Saturday, April 25, 2009

~::*menangislah,. kadang manusia terlalu sombong untuk menangis..~


Maha suci Allah yang menciptakan alam semesta dan seluruh isinya , serta menguasai dan mentadbirnya.Semoga kita tergolong daripada kalangan yang mendapat keredhaan dan rahmat dari Allah.Mudah-mudahan terpelihara diri daripada segala kekotoran maksiat dan noda. Semoga kita mampu menyucikan diri sebagai persediaan menemuiNya kelak. Berbahagialah orang yang menyedari betapa indah dan nikmatnya mengetahui mengenai cara menjadi hamba Allah yang terpimpin dengan sinaran iman dan Islam yang hakiki.Mereka tidak rela biarpun sesaat dari usia mereka ,kecuali yang membawanya kepada jalan yang mendapat curahan kasih sayang dan reda daripada Allah.. Dengan itu duhai saudaraku, ketahuilah rahsia sebuah tangisan..

Tangisan hamba kerana Allah, yang juga merupakan jalan untuk menggapai redha dan rahmatNya.


Biasanya, bila disebut tentang perbuatan menangis atau tangisan..apa yang terlintas di fikiran kita?? Kekalahan? Kekecewaan?? Atau kelemahan?? Atau mungkin kegembiraan atau keterharuan.?? Hakikatnya, tangisan , jika kena caranya lebih bernilai dari segalanya..Ana teringat sebuah lirik nasyid yang cukup indah..


Tak ternilai air mata dengan permata,

yang bisa memadamkan api neraka,

andai benar mengalir dari nasuha nurani,

takkan berpaling pada palsu duniawi..


Sebagaimana yang dapat kita fahami dari sabda Rasulullah s.a.w:

“Dan seseorang yang berzikir mengingati Allah dalam keadaan sendirian,lalu berlinanglah air matanya kerana takutkan Allah.” (Riwayat Bukhari)


Air mata yang gugur kerana takutkan Allah dan menginsafi dosa dan kesalahan merupakan air mata yang sangat istimewa..yakni tangisan yang dianugerahkan Allah s.w.t kepada hambaNya.


Sehingga Rasulullah s.a.w seringkali berdoa :

“ Ya Allah berilah aku rezeki dua mata yang menangis kerana takut kepada Engkau sebelum air mata ini habis”


Tangisan ini tidak bersifat melemahkan semangat, bahkan ia boleh menghidupkan jiwa yang sudah lama mati. Ia tidak mendatangkan rasa putus asa dan kesakitan, bahkan air mata ibarat gelombang membangkitkan semangat optimis, kecekalan dan azam gelora. Tangisan ini bisa mendatangkan kelembutan hati dan membangkitkan rasa takut kepada Allah.


Saidina Ali bin Abi Talib berkata: “Sesungguhya aku menyaksikan sahabat Rasululllah s.a.w tetapi kini aku tidak menemukan lagi seperti mereka. Sesungguhnya mereka berpagi-pagian dalam keadaan yang kusut, mata yang bengkak kerana menangis ketika Qiam pada malam hari, mereka membaca Al-Quran sambil berdiri,duduk dan berbaring pada lambung mereka. Mereka berzikir dengan tubuh yang bergoncang bagaikan pohon ditiup angin kuat sedangkan mata mereka basah oleh air mata sehingga membasahi pakaian mereka…


Duhai saudaraku, lihatlah! Dengan begitu sekali para sahabat menangis demi takut dan cintanya pada Allah.. Layaklah bagi mereka syurga ALLAH..

KITA PULA BAGAIMANA ??????

Adakah lebih banyak menangis kerana takutkan selainNya??

Atau seringkali menangis kerana gagal dalam mengejar cinta makhluk??

NAUZUBILLAH..


Bercerita mengenai erti sebuah tangisan ni, eloklah rasanya untuk ana berkongsi sebuah kisah tersebut dalam kitab ‘Raqaiqil Akhbar’ yang mana kisah ini menerangkan kepada kita fadhilat sebuah tangisan kerana takutkan Allah.. Pada hari kiamat seorang hamba dipanggil. Oleh kerana amalan buruknya lebih banyak , maka diperintahkan dia masuk Neraka, kemudian sehelai rambut di pipinya berkata: “ ya Tuhanku , utusanMu Muhammad telah bersabda, “Barangsiapa menangis kerana takut kepada Allah, maka Allah mengharamkan mata itu dalam neraka,” Dan sesunguhnya aku telah menangis kerana takut kepada Engkau,” Lalu Allah mengampuni dan menyelamatkannya daripada api Neraka berkat sehelai rambut.Kemudian Jibril mengumumkan “Fulan bin Fulan telah selamat berkat sehelai rambut!”


