudaraku, bersabarlah. Jadikan ini ujian dari Rabbmu. Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia. Pasangkan duri dalam hatimu, agar rasa itu tidak tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap. Putarkan balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya.

Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu.

Saudari/saudara, janganlah khuatir kau akan kehilangan cintanya. Kerana jika memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu.

Tetapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tidak menghendakinya, maka tidak akan boleh kalian bersatu.

Saudari/ saudara, bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik sahaja. Semuanya akan indah pada waktunya.


COPY ; EDIT : PASTE FROM...

Saturday, March 12, 2011

Rinduku pada kemenangan Islam






Aku benar-benar rindukan kemenangan ISLAM. Aku rindu utk melihat pemuda sehebat al-fateh, takwa, ilmu dan usahanya.. subhanallah.. janji nabi terkota ditangannya..Allahuakbar! Aku rindukan saat ketika mana ulama'-ulama' dimuliakan dan dijadikan rujukan dalam pemerintahan. Saat ketika mana umat Islam, beramal dengan ajaran Islam yg sebenar-benarnya...Aku rindu utk melihat barisan pemuda sehebat tentera al fateh, ketakwaan, keikhlasan dan semangat mereka utk memenangkan Islam. Sekalipun berhadapan dengan kematian, mereka terus mara demi mengejar akhirat... Mereka merindukan kematian, bukan takut padanya.. Aku rindukan pemuda setekad Hasan Ulabete, biar jasad menempah syahid, tugasnya terlaksana sempurna, memasakkan panji Islam.. Allahuakbar! Rinduku ini ??!! Bisakah terubat...Allahu rabbi.. Kuatkan hati pemuda pemudi Islam, ikhlaskan hati kami.. Kerana kami rindukanMU Tuhan. Rindukan haruman syurgaMU. Allah, ampunilah segala dosa kami, tetapkan hati kami dijalan keredhaanMU.. Tuhan, perjuangan ini bukti cinta kami kepadaMU.. Berilah kami kekuatan utk menjadi pejuang agamaMu yang setia,soleh dan solehah.

ayuh, mujahadah utk buang cinta dunia yg berkarat dalam hati, agar cinta akhirat pula memenuhinya dan subur didalamnya.Sejarah membuktikan, Islam menang, kerana pejuangnya sungguh dekat dengan Allah. TAQARRUB ILALLAH! JAUHI MAKSIAT, ZAHIR DAN BATIN! JAGA HATI, AGAR TERUS IKHLAS KERANA ALLAH..

~::Life For Allah::~


Saturday, January 29, 2011

Teladan Tarbiyyah


Awal kalam bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdulillah, syukur ku panjatkan kepada Allah Tuhan pemilik sekalian alam.. Alhamdulillah syukur kepadaNya yang telah mengurniakanku nikmat yang teragung..Nikmat Islam dan nikmat iman..Segala puji bagiNya kerana sudi memilihku berada di jalan ini..jalan tarbiyyah dan jalan perjuangan.. Sungguh, aku sangat mencintai jalan ini, jalan yang juga dilalui para anbiya', Rasulullah s.a.w, dan para sahabat yang dirahmati Allah.. Allah, tetapkanlah aku di jalan ini.. Sungguh, jalan ini membuatkan hatiku tenang mengharungi hidup ini..Jalan ini telah mengajarku, tujuan hidup tiada lain melainkan untuk mengabdikan diri kepadaMu..

FirmanMu, yang bermaksud : Tidak aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepadaKu..

