Monday, July 20, 2009

Memahami erti mukmin yang dengki..



Sudah masuk kali ketiga, dia, menatap perkataan itu, sedalam-dalamnya, menghayati dan cuba memahami, antara percaya atau tidak, antara yakin atau ragu-ragu..


Titisan manik-manik jernih juga semakin deras mengalir, tidak mahu mengalah.. perasaannya…

Hanya Allah yang maha tahu.. Betapa dia derita menanggungnya… Dirasakan seolah-olah dunia yang luas ni terlalu sempit.. sesak nafasnya..


Astaghfirullahalazim.. berulang-ulang kali dilafaznya.. menenangkan diri hanya dengan mengingatiNya.. Bisiknya berulang kali.. Ini mungkin kifarah bagiku..


Ya Allah, bantulah hambaMU.. aku tahu Kau Maha Melihat.. aku tahu Kau lebih mengetahui apa yang telah aku lalui, dan aku tahu Kau lebih memahami penderitaanku melebihi segalanya…


Benar, mengkhianati kepercayaan orang yang mempercayai kita adalah sebesar-besar khianat..justeru ia memberi kesan yang amat mendalam bagi orang yang dikhianati..


Dibacanya untuk kali yang keempat apa yang termaktub dalam kitab kesayangannya, bahtera penyelamat mukasurat 13..


Rasulullah s.a.w bersabda : 'orang mukmin sentiasa di ambang 5 dugaan yang susah : iaitu mukmin yang dengki kepadanya , munafik yang benci kepadanya, kafir yang memeranginya , syaitan yang menyesatkannya dan nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya..


Dia , meneruskan pembacaannya, basah kitabnya itu, menjadi bukti betapa hatinya sengsara..terus dibacanya melepasi beberapa helaian, berhenti seketika, beristighfar dan berselawat menenangkan diri..


5 dugaan orang mukmin : Orang mukmin yang dengki kepadanya.

Sebagaimana lumrah diketahui hasad adalah penyakit hati yang amat berbahaya .Hasad boleh mengikis iman seseorang mukmin jika ia tidak cepat kembali siuman , bertaubat kepada Tuhan dan tidak dilimpahi inayah dan rahmat Allah s.w.t .


Rasulullah s.a.w bersabda:

Penyakit umat sebelum kamu telah menular kepada kamu, iaitu hasad dengki dan permusuhan. Permusuhan tersebut ialah pengikis atau pencukur. Saya tidak maksudkan ia mencukur rambut , tetapi (yang saya maksudkan ) ialah ia mengikis agama.


Baru hari ini, dia seolah-olah mula memahami maksud yang tersurat dan tersirat..padahal bukan ini kali pertama dia membaca kitab itu..kata-kata sahabat yang ditemuinya semalam terngiang-ngiang ditelinganya..pertemuan dengan sahabatnya secara kebetulan di mat'am Barakah,asrama banat, petang semalam sedikit sebanyak menenangkan hatinya.. Sepatutnya , petang itu di isi dengan munakoshah bersama-sama sahabat di kelas yang telah ditetapkan oleh guru bertugas, namun dia, terpaksa mengasingkan diri..kerana perhatiannya sentiasa tersasar..hatinya tidak tenang..


'ya ukhti, enti janganlah sedih macam ni.. 'ana tak sanggup tengok enti begini..'Ana percayakan enti.. dan yang paling penting Allah maha mengetahui segalanya..Cukuplah DIA yang mengetahui keikhlasan enti..dan cukuplah DIA maha melihat apa yang telah dan tidak enti lakukan..

Masalahnya ya ukhti, ana tak kesah kalau fitnah ini datangnya dari seorang yang tidak menerima tarbiah..seorang yang bukan bersama-sama kita dalam perjuangan, tapi apa yang paling menyakitkan bila ia datang dari seorang yang ana sayangi..ia terlalu menghancurkan hati ini.. sampai saat ini, ana masih terfikir, how could dia buat ana begini..pedihnya hati hanya Tuhan yang tahu..sebelum ni ana cuba sedaya mungkin untuk mendekatinya , menyayanginya, walaupun layanannya terhadap ana terlalu dingin..setiap kali menatap wajahnya, ana cuba menanamkan sayang padanya, walaupun dapat ana rasakan mungkin dia membenci ana, terlintas di fikiran, buruk sangat ke mukaku, sampai dia tidak sanggup memandang sekalipun, kalau ia buruk sekalipun, apa yang boleh aku buat, sudah begini Tuhan jadikan wajahku..atau apakah dosa yang telah aku lakukan padanya sampai dia benar membenciku, atau pernahkah aku melukai hatinya tanpa kusedari..


maafkan ana sahabat andai diri ini pernah menyakitimu..