Dan kisah yang kedua pula yang tertulis dalam kitab ‘bidayatul Hidayah’:

“Manakala hari kiamat , didatangkanlah api yang bergemuruh. Hingga menggetarkan hati setiap umat . Ketika mereka mendekatinya, gemuruh semakin keras. Hingga terdengar dari jarak perjalanan lima ratus tahun. Setiap orang sampai para nabi berkata : “Nafsi-nafsi” (sendiri-sendiri). Kecuali Nabi Muhammad s.a.w. Beliau berkata, “umatku-umatku.” Kemudian keluarlah api bagaikan gunung. Umat Muhammad berusaha menolaknya sambil berkata: “Demi orang-orang yang bersolat. Demi orang-orang shiddiq. Demi orang-orang yang khusyuk. Dan demi orang-orang yang berpuasa. Kembalilah engkau wahai api!” Tetapi api itu tidak juga kembali. Jibril a.s. berkata: “sesungguhnya api hendak membakar umat Muhammad.” Lalu dia datang menghampiri Nabi Muhammad s.a.w dengan membawa segelas air sambil berkata: “Ambilah air ini. Percikkan ia ke api itu!” Kemudian Nabi memercikkan ke api itu. Dan seketika itu api menjadi padam. Lalu Nabi bertanya: “ Air apakah ini?”

Jibril berkata : “Itulah air mata umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah dan sekarang aku diperintahkan untuk memberikan air itu kepadamu supaya engkau memercikkannya ke api sehingga padam dengan izin Allah.”


Begitu sekali keistimewaan air mata yang gugur kerana takutkan Allah, sungguh tidak sia-sia jika ia ditumpahkan pada yang hak, bukan? ..namun mengapa terkadang terlalu sukar untuk menginsafi diri dan mengalirkan airmata walaupun menyedari diri telah dikotori dosa dan maksiat..?? Mungkin saat itu syaitan dan nafsu sudah berjaya menakluki hatimu…jadi, berusahalah! Berusahalah memerdekakan dirimu dari tawanan syaitan dan nafsumu..yakinilah kau punya kekuatan untuk bangkit dari kelemahan iman jika kau mahu dan benar-benar berharap akan pertolonganNya..rayulah pertolongan dariNya agar dikuatkan iman yang lemah.. Pohonlah pertolonganNya dan berbaik sangkalah denganNya..


Sabda Nabi dalam sebuah hadis Qudsi :

Allah berfirman : “Aku di sisi sangkaan hambaKu padaKu”


Diceritakan juga : Ada lelaki yang jatuh hati kepada seorang wanita. Nak dijadikan cerita, pada satu malam, ketika wanita itu keluar untuk satu keperluannya, maka lelaki itu mengekorinya. Sesampai di kampung yang sunyi ketika orang lain telah tidur. Lelaki itu menyampaikan maksud hatinya. Si wanita itu pun menyahut “Lihatlah apakah orang-orang telah tidur semuanya?” Dengan demikian lelaki itu mengira bahawa maksud hatinya hendak dikabulkan. Dia mengelilingi kawasan itu dan melihat-melihat sejenak. Setelah jelas orang-orang telah tertidur, segera dia menghampiri wanita itu seraya berkata: “Benar semua orang telah tidur.” Lalu wanita itu bertanya: “Bagaimanakah pendapatmu dengan Allah?” “Apakah saat ini Dia juga tidur?” Lelaki itu menjawab : “sesungguhnya Allah tidak pernah tidur.” Wanita itu lalu berkata lagi : “Sesungguhnya Zat yang tidak pernah tidur akan melihat kita meskipun manusia sedang tidur lelap tidak melihat kita. Oleh kerananya Dia lebih berhak kita takuti.” Dengan segera lelaki itu meninggalkan perempuan tersebut dengan penuh keinsafan dan kerana dia takut kepada Allah. Dia pulang ke rumahnya dan bertaubat. Setelah dia meninggal dunia ada seorang bermimpi bertemu dengannya. Lalu ditanya : “ Apakah yang dilakukan oleh Allah kepadamu?” Lelaki itu menjawab: “ Allah telah mengampuniku kerana ketakutanku dan meninggalkan dosa itu.”