Alhamdulillah, usai membaca, mengkhatamkan dan menghayati sebuah buku yang bertajuk Teladan Tarbiyyah.. Subhanallah, Maha suci Allah, Alhamdulillah, segala puji bagiMu yang menggerakkan hatiku untuk terus mendekatiMu dengan berusaha menambah ilmuku.. Setiap kali aku membaca buku ini, membaca dan menghayati kisah-kisah yang diceritakan di dalamnya..pasti menitis airmataku..Allah, jauhnya aku dari kekasih-kekasihMu..Allah, siapakah aku dihadapanMu?? Sungguh malu padaMu ya Allah, bila aku mula merasa penat dan lelah dan bergerak dengan sungguh perlahan dalam mengajak kepada makruf dan mencegah kepada mungkar, walhal para kekasihMu, menempah syurga dengan kematiaan.. Sungguh, bila membaca kisah-kisah mereka yang telah syahid di jalanMu, mahu di medan Badar atau Uhud, dan pelbagai medan perjuangan yang lain.. bergetar hatiku.. cukup bangga dengan mereka dan cukup malu dengan diriku. ingin aku kongsikan di sini antara kisah-kisah yang telah menyentuh hatiku, menegur diriku dan membuatku makin yakin untuk terus berada di jalan ini.. kisah yang ku petik dari teladan tarbiyyah..~

Ghirah Jihad Membara

Sebelum perang Badar, Rasulullah s.a.w, bermusyawarah dengan para sahabat. Abu Bakar dan Umar bin Khattab telah menyokong penuh keputusan Rasullullah s.a.w. Meskipun mereka tahu benar bahawa secara jumlah kaum muslimin tidak sebanding dengan jumlah pasukan kafir Quraisy yang membawa kekuatan tentera mencapai seribu orang, lengkap dengan segala kelengkapan senjatanya. Padahal kaum muslimin dengan senjata ala kadarnya hanya berjumlah tiga ratusan orang. Dalam kondisi yang tegang dan suasana yang mencekam, sorot mata Rasulullah s.a.w menatap Miqdad bin 'Amr. Sahabat satu ini adalah representasi kaum muhajirin yang menyertainya dalam persiapan jihad.

Maka kata Miqdad, :Ya Rasulullah, laksanakanlah apa yang telah diperintahkan Allah kepada anda! Demi Allah, kami sama sekali tidak akan mengucapkan perkataan seperti perkataan yang dahulu pernah diucapkan oleh orang-orang bani israel kepada Musa, iaitu "Pergilah engkau bersama Tuhanmu dan berperanglah, kami akan tetap duduk di sini!

Yang kami katakan kepada anda adalah, "Pergilah bersama Tuhanmu untuk berperang! Kami pun akan menyertaimu dalam peperangan itu! Demi Allah yang mengutusmu dengan kebenaran, seandainya engkau mengajak kami ke Barkhul-Ghumad (sebuah tempat di Yaman), maka kami pun pasti akan menyertaimu ke sana..!


Mendengar kesetiaan Miqdad itu Rasulullah s.a.w menyambutnya dengan doa untuk Miqdad.

Setelah itu, Rasulullah s.a.w menyedari bahawa kehadirannya di Madinah adalah sebagai orang terusir. Dulu di Aqabah, orang-orang Anshar berbaiat bahawa mereka hendak menolong Muhammad s.a.w dalam keadaan apa pun. Masih segar dalam ingatan Rasulullah s.a.w, di Aqabah, orang-orang madinah itu berkata, "ya Rasulullah, anda tidak berada di bawah perlindungan kami sebelum anda pindah ke kampung halaman kami (yakni sebelum hijrah ke Madinah). Bila anda telah bersama kami, di kampung halaman kami, keselamatan anda kami jaga seperti kami menjaga keselamatan isteri dan anak-anak kami sendiri!"

Mengingat itu, ditatapnya wajah Sa'ad bin Muadz sebagai representasi orang Anshar. Agaknya dia mengerti maksud Rasulullah s.a.w, maka dia pun berkata, "Demi Allah, tampaknya anda menghendaki ketegasan sikap kami ya Rasulullah?"