Bertenanglah wahai sahabatku, enti bukan keseorangan, ana dan sahabat lain ada bersama enti, dan yang paling penting Allah pasti bersama orang yang benar dan ikhlas..


Tapi bukankah fitnah ini telah menyebabkan sahabat-sahabat sudah tidak percayakan ana??


Cukuplah Allah yang mempercayai enti, dengan itu, kebenaran pasti akan hadir..

Mungkin ada hikmah yang Dia mahu enti fahami..


Ya Allah, bantulah hambaMU..rayu hatinya..


Tapi , ana rasa tak sanggup dah untuk menatap wajahnya lepas ana tahu apa yang telah dia lakukan..


Ana pun tak tahu betul ke tidak nasihat ana ni, tapi kadang-kadang kita kena bagi ruang pada diri kita..jangan terlalu naïf dan jangan salah gunakan term husnuzzon..terlalu husnuzzon meletakkan kita dalam keadaan tidak berhati-hati dan merosakkan konsep hati-hati tu sendiri.. bagi ana , selagi dia belum sedar dan meminta maaf, tidak salah kalau enti sunyi darinya tapi jangan memusuhinya atau berdendam padanya..Cuma berhati-hatilah dengannya..nanti, enti baca balik bahtera penyelamat.. ingat tak? dalam buku tu, Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya, mukmin yang dengki adalah antara 5 dugaan yang perlu dihadapi oleh seorang mukmin yang bertitle daie..


Seusai menghabiskan bacaannya, dia menutup buku itu, hatinya kini semakin tenang…walaupun titisan air jernih masih menemaninya, dia mula memahami dan menerima…


Subhanallah, sebelum ni, aku tidak pernah cuba mengambil ibrah daripada apa yang aku baca, terasa sungguh jahil dan teruk..namun dia teringat kata-kata sahabatnya, terkadang ilmu atau kefahaman itu bukan datang dengan sekali bacaan..kerana hidayah itu sendiri datang dengan pelbagai keadaan.


Sebelum ini, dia sering tertanya-tanya, bagaimana seorang yang beriman(mukmin) bisa menjadi ancaman kepada seorang mukmin yang lain?? Benarkah ini boleh terjadi..mengapa seorang yang beriman boleh membiarkan perasaan hasad menguasainya?? dan membawa mudharat kepada saudaranya???mustahilnya, detik hatinya ketika itu..tapi kini, dia jelas, jika sesuatu itu tidak mungkin berlaku, atau tidak akan berlaku , mustahil bagi Junjungan Mulia menuturkannya…ia benar wujud, dan kini Allah mengujinya..diri seorang daie…


Dia juga menyedari, satu ibrah yang paling besar daripada apa yang berlaku, Tuhannya ingin dia kembali perbaharui niatnya dalam perjuangan..bukan kerana sesiapa, hatta bukan kerana sayangnya pada sahabat,.tetapi kerana cintanya pada Tuhannya…dan sudah pasti , kasihnya pada sahabat hanya kerana Tuhannya…Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya..'sesungguhnya Allah menyintaimu sebagaimana kamu menyintai saudaramu kerana Allah'..saat itu dirasakan, betapa kasih Tuhan itu tiada tandingannya..saat dia merasakan tiada siapa yang mempercayainya, dia yakin hanya Allah yang memahami dan mempercayainya..hanya Allah yang sentiasa bersamanya..kerana itu katanya… AKU BERJUANG KERANA ALLAH..



# berjalanlah dengan penuh harapan,

Walau hidup ini tidak selalu bahagia..

Sedekahkanlah satu senyuman,

Walau dihatimu tidak lagi mampu bertahan..

Belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,

Berhentilah memberikan alasan,

walau ingin menyatkan kebenaran..

Hiduplah dalam iman, walau hari dipenuhi godaan..

dan berpeganglah pada Allah,

walau DIA tidak kelihatan..

Bukti kasihNya kita wujud di dunia pinjaman ini..#


p/s : ni hanya cerita, untuk pemahaman makna mukmin yang dengki, walaupun kewujudannya tidak boleh dinafikan, ia hanya minority, sekadar untuk persediaan , agar tidak terlalu kecewa nanti..tapi, macam yang ana kata, hanya golongan minority, jangan tak pasal-pasal suuzzon kat sahabat seperjuangan lak nanti.. ana lak yang berdosa..huhuhu.. pastikan ada bukti, jangan main teka je ea..=) apepun, insyaAllah bila berjuang kerana kefahaman dan matlamat yang jelas,takkan timbul kes-kes pelik macamni..jangan risau, cinta Allah untuk semua hambaNya yang setia dan mencintaiNya..jadi dalam perjuangan ni , tak perlu ada hasad..;) Allah itu maha adil..akan di balasnya setimpal dengan apa yang kita lakukan..