Akhir kalam , akan ana ceritakan sebuah lagi kisah, yang terdapat dalam kitab Zahrir Riyadh untuk kita renungkan bersama dan untuk kita sedari betapa bernilainya air mata..


Dirawikan dari Nabi s.a.w, sesungguhnya beliau bersabda: “Ketika telah masuk ahli syurga, mereka disambut oleh para malaikat dengan segala kebaikan dan kenikmatan. Dipersilakan untuk mereka singgahsana berpermaidani indah. Disajikan untuk mereka segala rupa makanan dan minuman yang lazat. Oleh itu mereka menjadi kehairanan. Kemudian Allah berfirman : “Wahai hamba-hambaKu mengapakah engkau hairan? Ini bukan tempat untuk merasa hairan.” Mereka menjawab, “Janji untuk kami telah tiba waktunya.” Kemudian Allah berfirman kepada malaikat, “bukalah tabir daripada muka mereka. Malaikat menjawab , “Wahai Tuhanku bagaimana dapat melihat Engkau? Sedangkan mereka itu derhaka.” Allah berfirman lagi, “bukakan tabir! Sesungguhnya mereka telah berzikir, bersujud dan menangis di dunia kerana ingin berjumpa denganKu.” Lalu malaikat membukakan tabir. Sehingga mereka dapat melihat. Maka segera mereka bersujud kepada Allah . Tetapi Allah berfirman : “angkatlah kepalamu. Ini bukan tempat beramal. Melainkan tempat keramat (kemuliaan )." Kemudian mereka nampak Allah dengan tanpa kaifiyah. Dia berkata kepada mereka : “Salam sejahtera bagi engkau wahai hamba-hambaKu. Aku redha kepadamu .Apakah engkau telah redha kepadaKu?” Mereka menjawab: “Bagaimana kami tidak rela wahai Tuhan kami . Engkau telah memberi kami sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata, belum pernah terdengar oleh telinga bahkan belum pernah terlintas dalam hati manusia.”


Inilah yang dimaksudkan firman Allah:

“ Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepadaNya” (al baiyinah : 8)


Dan Firman Allah :

“(Dan ucapan) selamat perkataan daripada Tuhan yang Pengasih” (Yaasin : 58)


Seusai ku baca kisah ini, menitis airmataku, memikirkan dosa yang terus menerus dilakukan..dan yang paling mengetuk hati, betapa Allah itu sempurna dengan sifatnya yang Maha Pengasih..bertambah-tambah sayu di hatiku bila memikirkan betapa Allah berlemah lembut dengan hambaNya..sungguh Dia sempurna dengan segala-galanya..dan sungguh dia lebih mengasihi mereka yang mengasihinya..


Firman Allah s.w.t di dalam hadis qudsi :

“AKu adalah mengikut prasangka baik hambaKu terhadapKu. Aku bersamanya apabila dia menyebut Aku. Jika dia menyebutKu dalam dirinya Aku menyebutnya dalam diriKu . Jika dia menyebutKu di hadapan kumpulan orang ramai maka Aku menyebutnya di hadapan kumpulan orang ramai yang lebih baik darinya. Jika dia mendekatkan diri kepadaKu sejengkal, Aku akan mendekatkan kepadanya sehasta, jika dia mendekatkan diri kepadaKu sehasta , Aku mendekatkan kepadanya sedepa. Jika dia datang kepadaKu berjalan Aku datang kepadanya berlari”


Oleh itu usahlah gugurkan air matamu bukan pada yang hak..Ia sungguh merugikan..Ingatlah, masih banyak dosa yang perlu kita tangisi. Sesunggunya tidak ada seorang pun yang pasti di manakah pengakhirannya.. syurga atau neraka.. semakin seseorang itu merasakan yang dia sangat baik dan tidak berdosa, orang itulah yang harus banyak bertaubat..


~::*Ya Allah… Lemahnya diri ini.. Kami pohon kekuatan daripadaMu. Tuntunilah langkah kami Biar hanya mampu merangkak, itu pasti lebih baik Daripada terus rebah dalam kaku. Berikan kami peluang Merentasi jalan yang Engkau redhai. Ampunilah kekhilafan semalam Atas kejahilan kami mengenal makna Kasih sayangMu... Ya Rabbal’alamin*::~