Benar! jawab Rasulullah s.a.w

Sa'ad bin Muadz berkata, "ya Rasulullah, kami telah beriman kepada anda, kami pun membenarkan kenabian dan kerasulan anda. Kami juga telah menjadi saksi bahawa apa yang anda bawa adalah kepercayaan kami untuk menyatakan taat dan setia kepada anda. Ya Rasulullah, jalankanlah apa yang anda kehendaki! Kami akan tetap bersama anda. Demi Allah, seandainya anda menghadapi lautan dan memasukinya, maka kami pun akan mengikutimu menerjuni lautan itu. Tidak akan ada seorang pun di antara kami yang akan mundur! Kami tidak akan menyesal atau sedih bila anda menghadapkan kami dengan musuh pada esok hari. Kami akan tabah menghadapi peperangan dan hal itu akan kami buktikan dalam peperangan nanti. Allah akan memperlihatkan kepada anda apa yang sangat anda inginkan dari kami. Marilah kita berangkat dengan berkah Ilahi!"

Rasulullah s.a.w tersenyum gembira. Kemudian Rasulullah s.a.w memerintahkan kepada kaum muslimin, "Berangkatlah dengan hati gembira.....! Allah telah menjanjikan kepadaku salah satu di antara dua golongan. Demi Allah, aku seolah-olah melihat tempat-tempat mereka di mana mereka bergelimpangan..! Allahuakbar. Alangkah kuat tekad mereka dalam menghadapi jihad..


Umair Ibnul Hammam Al-anshari


Inilah Umair ibnul Hammam al-anshari. Pada saat perang badar berkecamuk, ia mendengar Nabi bersabda, " Bangkitlah untuk meraih syurga yang luasnya bagaikan seluas langit dan bumi?" Umar berkata, Ya Rasulullah, syurga luasnya bagaikan seluas langit dan bumi?" Beliau menjawab, "Benar!" Umair menyahut, "Bakh! Bakh!" Rasulullah bersabda, " Apa yang menyebabkan kamu berkata bakh! bakh! wahai Umair?" Maka Umair pun menjawab , "Tidak ada, ya Rasulullah! Selain harapan kiranya aku menjadi salah seorang penghuninya!" Baliau bersabda lagi, "Sungguh ..!" Engkau akan menjadi salah seorang penghuninya!"

Sejurus kemudiaan, Umair mengeluarkan beberapa biji kurma dari kantungnya lantas memakannya. Tiba-tiba ia berkata, "kalau aku harus hidup hingga selesainya kurma yang ku makan ini, sungguh itu kehidupan yang amat lama!!" Maka, ia hentikan memakan kurma yang ada ditangannya, kemudian mengekang pelana kuda dan maju ke medan laga memerangi kaum kafir. Akhirnya, Umair ibnul Hammam pun menemukan kesyahidannya. Sungguh, Allah merindukanmu wahai Umair..

Abu Dujanah

Tersebut pula kisah Abu Dujanah di dalam perang Uhud. Dalam kacaunya barisan pasukan muslimin, tampillah Abu Dujanah menerobos musuh melindungi Rasulullah. Tatkala pedang, panah dan tombak kaum kafir Quraisy menerjang, dia menjadi benteng untuk Rasulullah. Sabetan pedang, tombak dan anak panah terus menghujani punggungnya, namun dia tetap diam tak bergerak dalam melindungi nabi s.a.w. Abu Dujanah tidak meninggalkan Rasulullah s.a.w walau hanya sejengkal..


Syeikh Ahmad Yassin

Inilah salah satu sosok kader Ikhwan yang sukar dicarikan bandingannya. Seorang yang sudah sangat tua, buta, dan bahkan dalam kondisi lumpuh. Namun demikian, Yahudi harus membunuhnya dengan mortir yang ditembak dari pesawat dengan membabi buta. Perbuatan Yahudi ini mencerminkan kepanikannya, bahwa ia telah dalam puncak frustasi.