Sahabat , ajarlah jiwamu untuk terbang tinggi,

supaya ia bencikan sesuatu yang remeh..

Ajarlah jiwamu erti kemuliaan,

agar ia bencikan kehinaan..

Berilah peluang jiwamu merasai kelazatan rohani yang agung ,

nescaya ia akan bencikan kelazatan kecil yang sementara..

Sunday, July 19, 2009

destinasi cinta ini..~



Awal kalam bismillahirrahmanirrahim..


Demi menyahut seruan sahabat-sahabat untuk membersihkan sawang-sawang di sini, ana nak kongsi satu artikel best ni khas untuk akhawat-akhawat yang ana sayangi sekalian...:)

Artikel ni ana terbaca masa dop "menyibuk" kat bilik JAKSA pada satu hari tu..hehe.


Apepun, hayatilah dengan hati..Mulakan dengan basmalah..istighfar dan selawat ke atas junjungan mulia, moga apa yang dibaca dapat terus mengalir ke hati, mengetuk pintunya, dan menerbitkan keinsafan..jangan nafikan apa yang benar, jangan iayakan apa yang salah..yang benar tetap benar, yang batil tetap batil..jangan halalkan apa yang haram, andai al-Khalik telah jelas berfirman untuk meninggalkannya, tinggalkan yang mungkar itu dengan penuh keikhlasan..insyaAllah, sama-sama kita bermujahadah..


Ketahuilah, hati yang dipandu syahwat dan syaitan akan selalu menghalalkan apa yang haram,merasakan diri sudah cukup baik, dosa terlalu sedikit, dan tak salah untuk buat dosa sekali kala..nah!!!itulah senjata dan hasutan syaitan yang paling ampuh..taksub dengan kebaikan sendiri, walhal hanya sedikit jika nak dibandingkan dengan dosa dan kelalaian diri terhadap DIA..


Ingatlah, sebaik mana pun seseorang itu, tidak dapat dijamin di mana pengakhirannya, ke syurga atau ke neraka kah takdirnya..hanya Allah yang tahu..justeru, sentiasalah mengingatiNya, dan kembali padaNya.. bermunajatlah padaNya..merayu, demi pengakhiran yang mulia,.dan demi sebuah pertemuan yang cukup istimewa, antara hamba dan pencipta..


Saudaraku, andai pintu hati sudah diketuk dengan cahaya hidayah dan kesedaran, jangan dirimu halanginya dari meresap ke hati, dengan menafikannya..terimalah dengan kesyukuran, kerana DIA masih sudi membimbingmu, dan masih sayangkan dirimu..Tidak dibiar dirimu terus hanyut menjauhiNya,.kerna natijahnya, seorang hamba akan hancur , tanpa cinta, kasih sayang dan rahmat dari Rabbnya..


Selamat bermuhasabah..=)


Assalamualaikum warahmatuLLAH....

Ikuti kisah perjalanan hidup seorang pencinta yang mencari kebahagiaan hakiki..


Seorang,

dahulunya sepasang matanya yang bersinar sentiasa dijaga,

sentiasa menjaga pandangan.

Pabila si teruna memandang, dia tertunduk.

Ketika berjalan, pandangannya dipelihara,

hatinya menggerakkan kaki menuju ke destinasi

Melihat pabila perlu dan baik untuk dipandang.


Kini, sinaran matanya kian pudar.

Ekor matanya terkadang meliar.

Kerap juga matanya melimpahi air tanda ketenangan hatinya terganggu.

Pabila si teruna idaman hati memandang, hatinya berdebar,

panahan si teruna hebat dicabar.

Terkadang membuatkan si teruna sendiri tertunduk tewas.


Dahulu, telinganya sentiasa juga dijaga.

Mendengar segala-galanya, sama ada yang baik atau yang buruk.

Tetapi, yang buruk hanya di dengar dengan fahaman kosong,

tidak mengiyakan, tidak mengikut atau menokok.

Segala baik yang didengar dilekatkan di dalam hati dengan teguh

dan dijadikan pedoman buat melalui hidup yang penuh dugaan

demi mendapat redhaNYA.


Kini, telinganya dihidangi dengan lagu-lagu rancak yang melalaikan, mendengar umpatan, hinaan, dengan mulutnya pasti mengiyakan dan menokok.

