Thursday, February 5, 2009

~..SurAT uNtuK PelaJaR AGAmA..~


Assalamualaikum w.b.t, awal kalam izinkan ana mengajukan satu persoalan yang cukup
mudah untuk antum atau antunna semua…
Adakah antum semua pelajar agama??samada pelajar sekolah agama atau bekas pelajar sekolah agama, atau pelajar universiti atau kolej dalam jurusan agama, xkesahla major or minor?Kalau ya, sangat2 diharapkan dapat meluangkan sedikit masa untuk membaca surat ni..=) Kalau tak pun apa salahnya untuk singgah sebentar mengisi rohani, mane la tau suatu masa nanti akan mempunyai kaitan dengannya atau sebenarnya memang ada kaitan cuma tidak menyedari.

Samada antum or antunna sedar atau tidak.? Terima dan redhalah.. Antum yang memegang title
pelajar bidang agama didokongi tanggungjawab yang besar..

Oleh itu , ingin ana kongsikan sedikit pesanan dari Imam Ghazali
Untuk penuntut2 ilmu agama…

Antara nasihat imam al-ghazali

Anakku, antara nasihat Rasulullah s.a.w kepada umatnya:
….”Tanda Allah s.w.t membenci seseorang hambanya , dia akan sentiasa sibuk dengan perkara yang tiada kaitan dengan dirinya . Sesungguhnya sesaat umur yang pergi tanpa digunakan dalam ibadah, pasti membuatkan manusia menyesal pada kemudian hari…”

……….Sesiapa yang telah mencapai umur 40 tahun, sedangkan amalan kebaikan terlalu sedikit dibandingkan dengan kejahatan yang dilakukannya, maka bersedialah untuk ke neraka…”

Anakku,
….memberi nasihat memang mudah , yang payah ialah untuk menerimanya .Nasihat amat pahit bagi manusia yang mengikut hawa nafsu . Mereka lebih senang dengan perkara-perkara yang terlarang. Ada manusia yang menganggap ilmu yang ada sudah memadai untuk memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Oleh itu tidak perlu lagi beramal dengan ilmu yang ada .Sebenarnya ini adalah pandangan yang sesat ahli2 falsafah. Subhanallah, tidakkah mereka tahu orang berilmu tetapi tidak beramal dengan ilmunya itu, maka ilmu itu sendiri akan mendakwanya di akhirat nanti?

Sabda nabi s.a.w yang bermaksud: “ Manusia yang paling teruk diazab pada hari kiamat ialah orang yang berilmu tetapi tidak memanfaatkan ilmunya’.

Wahai anakku,
Beramallah dengan ilmu yang ada. Yakinlah bahawa ilmu sahaja tanpa amal tidak akan menyelamatkan kamu di akhirat, bayangkan seorang lelaki gagah masuk ke dalam hutan, membawa bersamanya berjenis-jenis senjata. Apakah kamu fikir senjatanya dapat menyelamatkan dirinya sekiranya ia tidak mengangkat dan meggunakan senjata tersebut?


Jelas sekali senjata tadi tidak berguna kalau tidak digunakan. Begitulah keadaan seseorang yang membaca dan mengetahui banyak perkara , tetapi tidak langsung menggunakan pengetahuannya itu. Ilmunya tidak akan memberi manfaat, tanpa ia sendiri beramal dengan ilmu tersebut.

Jadi, kesimpulannya, sebagai orang yang berilmu agama, beramallah dengan ilmu yang kita pelajari, andai rasa tak mampu, Berusahalah! Andai masih tidak mampu, pohonlah kekuatan dari Allah sesungguhnya, Dialah pemilik hati2 insan.

Dan untuk sahabat2 muslimat, terutamanya yang bersekolah di sekolah agama atau mengambil jurusan agama, ana rasa, bukanlah sesuatu yang boleh dikategorikan sebagai hiperbola, andai ana katakan hampir keseluruhannya mafhum atau memahami batas2 aurat dalam Islam, hampir kesemuanya tahu aurat bagi seorang muslimat adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan,kalau benar tak tahu sekalipun, bawak2 lah tahu, ilmu tentang aurat ni ilmu yang ‘maklum biddorurah’ (dapat diketahui dengan mudah) atau dengan kata lain ilmu asas yang wajib diketahui insan yang mengakui dirinya muslim atau muslimat, namun apa yang sangat menghairankan, terkadang sampai menjadi isu besar bila pihak berwajib mewajibkan memakai stoking, melabuhkan tudung, memakai stoking tangan dan sebagainya yang membolehkan terjadinya penutupan aurat yang sempurna..ish3.xpatut2..

Jadi , duhai ukhtiku filIslam, ukhti kesayanganku, bersama2 lah kita memelihara aurat kita, berjuang dan berkorbanlah untukNya. Bukannya susah pun, bukannya sampai tercabut nyawa andai kita berperang dengan nafsu dan syaitan demi memelihara tuntutan yang MAHA ESA.Andai sekalipun tercabut nyawa, apa salahnya untuk kita syahid demi melaksanakan perintahNya dan meninggalkan laranganNya. DIA, Maha Adil dan Maha Mengetahui, pasti tidak akan Dia sia-siakan pengorbananmu..
Tapi,bagaimana pula yang tidak bersekolah agama atau yang tidak mengambil jurusan agama??Mereka tak wajib ke beramal dengan ilmu mereka ?? Kalau mereka tahu tutup aurat tu wajib , mereka tetap tak payah tutup aurat ke sebab mereka bukan pelajar agama atau jurusan agama??
Huh! Jangan salah faham, ana x maksudkan yang bersekolah agama je yang wajib beramal dengan ilmu yang dipelajari(ilmu agama), yang tak belajar bidang agama pun tetap wajib beramal dengan ilmu yang mereka pelajari atau ketahui, cumanya disini ditekankan bagi mereka yang belajar bidang agama kerana bagi mereka yang belajar bidang agama lagi la banyak yang mereka belajar, bila banyak yang mereka belajar dan tahu, maka makin besar la tanggungjawab mereka untuk mempraktikkannya, tapi jangan takut pula untuk belajar ilmu agama, sebab takut makin berat tanggungjawab..
percaya dan yakinlah! islam is the best way of life, makin banyak yang kita tahu, dan makin banyak yang kita beramal dengan ajaran Islam makin tenang dan bahagia hidup di dunia dan akhirat..
INsyaAllah..

*IsLaM iS ThE BeST wAy oF LiFe*

p/s: AYUH sahabat,pakat2 explore ilmu agama, tambahkan ilmu dan thaqafah, moga tidak kesesatan didunia dan berbahagia diakhirat..=)))