Gaza adalah medan perjuangannya. Syeikh Ahmad Yassin membuat daerah ini menjadi zon panas dalam debu perlawanan terhadap kekuatan Zionis. Dia tak pernah berhenti mengobarkan perlawanan melawan pasukan pendudukan, Israel. Seruan-seruannya selalu mendapat sambutan luar biasa dari kalangan pemuda. Hingga akhirnya, Syeikh Ahmad Yassin ditangkap dan dijatuhi hukuman 13 tahun penjara. Di dalam penjara, Syeikh Ahmad Yassin diseksa dengan pelbagai seksaan sehingga menyebabkan fungsi inderanya makin hari makin berkurang sehingga akhirnya Syeikh Ahmad Yassin mendapat kelumpuhan fizikal. Setelah dibebaskan pada tahun 1985, dalam sebuah proses tukar tahanan. Syeikh Ahmad Yassin kembali mengobarkan perlawanan. Beliau mendirikan organisasi pergerakan HAMAS. Gerakan inilah yang menggelorakan Intifadhah yang membuatkan Israel frustasi. Ketika PLO mulai menjalin kerjasama dengan Yahudi , intifadhah telah menggelorakan perlawanan. HAMAS berkeyakinan , masalah Palestina tidak cukup dibebaskan dengan pendamaian. Pendamaian dengan Yahudi adalah pada hakikatnya umpamanya pendamaian antara pencuri dengan tuan rumah. Kaum muslimin adalak pemilik rumah Palestina, maka bagi HAMAS adalah kehinaan sebagai pemilik rumah apabila merelakan pencuri menguasai sebahagiaan dari rumahnya. Maka perlawanan demi perlawanan semakin meningkat. Inspirasi intifadhahlah yang melahirkan bom-bom syahadah


" Dan siapkanlah kekuatan apa sahaja yang kau sanggupi..!"

(al-anfal: 60)

Kemunculan intifadhah dan bom-bom syahadah betul-betul meruntuhkan moral pasukan Yahudi. Senjata mutakhirnya seperti tidak berfungsi menghadapi teriakan jihad atau lemparan batu para pejuang Palestina. Semua perlawanan ini bersumbu pada energi seorang yang sudah tua, lumpuh, dan bahkan buta, iaitu Syeikh Ahmad Yassin. Dalam kekalutan fikiran penjahat, maka jalan terkutuk yang mereka ambil adalah melenyapkan Syeikh Ahmad Yassin. Pagi itu, ketika matahari belum mengirimkan cahaya paginya, sepulang dari jamaah subuh. Syeikh Ahmad Yassin menemui rabbNya. Jasad mulia ditembak Yahudi terlaknat dengan mortir dari sebuah pesawat.


Heroisme Ikhwanul Muslimin dalam jihad Palestina

Dalam jihad Palestina, Ikhwanul muslimin mengirimkan relawan yang benar-benar membuat Yahudi nyaris kehilangan semangat. Salah satunya adalah kisah pembebasan Kafar Dirum. Daerah ini merupakan penghubung Mesir-Palestina, sehingga merupakan daerah strategis yang harus direbut dari Zionis. Saat itu para relawan Ikhwan belum memiliki pengalaman tempur sama sekali, kecuali semangat mencari syahadah. Beberapa relawan menyusup dengan melewati ladang ranjau yang dipasang Zionis. Tepat menjelang pos penjagaan, gerakan para relawan menyusup dengan melewati ladang ranjau yang dipasang Zionis. Peluru pun menyalak, beberapa saat kemudian serbuan dari pos penjagaan itu seperti hujan peluru. Sejumlah mujahidin pun menjadi syuhada di tempat itu. Salah seorang syuhada tersebut adalah, Muhammad Sulthan. Dia bertugas meledakkan pos penjagaan tersebut dengan sejumlah peledak. Ketika gerakannya diketahui Zionis dan peluru-peluru menembus tubuhnya, darah segar mengalir dari sekujur tubuhnya, dia pun rebah. Tetapi, pemuda ini tidak menyerah, dia terus merangsek dengan menyeret tubuhnya yang penuh luka.Hingga mencapai radius tertentu dia menyalakan sumbu ledak bom yang dibawanya. Dan..boommm!. Sebuah ledakan besar terdengar yang segera menjadi semburan bola api raksaksa. Jasad Muhammad Sulthan sendiri entah ke mana. Bangunan pos penjagaan tentera Israel pun tidak menyisakan bentuknya lagi. Heroisme ini dikenang dengan kisah Pembebasan Kafar Dirum. Peristiwa Kafar Dirum ini benar-benar membuat Yahudi menjadi kesyetanan. Mereka mengerahkan segala kekuatan dan bantuan yang datang gelombang demi gelombang. Pertempuran menjadi tak seimbang.Mujahidin Ikhwan dikurung dari berbagai penjuru. Abdurrahman Abdul Khalik, komandan pembebasan Palestina untuk Kafar Dirum melihat suasana yang semakin genting. Maka, ia meneriakkan seruan untuk mundur. Ia melihat, mujahidin bertumbangan satu demi satu. Pasukannya yang kecil itu seperti mencari mati. Bahkan, salah seorang dari sisa-sisa mujahidin tu berteriak lantang,