Sedikit-sedikit perkara baik yang didengari kian luntur dari hati dan pegangan.


Hari ini, seorang sahabatnya telah menyedarkan dirinya

dari lena yang panjang.

Suatu ketika, fikirannya seakan terhenti.

Suatu ketika,fikirannya ligat berputar

memikirkan perkara-perkara 'dahulu',

suatu ketika, fikirannya mengingati perkara-perkara 'kini',

dan suatu ketika, fikirannya pantas melakukan kira-kira

perkara 'dahulu' dan 'kini',

melakukan perbandingan

dan mencongak keburukan dan kekurangan diri.


{DisakitkanNya kita sekejap

tapi cepat-cepat disembuhkan semula kerana cintaNya,

Disusahkan sedikit agar insaf,

namun segera disenangkan semula, itulah belaianNya.

Dimarahkan juga kadang-kadang kerana sayang,

namun tidak lama kerana kasihNya.

Dipanggil-panggil kepadaNya untuk meminta itu dan ini.

Tuhan amat melayani hambaNya tetapi hamba langsung tidak peduli.}


Hari ini, matanya sekali lagi dilimpahi air. Bukan kerana terguris,

tetapi setitik air matanya mewakili kekesalan hati

atas pekara-perkara 'kini' yang dilakukannya.


Hari ini, telinga dan mulutnya seakan terkunci.

Kesal dan terguris dek hari-hari 'kini' yang tersasar jauh

dari landasan keimanan insan dan menyedihkan .


Dahulu, bibir yang mungil sentiasa diukir senyuman.

Berkata bila sahaja yang perlu.

Pabila si teruna menegur, dia hanya tersenyum.

Bukan menggoda, tetapi satu isyarat bahawa

dia tidak perlu disapa tanpa tujuan.

Bila siteruna bertanya tentang ilmu,

pasti dijawab penuh dengan keikhlasan

tanpa niat yang berlainan..Cukup sekadar jawapan.

Waktu kosongnya pasti diisi dengan puji-pujian kepada maha pencipta dan rasulNYA.


Kini, bibirnya sentiasa berkata-kata walaupun dengan si teruna.

Senda gurau dan gelak tawa sentiasa tersaji walaupun di hadapan teruna.

Terkadang senyuman juga digunakan bagi menggoda

.

Dahulu, hatinya sentiasa dijaga walaupun terkadang sedikit tercalar.

Tetapi hati itu pasti dipulihkan kembali

dengan satu solat pembersihan

dengan penuh khusyuk dan tawadduk.

Hatinya walaupun dilukai, pasti terlihat jua senyuman dibibir.

Hanya mengadu kepadaNya bagi mengubati luka dihati.

Hatinya sentiasa diisi dengan kecintaannya kepada Ilahi.

Ketenangan hatinya sentiasa tergambar diwajahnya.


Kini, hatinya sentiasa tercalar.

Ketenangannya sentiasa diragut.

Solat pembersih diri semakin berkurangan

dengan kesibukan rutin harian menjadi alasan.


Hari ini, hatinya diruntun sayu,terharu atas nikmat hidayah

dan peluang yang telah diberikan

oleh yang Maha Pencipta kepada dirinya.

Hari ini, dia cuba menyatukan mata, telinga,

mulut dan juga hati dengan kukuh.

Cuba mencari kekuatan, cuba membulatkan tekad,

cuba menyimpul semula keimanan

demi mendapatkan redha yang Maha Esa.


Supaya hari ini dan selamanya'

dirinya sentiasa mendapat cahaya dari pencipta.

Supaya 'hari ini dan selamanya' ,

matanya akan kembali bersinar.

Supaya 'hari ini dan selamanya' ,

telinganya sentiasa terjaga.

Supaya 'hari ini dan selamanya' ,

bibirnya sentiasa terukir senyuman ikhlas dan

mengucapkan yang keperluan dan mengisyaratkan batasan.

Supaya 'hari ini dan selamanya' ,

hatinya kembali tenang dan kembali terisi

dengan kecintaan kepada Ilahi...


Hari ini dan selamanya,

perjalanannya seperti roda,

harapannya hanya satu,

agar mendapat keredhaan Ilahi

tanpa tersasar dari landasan iman.

Satu harapan bagi setiap insan beriman

yang sentiasa hanya mengharap cinta Ilahi.


Dari cintaNya kita berasal,

Dan atas nama cinta

Dia menciptakan kita

Kerana cinta kita mendatangiNya

Dan demi cinta juga kita kembali kepadaNya


*::Life for ALLah::*