Ya ayuhalladzina amanu, idza laqitumul ladzina kafaru zahfan, falaa tuwallu humul adbaar..
(Wahai orang-orang yang beriman, jika kalian bertemu dengan orang-orang kafir, maka janganlah kalian melarikan diri ke belakang!)

Teriakan itu seperti memompakan energi besar. Senjata di tangan Abdurrahman Abdul Khaliq terus menyalak memuntahkan pelurunya seperti malaikat Izrail yang mencabuti nyawa tentera Zionis tersebut. Hingga akhirnya, ia pun menemui syahid di Kafar Dirum. Seorang mujahidin lain, Umar Abdur Ra'uf, dadanya tertembus peluru. Ia roboh dengan darah segar membanjir dari tubuhnya. Tak terdengar keluhan sedikit pun, bahkan wajahnya menyinarkan kegembiraan dengan senyuman kepuasan yang tak tergambarkan. Ia menoleh kepada kawannya, dan berkata, "Apakah engkau melihat apa yang aku saksikan?" Ia menarik nafasnya yang mulai tersengal-sengal dalam tarikan panjang seperti menghimpun energi terakhir untuk berucap pesan kepada kawannya itu. "Inilah syurga....!" Aku melihatnya....! Aku mencium aromanya!" Umar Abdur Ra'uf pun menjadi syuhada dengan senyum kebahagiaan.

wallahua'lam..

~::Life For ALLAH::~

Monday, December 27, 2010

Semester 4 !!!


Awal kalam bismillahirrahmanirrahim,

Bakal menghadapi semester yang sangat mencabar..baru dapat senarai kursus yang bakal di ambil sem depan, semuanya 10 subjek, 25 jam kredit...Allah, bantulah hambaMU dalam menuntut ilmu..Permudahkan urusanku..Lapangkanlah waktuku utk tugas dakwah di jalanMu..

Kod Keterangan Kredit Kumpulan








AAA2022AKHLAK DAN TASAWWUF2KAA
LAA2053AL-AHWAL AL-SAKHSIYYAH3KLC
LBA2053UNDANG-UNDANG KONTRAK II3KLB
LBA2063UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN II3KLB
LBA2072UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN DAN PENTADBIRAN ISLAM2KLB
LBA2083FIQH AL-MUNAKAHAT3KLC
LBA2092AL-QAWAID AL-FIQHIYYAH2KLB
LBA2103UNDANG-UNDANG TORT II3KLB
UTA2072PEMIKIRAN KREATIF DAN PENYELESAIAN MASALAH2KLB
UTA2082PENGAJIAN HALAQAH2HLB1



~::Study 4 ALLAH::~

Sunday, December 19, 2010

Nikmatnya iman


Awal kalam bismillahirrahmanirrahim,

Ku mulakan bicara ku kali ini, menceritakan pertemuanku dengan seseorang yang sungguh bertuah. Pertemuanku dengannya sungguh ku kira aturan Allah. Pertemuan dengan seorang muslimat yang baru sahaja memegang title itu selama beberapa tahun. Hebatnya muslimat ini, dilahirkan dalam keluarga yang bukan Islam dan merupakan anak bongsu dalam keluarga. Sanggup menerima dan menanggung segala penghinaan hanya kerana mempertahankan agama yang suci ini.. Aku?? berjumpa dengannya menyebabkan aku benar-benar terpukul. Rasanya diri sudah melakukan tugas dakwah, walhal di luar sana masih ada yang masih mencari-cari ilmu tentang Islam malah tidak tahu jalan dan caranya..Rupanya, belum cukup usaha dakwah ku!! Dia, dalam esak tangis menceritakan pengalamannya dan segala apa yang dia lalui kerana keIslamannya..bayangkan, seorang anak perempuan, dan pula bongsu dalam keluarga, sudah pasti dia amat memerlukan keluarganya, tapi dia terpaksa menanggung segala kata-kata yang tidak menyenangkan dan menyakitkan bila bersama keluarganya..namun apakan daya muslimat ini, kemana lagi harus dia menjejakkan kakinya? kalau bukan kembali ke pangkuan keluarganya..Tapi dalam masa yang sama, dia terus-terusan mempertahankan akidahnya...Pelbagai persoalan tentang agama diajukan padaku..sampai tidak terdaya aku menjawabnya. Sedarlah aku, masih belum cukup usahaku selama ini! sedarlah aku, aku tidak harus main-main lagi dalam tugasan dakwah dan menuntut ilmu..Allah, aku menyayangi saudara baruku ini..Allah, ingin sekali aku menolongnya, mengeluarkannya dari permasaalahan ini..Allah berilah kekuatan padanya...Allah, peliharalah dia...Allah, kasihanilah dia...Allah, tunjukkanlah dia jalanMu, jalan yg Engkau redhai..Allah, bimbinglah dia, kerana Engkaulah sebaik-baik pembimbing..Allah, redhailah dia..

Aku bersyukur dipertemukan dengannya...

~::Life for ALLAH::~

Tuesday, November 2, 2010

Update- Teguran sahabat~


Awal kalam bismillahirrahmanirrahim,

Lama benar sudah rasanya tak menulis diruangan ini. Terngiang-ngiang teguran shbtku fillah, "Arijan, kenapa blog nti sunyi sepi je,tak baik tau macam tu, ada ilmu tapi tak nak kongsi, Allah tak suka tau orang kedekut ni".. sekalipun kata2 itu dilontarkan dalam senyuman , cukup untuk mengusik jiwa. Ana mohon maaf pada semua, ana akui ana memang susah sangat untuk update blog, mungkin sebab kekangan masa yang dihadapi, mungkin juga kerana kekurangan diri sendiri, ana bukanlah orang yang expert bab2 penulisan ni, penulisan bukanlah kelebihan ana, dalam tugasan dakwah sekalipun, benda yang ana paling nak elak, bila tugas2 berkaitan penulisan.. untuk menulis satu artikel sahaja mengambil masa yang berjam2..entahla, bila nak menulis je tak tahu macam mana nak mula.. asif jiddan kepada sahabat2 yang rajin jenguk blog ni walaupun sangat jarang di update.. maaf andai menghampakan.. insyaAllah ana usahakan tingkatkan skill ni, demi dakwah dan Islam..

"Wahai daie,walau apa sahaja yang kau miliki, gunalah segala kelebihan itu demi perjuangan menyampaikan kebenaran, demi perjuangan mengenalkan hamba kepada penciptaNYA, agar tidak hamba, melupakan Tuhannya yang telah menciptakannya."

~::LiFe 4 ALLah::~